Dunia perfileman Hollywood hilang seorang pengarah filem prolifik, James Foley, yang meninggal dunia pada usia 71 tahun pada Selasa, 6 Mei 2025 di kediamannya yang terletak di Los Angeles selepas lama berjuang dengan kanser otak

Terkenal dengan sentuhannya dalam dunia filem dan muzik video, James Foley memulakan kerjayanya menerusi filem Reckless pada tahun 1984, yang turut dibintangi oleh Aidan Quinn dan Daryl Hannah.

Namun, pengarah kelahiran Amerika Syarikat ini benar-benar mencuri perhatian apabila mengarahkan filem Glengarry Glen Ross pada tahun 1992, sebuah karya yang berdasarkan drama terkenal karya David Mamet.

Filem ini bukan sahaja mendapat pujian kritikal tetapi turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Al Pacino, Alec Baldwin, Ed Harris, dan Alan Arkin.

Ads

Dalam sebuah kenyataan di Instagram, Alec Baldwin mengimbau kenangannya bersama mendiang dan memuji pengarah itu sebagai seorang yang banyak memberikan bimbingan berguna kepada para pelakon.

“Foley adalah salah satu pengarah yang benar-benar mempunyai sesuatu yang berguna untuk dikatakan kepada pelakon. Dia berjaya menghidupkan karya Mamet dengan penuh gemilang,” kata Baldwin yang turut mengingati jasa Foley dalam memastikan adaptasi filem itu berjaya di layar perak.

Ads
Pengarah Filem Terkenal Hollywood, James Foley Meninggal Dunia Pada Usia 71 Tahun
Fifty Shades Freed menjadi filem terakhir arahan James Foley yang disiarkan pada 2018

Selain Glengarry Glen Ross, Foley juga terkenal dengan pengarahannya dalam filem After Dark, My Sweet (1990) dan Confidence (2003), serta Perfect Stranger (2007).

Foley tidak hanya berhenti pada dunia filem, beliau juga dikenali sebagai pengarah muzik video ikonik untuk penyanyi Madonna, termasuk video seperti Live to Tell, Papa Don’t Preach, dan True Blue.

Ads

Tidak hanya itu, Foley turut mengarah dua siri filem popular Fifty Shades of Grey, iaitu Fifty Shades Darker (2017) dan Fifty Shades Freed (2018).

Dalam sebuah kenyataan penuh emosi, E. L. James, penulis Fifty Shades, menyifatkan Foley sebagai “manusia yang indah” dan menghargai segala sumbangannya dalam menjayakan projek tersebut.

++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI