Nama Dr. Diddy Hirdy bukanlah asing dalam dunia seni tempatan. Bekas peserta Akademi Fantasia 4 ini mencipta namanya yang tersendiri apabila menjadi salah seorang selebriti tempatan yang memiliki gelaran Doktor Falsafah (Phd).

Kini berkhidmat di Universiti Utara Malaysia (UUM), pemilik nama penuh Syamsul Hirdi bin Muhid ini baru sahaja diangkat sebagai Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni bagi Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembahan (SCIMPA) bermula 1 Januari yang lalu.

Ketika ditemui di SCIMPA, terlihat ruang pejabatnya yang masih lagi kosong dan belum dihias kerana masih baru diduduki.

“Satu Tanggungjawab Yang Sangat Besar,” – Diddy AF4 Kini Bergelar Timbalan Dekan SCIMPA Universiti Utara Malaysia

“Ini satu transisi yang sangat mengejutkan bagi saya sebagai ahli akademik yang masih baharu. Saya bergelar pensyarah kanan pada 2021 dan saya anggap pelantikan ini satu lonjakan yang sangat drastik dalam karier saya selain satu pencapaian yang sangat besar,” kongsinya kepada MH.

Diberi kepercayaan sebagai barisan pengurusan, Diddy menganggap bahawa lantikan tersebut sebagai satu tanggungjawab besar selain pencapaian bagi dirinya.

IKLAN

“Pelantikan ini merupakan satu tanggungjawab yang sangat besar. Saya perlu berurusan mengenai hal ehwal pelajar termasuklah berkaitan kebajikan dan akademik mereka.

“Saya jenis yang buat kerja dan biar hasil yang bercakap untuk kita dan orang akan melihat hasil kerja kita. Tak pernah dalam doa dan cita-cita saya untuk memegang jawatan tertinggi di pusat pengajian ini,” ujarnya apabila ditanya soal tanggungjawab yang digalas.

“Satu Tanggungjawab Yang Sangat Besar,” – Diddy AF4 Kini Bergelar Timbalan Dekan SCIMPA Universiti Utara Malaysia

IKLAN

Walaupun sibuk dengan kerjaya dalam dunia akademik, dunia nyanyian tidak pernah dilupakan. Diddy masih lagi aktif menyanyi dan memenuhi undangan persembahan untuk majlis-majlis yang diadakan di sekitar negeri-negeri utara tanah air.

Apabila ditanya adakah akan ada buah tangan terbaharu darinya, pelantun lagu Hilang ini berkongsi yang dia masih dalam perancangan untuk menghasilkan lagu baharu.

“Saya masih lagi mencari formula atau strategi bersesuaian. Saya dah berbincang dengan rakan-rakan. Dr Azmeer pun ada beri satu lagu dan Dr Fitri Haris pun mahu hasilkan lagu untuk saya.

IKLAN

“Saya mungkin akan menampilkan lagu balada tetapi untuk comeback kalau ada peluang pengisiannya mungkin berbeza. Bukan sekadar tentang cinta tetapi perkara yang lebih holistik dan menyeluruh serta memberi impak yang positif kepada manusia,” jawabnya ringkas.

Imbas kembali, ahli akademik dan anak seni yang kini berusia 39 tahun ini memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam bidang Muzik pada 2022 dari University of Liverpool. Di peringkat Ijazah Sarjana Muda pula, dia merupakan lulusan UUM dalam jurusan Komunikasi.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI