HomeBeritaTerus Unggul di TikTok, KSIA Tambah Kategori KamiSempoi Golden Award 2024 Rai...
Terus Unggul di TikTok, KSIA Tambah Kategori KamiSempoi Golden Award 2024 Rai Pencapaian Live Host Serantau! -“Bagi Membangkitkan Lagi Semangat Daya Saing.”
Masih mengekalkan kedudukan sebagai No. 1 Platinum Agency di Malaysia dan Top 7 TikTok Agency di Asia Tenggara, KamiSempoi International Agency (KSIA) terus komited dalam melahirkan barisan live host berkaliber di rantau ini.
Meneruskan momentum kecemerlangan, mereka sekali lagi menganjurkan KamiSempoi Golden Award 2024 sebagai penghargaan kepada para live host TikTok dan rakan niaga yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan agensi ini.
Acara berprestij itu akan berlangsung pada 12 Mei ini, bertempat di Galaxy Banquet Hall, Sentul, Kuala Lumpurbermula jam 8 malam dan disertakan dengan acara karpet merah.
Tahun ini menyaksikan pertambahan kategori yang dipertandingkan iaitu 12 kategori untuk rakan niaga dan 15 kategori untuk live host daripada pelbagai latar belakang termasuk selebriti, profesional, ahli perniagaan, pelajar, suri rumah dan golongan Orang Kurang Upaya (OKU).
Tiga kategori baharu turut diperkenalkan iaitu Top Host KamiSempoi – Malaysia, Singapura dan Indonesia, di mana salah seorang pemenang akan dinobatkan sebagai Top Host KamiSempoi of The Year 2024.
Kejayaan Global Dorong Persaingan Sihat Live Host
Pengasas KSIA, To Chin Swee atau lebih dikenali sebagai Pakcik Chin Swee berkata peningkatan kategori tahun ini membuktikan kepercayaan tinggi terhadap jenama KSIA di peringkat serantau.
Ads
“Buktinya jumlah live host di Malaysia yang menaungi KSIA semakin bertambah iaitu sebanyak 3,100 di Malaysia, 1,400 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta dinaungi sebanyak 27 (Malaysia) dan 9 (Indonesia) rakan niaga secara keseluruhan.
“Angka ini jauh lebih besar berbanding tahun lalu yang mana hanya sebanyak 1,300 (Malaysia), 550 (Indonesia) dan 100 (Singapura) serta 21 rakan niaga yang menaungi KSIA.
“Atas sebab itu, kami mengambil keputusan untuk perkenalkan kategori Top Host KamiSempoi bagi membangkitkan lagi semangat daya saing mereka untuk menjadi live host yang berjaya dan berkaliber,” katanya.
Pakcik Chin Swee menambah, anugerah ini juga menjadi medan untuk meraikan pencapaian luar biasa yang diraih KSIA dan para live host-nya sepanjang tahun lalu.
Ads
Lancar Lagu ‘KamiSempoi’
Antara pencapaian membanggakan KSIA termasuklah kejayaan Adelyn Heng yang meraih kedudukan Top 3 live host di Asia Tenggara dan Top 100 di dunia, hingga dijemput mewakili Malaysia ke acara rasmi TikTok di luar negara.
Selain itu, tiga rakan niaga — BossKlan, KSIA Christ dan Mentol Talent — turut diraikan atas pencapaian perolehan diamond tertinggi sepanjang tahun lalu.
Dalam perkembangan lain, KSIA bakal melancarkan single rasmi berjudul KamiSempoi ciptaan ahli pengurusan mereka, Kimchi Kacak.
Lagu itu akan dipersembahkan buat julung kalinya oleh Bulan Asyraff dalam acara KamiSempoi Golden Award 2024 dan ia sebagai pengenalan mereka untuk menubuhkan label muzik sendiri pertengahan tahun ini.
Ads
“Bulan Asyraff adalah contoh jelas bagaimana seseorang yang berbakat, jika diberi platform dan bimbingan yang betul, mampu mencipta kejayaan luar biasa.
“Kini, dia bukan sahaja menjadi finalis program realiti, malah telah menjadi fenomena dan tular di pelbagai platform media sosial bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara jiran khususnya Indonesia,” ujar Pakcik Chin Swee.
