
Pelakon Ben Amir tampil mengakui dia kini sedang menjalin hubungan rapat dengan seorang wanita asal Filipina.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Muhammad Amir Sabaruddin, dia dan wanita tersebut sudah berkenalan hampir dua tahun lalu.
“Nak kata tentang teman istimewa, kami masih di dalam fasa berkenalan untuk tahu hati budi masing-masing.
“Kami berkenalan sudah hampir dua tahun. Kami jalani proses ini secara perlahan-lahan.
“Wanita tersebut ialah warga negara Filipina dan kami kenal ketika saya bercuti di sana,” katanya kepada MH.
Bintang kelahirkan Hero Remaja 2012 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Gantung: Musketeer Code di GSC Mid Valley, Kuala Lunpur pada Rabu.
Bersebab Pindah Ke Filipina
Dalam pada itu, Ben turut menafikan dakwaan dia kini berpindah ke Pulau Siargao, Filipina semata-mata ingin mengikuti kekasih hatinya itu.
“Pandai-pandai sahaja orang yang bercakap itu. Macam dia pula lebih tahu. Ini hidup saya ke hidup dia? Saya kurang suka orang buat spekulasi yang bukan-bukan.
“Kalau nak tahu cerita mengenai saya, lebih baik bertanya terus kepada saya daripada dengar mulut orang lain.
“Saya sudah lama merancang untuk berpindah ke Pulau Siargao. Saya berpindah bukan disebabkan orang lain tetapi untuk membina kisah baharu dalam hidup saya.
“Sebagai lelaki, kita memang kena sentiasa ‘upgrade’ kehidupan kita tidak kisah dari segi kerjaya dan mental.
“Berpindah ke negara orang memang upgrade yang susah. Sebab susahlah sata teruskan juga,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai wajahnya yang kini kelihatan lebih ceria, Ben mengakui kehidupan di pulau banyak memberikannya aura positif.
“Ini adalah wajah ‘glowing’ dan gembira bila duduk di pulau. Bila badan dan mental kita terdedahkan dengan vitamin c, cahaya mata hari dan bergaul dengan orang positif, akan terpancar seri di wajah kita,” kongsinya lagi.
Ulas Soal Kahwin
Sementara itu, Ben memaklumkan dia memang berhasrat untuk mendirikan rumah tangga namun, hubungannya bersama kekasih hati masih lagi di peringkat awal.
“Kita belum ada perancangan khusus. Namun, sebagai lelaki, kita mesti ada perancangan untuk ke fasa seterusnya
“Paling penting kita tak boleh tergesa-gesa untuk melakukan sesuatu. Biarlah ia berjalan sendiri dan kita utamakan apa yang penting dahulu. Kita tengoklah apa yang jadi nanti,” akhirinya.
Sebelum ini, Ben mengejutkan ramai pilak apabila memutuskan untuk berpindah ke Pulau Siargao, Filipina bagi memberi tumpuan terhadap bisnes villa dan restoran halal.
Dalam perkembangan lain, Ben bakal muncul menerusi filem terbaharu yang berjudul Gantung: Musketeer Code.
Filem ini turut dibintangi barisan pelakom seperti Ikmal Amry, Hafreez Adam, Shazia Rozaini, Taufiq Hanafi, Nelissa Nizam dan Bront Palarae.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI