Pelakon Atikah Suhaime tampil membidas kenyataan segelintir pihak yang mendakwa ibunya itu tidak peka dengan keadaannya yang sedang berpantang gara-gara menyediakan asam pedas ikan pari.

Menurut Atikah, menu kesukaannya itu disediakan khas oleh ibunya sebaik sahaja dia selesai menjalani tempoh berpantang.

“Seolah Mama Nak Racun Anak Sendiri,” – Gara-Gara Asam Pedas Ikan Pari, Atikah Suhaime Nafi Tak Pantang Dengan Betul

“Sampai hari ni bertungku. Kenapa saya marah sebab mama masak special sempena habis pantang tapi semua orang condemn seolah mama sendiri nak racun anak sendiri.

“So takyah sibuk. Tika bukan anak yatim. Ada mak, ada mak mertua jaga pantang,” ujarnya.

Ads

Perkara itu diluahkan oleh pelakon filem Lagenda Budak Hostel itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Stories.

“Seolah Mama Nak Racun Anak Sendiri,” – Gara-Gara Asam Pedas Ikan Pari, Atikah Suhaime Nafi Tak Pantang Dengan Betul

Ada Sebab Tak Terlalu Kongsi

Katanya lagi, dia jarang berkongsi mengenai perjalanan berpantangnya di media sosial kerana keadaan yang sangat toksik.

Ads

“Walaupun doktor saya adalah doktor terbaik dekat KL, saya masih berkeras nak berpantang secara tradisional sebab mama dan mummy mentua yang tegas.

“Cuma saya jarang upload social media waktu pantang sebab terlalu toksik. Anda semua kecam confinement lady saya kerana kasi makan semua angin. Padahal semua yang sihat-sihat dia kasi.

“Jadi, saya tak upload. Ni dah habis pantang baru saya main Tik Tok semula. Lepas tu you all still nak kecam pasal pantang. Dah tak best dah main TikTok,” ujarnya lagi.

Ads

Atikah Suhaime dan suaminya, Datuk Lokman Teh bernikah pada 21 Januari tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.

“Seolah Mama Nak Racun Anak Sendiri,” – Gara-Gara Asam Pedas Ikan Pari, Atikah Suhaime Nafi Tak Pantang Dengan Betul

Hasil perkahwinan tersebut dikurniakan seorang anak perempuan bernama Lyla Mulan Teh 8 Mac lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI