Ibu kepada wartawan yang meninggal dunia di London, United Kingdom, Fiza Kamarudin iaitu Siti Nooriah Hasan berkongsi momen-momen terakhir sebelum anaknya itu menghembuskan nafas yang terakhir.
Menurut Nooriah, dia sempat berhubung dengan Allahyarham Fiza sebelum dia pergi buat selama-lamanya.
“Sehari sebelum meninggal dunia, kami ada berhubung. Dia buat panggilan video dan pada ketika itu dia masih boleh respon. Dia pun ada panggil saya.
“Keesokkannya dia telefon lagi tapi hanya tangannya bergerak lagi. Kami pun ajar mengucap sebab dia nampak dalam keadaan nazak nak bernafas pun susah,” katanya.
Nooriah berkata sedemikian ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Sementara itu, Nooriah reda meskipun meskipun tidak berkesempatan untuk bertemu dengan anaknya itu buat terakhir kali.
Ads
“Sesiapa pun akan rasa terkilan tapi saya reda. Pada saya, kalau kebumikan di sana pun tak mengapa. Suaminya minta izin kepada saya untuk bawa jenazah pulang. Saya kata terpulanglah.
“Sekarang saya sudah boleh terima,” ujarnya lagi.
Tambah Nooriah lagi, Allahyaham Fiza sempat bergurau mengenai pemergiannya sebelum berangkat ke London.
“Sebelum di bertolak ke London, saya tinggal di rumahnya selama dua minggu. Saya datang untuk bantu jaga keluarga.
Sehari sebelum berlepas, dia ada bergurau. Dia ada bagitahu yang dia rasa nak mati. Kemudian saya kata, orang sakit tak semestinya mati. Orang sakit akan cepat sihat.
Ads
“Selepas itu, dia ada bagitahu adiknya yang dia nak pindah duduk rumah saya. Katanya dah bosan duduk rumah sendiri. Siap nak pindahkan anak sekolah dan bergurau nak beli rumah saya,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Nooriah turut menyifatkan sambutan Syawal pada tahun ini pasti berbeza selepas pemergian anaknya itu.
“Kalau hari raya dia akan kemas rumah saya dahulu. Dia tak bagi adik beradik dia buat. Katanya tak cantik. Setiap tahun begitu.
Ads
“Apa yang dia suka makan, dia akan belanja saya. Ada kedai sedap, dia mesti nak bawa saya,” akhirinya.
Sekadari info, Fiza disahkan meninggal dunia akibat pendarahan dalam otak di Hospital Charing Cross, London, UK pada 28 Disember jam 6.30 petang waktu tempatan atau 11.30 malam waktu Malaysia
Fiza dilaporkan kritikal selepas tidak sedarkan diri ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow, London.
Fiza yang juga wartawan di portal Boom Malaysia dan Jurnal Malaysia milik KRU Media sebelum ini terpilih menerima tajaan pakej melancong bersama keluarga ke London.
Jenazah Fiza disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan, Raudhatul Sakinah pada Sabtu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, akhbar tempat, Harian Metro ada menerbitkan sebuah artikel mengenai bintang Bollywood, Kareena Kapoor yang kini dikatakan meletakkan harga yang terlampau tinggi bagi sesiapa sahaja yang ingin mendapatkan khidmatnya.
Kisah tersebut nyata mendapat perhatian ramai pihak termasuklah pelakon senior, Sharifah Shahora.
Jelas Sharifah, dia menyifatkan tindakan Kareena itu tidak sepatutnya dipertikaikan memandangkan bintang tersebut mempunyai pengalaman yang begitu luas di dalam dunia lakonan.
Katanya lagi, senario yang sama turut berlaku di dalam industri seni tanah air apabila bayaran yang ditawarkan buat buat pelakon baru dan lama dilihat seolah-olah tiada beza.
“Dia pelakon lama. Memang ada harga . Lakonan Kareena pun best. Kat Malaysia heroin/ hero pengalaman 5 tahun dengan heroin/ hero baru 6 bulan berlakon, harga dah sama.
“Penat hero/ heroin dah berpengalaman 5 tahun nak memanjat sampi ke puncak, harga dah sama dengan hero/ heroin baru. Tiada harga siling,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh pelakon drama Angkara Cinta itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Dalam pada itu, Sharifah turut merasakan para artis senior ini berhak untuk mendapatkan bayaran yang lebih baik berdasarkan cara kerja dan pengalaman mereka selama ini.
“Tu pun harga tak baca skrip. Director kena explain kenapa scene tu terjadi, apa yang berlaku terhadap karektor hero/heroin. Jadi value harga tu tak tahu atas sebab apa?
“Maybe sebab follower, lakonan dapat sambutan, management amik percent tinggi? Kenapa oh kenapa? Jangan letak murah.. jangan letak mahal. Letak harga ikut pengalaman,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut senada dengan Sharifah selain turut berharap agar situasi seperti ini dapat diperbetulkan.
“Mereka ikut pengalaman, Malaysia ikut populariti. Berbakat atau tidak, berpengalaman atau tidak, semua letak tepi. Simpati dengan pelakon-pelakon lama seperti dibuli.
“Saya setuju kak. Sepatutnya lebih banyak pengalaman lebih banyak bayarannya bukan sikit.
“Kalau kerja dah 10 tahun tapi gaji tetap sama bagaimana kak? Kami yang crew-crew pula?,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sumber: Instagram Sharifah Shahora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kebelakangan ini, di media sosial bertebaran kisah isteri dimadukan dan tidak mendapat hak yang selayaknya diberikan oleh suami, hingga ada yang terpaksa menagih harta sepencarian untuk meneruskan keberlangsungan hidup.
Menerusi sebuah program bual bicara, aktess terkemuka Indonesia, Dewi Sandra memaklumkan, sebagai seorang isteri, dia akan terus menunaikan tanggungjawabnya terhadap suami dalam apa juga keadaan sekali pun dan menyerahkan soal hak kepada Allah SWT.
Isteri Yang Merasa Teraniaya, Boleh Serahkan Soal HAK Di Tangan Allah
“Seorang suami punyai hak dan kewajipan. Begitu juga dengan isteri. Kita harus memainkan peranan tersebut.
“Pada saya, sebagai seorang isteri, saya tidak boleh menuntut hak saya kerana saya harus memberikan kewajiban saya. Hak yang sepatutnya saya dapat, saya tidak mengharapkan daripada suami tapi daripada Allah.
“Misalnya, sebagai seorang suami, mereka punyai kewajiban untuk memberikan kita wang belanja tetapi suami tidak berbuat sedemikian. Adakah boleh untuk kita tidak menunaikan kewajipan? Tak boleh sebegitu,” katanya.
Berhentilah Berharap Kepada Manusia, Bergantunglah Pada Maha Pencipta!
Tambah Dewi lagi, dia menyeru kepada semua pihak untuk berhenti berharap kepada manusia sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah SWT.
“Tugas isteri adalah untuk terus menunaikan kewajiban seperti melayan suami dan sebagainya. Tentang hak untuk meminta wang belanja, kita minta pada Allah.
“Mungkin wang datang bukan daripada suami tapi Allah tetap akan tunaikan hak kita. Jadi, jangan berharap sama manusia tentang hak. Tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban.
“Prinsip ini telah saya terapkan dari awal. Ini bukan cara Agus dan bukan cara saya tapi kita pakai cara Allah,” ujarnya lagi.
Cara Berfikir Dewi Sandra Raih Perhatian Warganet!
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut berharap agar soal hak dan kewajipan ini tidak dipandang enteng buat pasangan suami isteri.
“Betul tu. Kalau tak melakukan kewajiban, itu dosa pada Allah. Jangan pandang enteng.
“Setelah berusaha tapi tidak memihak kepda kita? Reda dan serahkan kepada Allah untuk uruskan. InsyaAllah Allah sebaik-baik perancang. Jalani kehidupan dan lakukan kewajiban.
“MasyaAllah, bagus penerangan dan penerapan yang dipraktikkan oleh Dewi.
“MasyaAllah, banyak kali ulang dengar. Kadang kita berharap. Rupanya tugas kita adalah untuk menunaikan kewajiban. Hal itu datang dari Allah. Bila Allah berkehendak mesti dapat apa yang kita mahukan,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Baru-baru ini, beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur khususnya telah terjejas selepas dilanda banjir kilat lalu mendapat perhatian ramai termasuk para selebriti tanah air.
Ekoran situasi yang berlaku, satu rakaman video yang memaparkan beberapa kenderaan yang telah ditenggelami air tular di laman media sosial.
Pelakon senior Azhar Sulaiman misalnya, akui terkesan dengan situasi yang berlaku.
Malah, aktor senior ini ada meluahkan rasa simpati terhadap nasib malang yang menimpa mangsa.
“If could have been my car here. Mami tumpang rasa cam nak hantuk kepala kat dinding jer. Dah lah tengah struggling to survive and tengah recover balik, kena pulak macam ni.
“Manalah nak cekau duit to settle all this mess?? Mami also feeling depress laa,” tulisnya menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya.
Terdahulu, media mengesahkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur telah menerima leporan sembilan kawasan sekitar ibu kota dilanda banjir kilat setakat jam 6.25 petang Isnin.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Azhar Sulaiman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Seorang pempengaruh media sosial yang popular di TikTok dikenali sebagai CEO Batu kini ditahan polis untuk membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar gambar lucah kepada...