Dalam pada itu, sambutan hangat yang diterima terutama dari Sabah turut mendorong pihaknya merancang untuk membuka pejabat KSIA di sana bagi memberi tumpuan kepada pembangunan bakat di Borneo.
“Kami menerima permintaan paling banyak di Sabah. Oleh itu, kami sedang dalam perancangan untuk membuka pejabat KSIA di sana yang akan memberi tumpuan kepada bakat-bakat live host dari Borneo iaitu Sabah serta Sarawak.
Selain itu, kami juga mahu terus mengukuhkan empayar KSIA di Asia Tenggara dan selanjutnya di Asia untuk masa akan datang,” katanya mengakhiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dinafikan, selain persembahan bintang dan gelagat spontan pengacaranya setiap minggu, penampilan para penyokong artis bertanding di program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) juga turut sama mencuri pandang.
Selain ‘klon’ penyanyi Ziana yang dikenali sebagai ‘Ziana Zain 2’ yang sering saja mencuit hati para penonton lain yang memenuhi Auditorium MBSA, Shah Alam dengan aksi menarik perhatian, ada juga peminat lain yang tak kurang ‘glamornya’.
Bertemu dengan Ann Artis yang sering tampil yakin dengan persalinan nan menyerlah misalnya, dia antara peminat yang tidak pernah ketinggalan menyaksikan GV9 secara langsung ini.
Bagaimanapun, ada juga komen-komen nakal yang mengusik mengenai penampilan Ann, terutamanya di media sosial.
“Komen-komen sedemikian saya biarkan sahaja. Bagi saya ia satu gurauan dan saya okay. Saya jarang balas balik apa yang warganet perkatakan. Saya cuma bagi ‘love’.
“Kalau nak diikutkan antara komen paling lucu yang pernah saya terima ialah bila ada yang samakan saya dengan pemandu lori. Saya cakap tidak mengapa, mulut orang kita bukan boleh tutup.
“Reaksi saya, buat macam biasa. Tambahan pula saya ni jenis tak ambil kisah orang nak katakan apa terhadap saya. Malah ada juga yang beritahu mereka hanya bergurau, jadi saya faham,” katanya yang turut dikenali sebagai Cik B kepada MH.
Ditanya mengenai persalinan ‘meletup’ yang digayakan saban minggu, peminat berusia 30-an ini menjelaskan ia ditanya oleh seorang pereka fesyen.
“Baju saya memang ditaja, setiap minggu memang akan berbeza-beza,” katanya yang turut akui dia tidak pernah lelah untuk menyokong perkembangan seni tempatan.
“Saya memang sokong industri seni dan saya juga memang gemarkan hiburan. Untuk GV9 pula, saya suka dengan semua bintang bertanding. Cuma yang paling istimewa ialah Jaclyn Victor sebab bagi saya, dia ‘power’,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman Instagram Janna Nick, aktres ini telah berangkat ke Tanah Suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah.
Janna turut mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua dan berdoa agar perjalanannya dan keluarga dipermudahkan.
“Di kesempatan ini saya memohon seribu kemaafan daripada semua yang mengenali saya.
“Halal kan segala makan minum & hutang piutang sekiranya ada ( Termasuk la hutang bank, credit card & loan ASB dan sebagainya ). Doa kan perjalanan saya dan keluarga dipermudahkan,” tulisnya.
Usahawan yang juga bintang media sosial popular dunia, Kylie Jenner dan pasangannya, Travis Scott selamat menimang cahaya mata kedua mereka pada 2 Februari lalu.
Berita gembira mengenai kelahiran anak lelaki mereka itu dimaklumkan menerusi Instagram.
Ia sekaligus membuatkan para peminatnya teruja dengan pelbagai komen telah ditinggalkan menerusi entri berkaitan.
Di dalam hantaran tersebut, Kylie berkongsi foto anak sulungnya, Stormi yang memegang jari bayi yang baru dilahirkan bersama kapsyen 2-2-22 beserta emoji berbentuk hati.
Pelakon popular, Anna Jobling merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang menitipkan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-25, hari ini.Menurut Anna, setiap...