
Selepas hampir tiga tahun melayari bahtera perkahwinan, pelakon jelita, Puteri Aishah mengumumkan kini hamil anak pertama.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Puteri Aishah menerusi sebuah hantaran video di laman Instagram.
Menerusi video berdurasi hampir 30 saat itu, Puteri Aishah dilihat memeluk suaminya, Muhammad Firdaus sambil menunjukkan keadaan perutnya yang kian membesar.
“Seekor rama-rama yang akan bertukar menjadi kaki kecil,” tulisnya.
Pasangan tersebut difahamkan kini sedang bercuti di Korea Selatan.
Bagaimanapun, bintang kelahiran Dewi Remaja 2014/15 tidak berkongsi butiran terperinci termasuk usia kandungannya itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Puteri Aishah dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Tahniah si cantik. Tumpang gembira untuk awak,” komen pelakon, Zahirah Macwilson.
“Saya terlalu teruja untuk berita ini,” kata pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan.
“Tahniah korang. Syukur alhamdulillah,” komen pengacara dan pelakon, Eleena Sui.
“Tahniah Putri dan suami,” komen pengacara dan pelakon, Uyaina Arsyad.
Terdahulu, Aishah mendirikan rumah tangga bersama Firdaus yang juga ahli perniagaan pada 21 November 2021.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Puteri Aishah
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
[GAMBAR] Tak Lekang Dengan Senyuman, Comel Sungguh Anak Betty Rahmad, Ardy Wira
![[GAMBAR] Tak Lekang Dengan Senyuman, Comel Sungguh Anak Betty Rahmad, Ardy Wira 10 [GAMBAR] Tak Lekang Dengan Senyuman, Comel Sungguh Anak Betty Rahmad, Ardy Wira](https://www.mediahiburan.my/wp-content/uploads/2019/05/untitled-design-3-30_24_516899.png)
Dilahirkan sihat dan sempurna pada tanggal 19 Januari lalu, pelakon Betty Rahmad telah selamat melahirkan cahaya mata sulung, Ardy Wira.
Ardy yang kini sudah mencecah empat bulan, tidak lekang dengan senyuman tatkala wajahnya dirakam Betty lalu dikongsikan di Instagram.
Jom lihat beberapa koleksi gambar yang dikongsikan Betty terhadap ekspresi wajah Ardy apabila dilensa kamera.
View this post on InstagramMe and my little hero @ardywira_ in @guess
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
View this post on InstagramA post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
View this post on InstagramSalam Jumaat! Blessed Friday everyone! 😘 @ardywira_
A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad) on
Dilahirkan seberat 3.26 kg, Ardy kini memiliki lebih 50,000 pengikut di Instagram.
View this post on InstagramSelamat pagi semua orang! Buka mata besar-besar sebesar mulut saya
A post shared by Ardy Wira Bin Ardy Shafiq (@ardywira_) on
View this post on InstagramJap eh saya kira lagi berapa hari kita nak raya…
A post shared by Ardy Wira Bin Ardy Shafiq (@ardywira_) on
View this post on InstagramJom buka puasa dengan i nak tak? 😆 @ardywira_
A post shared by Ardy Wira Bin Ardy Shafiq (@ardywira_) on
Untuk rekod, Betty, 36 dan suaminya, Ardy Damis,32 bernikah pada 4 Februari tahun lalu.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Cindai Bukan Cincai,” – Sheila Rusly

Drama rantaian, Cindai sudah pun berakhir siarannya semalam telah mendapat sambutan baik penonton setia drama tempatan.
Lalu Sheila Rusly selaku penerbit drama berkenaan memaklumkan drama Cindai bukanlah satu karya yang dibuat sambil lewa.
Sebaliknya dijalankan dengan penuh komited.
Hos rancangan Ketuk-Ketuk Ramadan itu turut menghargai seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam penghasilan drama berkenaan.
“Cindai bukan cincai. Siapa yg tukang tulis, siapa yg tukang buat, siapa yg tukang susun, siapa yg tukang rakam.
“Siapa yg tukang pakai, siapa yg tukang hias, siapa yg tukang cari, siapa yg tukang sambung, siapa yg tukang lakun.
“Siapa yg tukang bayar, cacat cela pasti ada. Sebab kita bukan siapa siapa nak menilai sesiapa. Terima kasih semua sebab jadi tukang tengok.,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by Sheila Rusly (@sheilarusly_jspictures) on
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji dengan menyifatkan drama Cindai merupakan sebuah drama yang menarik untuk ditonton seisi keluarga.
Drama hebat itu dibintangi pelakon hebat seperti Ayda Jebat, Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, dan ramai lagi.
Cinda telah ditayangkan di slot Samarinda, TV3 pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam.
Dalam pada itu, pada pelakonnya turut memberikan dedikasi bersempena tayangan akhir drama terbabit.
View this post on InstagramA post shared by Syazuwan Hassan (@syazuwanhassan) on
View this post on InstagramA post shared by Ayda Jebat (@aydajebat) on
View this post on InstagramA post shared by nazimothman (@nazimothman) on
Foto: Instagram Sheila Rusly
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Antara Watak Sukar Pernah Dibawa, “Perasaan Ini Seperti Derita Dalam Senyap,” – Ayda Jebat

Pelakon dan penyanyi terkenal, Ayda Jebat terharu atas sambutan peminat terhadap drama bersiri terbaru lakonannya, Cindai yang sudah pun bersiaran sejak minggu lalu.
Mendukung watak sebagai wanita bipolar bernama Cindai, penyanyi Better Than You ini turut menyifatkan wataknya kali ini bukan sesuatu yang mudah untuk dibawa.
Katanya kepada MH, banyak rujukan dan fokus perlu diberikan, sementelah ia banyak melibatkan mainan jiwa dan dalaman demi menyelami peranan sebagai Cindai.
“Jujurnya ia antara watak yang agak sukar untuk saya bawakan setakat ini. Saya tidak hanya perlu menjadi Cindai yang sering dibuli, rasa tersisih dan sebagainya, tetapi juga perlu lalui satu fasa hidup yang berlainan pula pada zaman dewasanya.
“Jadi ia perlukan penjiwaan yang lebih tambahan lagi ia turut mengetengahkan isu bipolar yang saya rasa ia pernah terjadi kepada kebanyakan daripada kita. Malah ada di antaranya yang menghidapi gangguan ini tanpa sedar.
“Kesannya, lama-kelamaan ia akan jadi lebih teruk hingga mengancam nyawa andai tidak mendapatkan rawatan sewajarnya,” katanya.
Pada masa sama, Ayda turut mengakui dia banyak melakukan rujukan dengan menonton video selain membawa informasi mengenai gangguan bipolar.
“Ada ketikanya saya menonton video menerusi YouTube selain membaca mengenainya. Bila difahami, ia sebenarnya ada dalam diri kita tinggal lagi ia serius atau pun tidak.
“Malah dalam kehidupan sehari-hari pelbagai tekanan yang dialami secara tak langsung juga mampu memberikan gangguan terhadap emosi. Bergantung kepada individu itu untuk bijak tangani atau sebaliknya.
“Boleh dikatakan, perasaan ini adalah seperti derita dalam senyap. Kalau tidak dirawat atau dikawal tak mustahil individu yang alami masalah ini akan melakukan hal yang bukan-bukan, termasuk cabut nyawa sendiri,” jelasnya lagi.
Gangguan bipolar adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan gangguan emosi yang ketara.
Hal tersebut berlaku apabila wujudnya kecelaruan emosi pada dua kutub yang berbeza di mana episod kemurungan dan episod gembira yang melampau dialami seseorang individu.
Perubahan emosi tidak stabil serta ketara inilah yang menyebabkan kesukaran dalam menjalani kehidupan harian.
Ia merupakan penyakit mental yang boleh berulang terutamanya jika tidak mengambil rawatan atau mengalami tekanan hidup.
Sementara itu, drama yang bersiaran selama 15 episod ini ditayangkan menerusi slot Samarinda TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Selain Ayda, Cindai turut dibarisi pelakon hebat lain seperti Syazuwan Hassan, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Catriona Ross, Niezam Zaidi dan ramai lagi.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI