
Pempengaruh media sosial, Siti Jamumall mengejutkan warganet apabila mendedahkan dia dan suaminya, Khairul Aiman Abdul Kudus atau lebih dikenali sebagai Aiman Tak Kesah telah bercerai dua minggu lalu.
Bagaimanapun, Siti atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin, 26, memaklumkan mereka mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam tempoh kurang 24 jam selepas penceraian berlaku.
Pasangan ini juga telah mengesahkan lafaz cerai dan rujuk secara rasmi di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 6 Mei lalu.
‘Update’ Keadaan Terkini
Menerusi satu hantaran di TikTok, Siti turut berkongsi kisah emosinya, lebih-lebih lagi kerana dia kini sedang hamil lima bulan.
“Selepas pengesahan cerai berlaku, kami dah rujuk semula. Now I tengah pregnant lima bulan. Tak sabar menanti bayi pelangi lahir. I minta maaf tau abiy (panggilan buat Aiman).
“Salah silap I… Moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat. Mungkin ini proses pengenalan kita. Ujian hidup masing-masing kan,” tulisnya.
Mahu Tenang Jalani Fasa Hamil
Dalam perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata ini turut meluahkan harapan agar tiada lagi spekulasi liar dan memilih untuk menjalani kehamilan kali ini dengan tenang.
“I hope all clear. No more spekulasi. I ni mungkin kadang terbawak-bawa emosi sebab tengah pregnant dan tak boleh hadap tekanan. Nanti kena depression.
I ni perempuan bukan nak apa pun, nak attention dari Abiy je. Tengah pregnant ni emosi tak menentu.
“Duit ke apa tu semua nombor dua. I boleh terima sikit ke banyak ke, yang penting you dah jalan tanggungjawab you.
“We learn together to fix this. Apa dah jadi kat benda lepas biar lah berlalu. Kita buka buku baru je. I reda dengan apa yang jadi,” kongsinya lagi.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dan setakat ini, klip berkenaan telah ditonton lebih sejuta kali menerusi platform sosial itu.
Untuk rekod, Siti dan Aiman mendirikan rumah tangga di Satun, Thailand pada 1 Jun tahun lalu.
Sebelum itu, Siti pernah berkahwin dan berpisah selepas empat tahun perkahwinan.
Hasil perkahwinan terdahulu, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Putra Adam Rizki, 5, dan Putra Aiman Zafran, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
@sitijamumallSiti dan Aiman dah rujuk kembali. selepas pengesahan cerai berlaku kami dah rujuk semula. now i tgh pregnant 5 bulan. tak sabar menanti bayi pelangi lahir 🥰 i minta maaf tau abiy salah silap i @AIMAN TAK KESAH moga jodoh kita berkekalan hingga akhir hayat 🩷 mungkin ni proses pengenalan kita. Ujian hidup masing2 kan ☺️ i hope all clear. no more spekulasi. i ni mungkin kadang2 terbawak2 emosi sebb tengah pregnant dan tak boleh hadap tekanan nnti kena depression. i ni perempuan bukan nak apa pun. nak attention dari abiy je. tengah pregnant ni emosi tk menentu. duit ke apa tu semua no 2. i boleh terima sikit ke banyak ke yang penting u dah jalan tanggungjawab u. we learn together to fix this. apa dh jadi kt benda lepas biar la berlalu. kita buka buku baru je. i redho ngn apa yg jadi. btw mengidam abiy nak pancake tu nnti i usahakan okay! settle byr LHDN syarikat kita gi thailand sama2 tau 😍 orang ckp kalau lelaki yg dpt mengidam n emosi mcm perempuan time bini mengandung ni tanda dia syg isteri lebih? yeke ? haha 😆 okay dh la bye. cukup la kat sini. mls nak sweet2 nnti orang benci 😅♬ Bismillah Cinta – UNGU & Lesti
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI