Khabar duka menyelubungi keluarga penyanyi popular Khai Bahar apabila ibu tercinta, Rosnah Muhammad, 62, telah menghembuskan nafasnya yang terakhir jam 10.40 malam tadi.
Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh pengurusnya, Jai menerusi hantaran di ruangan InstaStory.
“Salam, saya pengurus (Jai) mewakili pihak Khai Bahar ingin memaklumkan bahawa Mak Ros telah menghembuskan nafas terakhir di Perlis sekitar jam 10.40pm.
Ads
“Solat jenazah akan diadakan pada 3 Januari di Masjid Tuanku, Kangar sejurus selepas solat fardu Zohor diikuti dengan pengebumian di tanah perkuburan Tok Paduka,” ujarnya.
Sebelum ini penyanyi berusia 29 tahun itu pernah berkongsi bahawa ibunya menghidap penyakit buah pinggang tahap empat dan perlu menjalani rawatan dialisis.
Ads
Semoga roh allahyarhamah di cucuri rahmat.
Ads
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima menggesa semua pihak untuk tidak menggelarkan mereka yang terlibat dengan aktiviti pensundalan dan penghasilan video seks sebagai pelakon.
Menurut Erma, dia menganggap gelaran tersebut sebagai satu penghinaan buat industri seni tanah air.
“Kalau setakat berlakun jadi extra, harap janganlah hendaknya guna gelaran pelakon itu ya.
“Kesian industri kami,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Kenyataan Erma itu merujuk kepada tajuk berita sebuah portal akhbar tempatan yang melaporkan mengenai penahanan enam wanita dipercayai terbabit dalam rakaman aksi seks bersama seorang lelaki tempatan dikenali ‘Hot Daddy’ dan menjualnya di media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis menyatakan pandangan yang sama selain turut mengeji perbuatan terkutuk itu.
“Ya betul,” komen pelakon terkenal, Nur Fazura.
“Memalukan. Macam tiada kerja halal nak buat,” kata seorang netizen.
“Seni itu amat tinggi martabatnya,” balas seorang individu.
“Itu bukan pelakon tapi penyundal,” tulis seorang netizen.
Jumaat lalu, lelaki tiga anak dikenali ‘Hot Daddy’ yang ditahan kerana merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui aplikasi X, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
Lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 dan dua teman wanitanya Norhidayah Mahadi, 24, dan Norshazrina Md Zamri, 27, mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, kerana mempromosikan aktiviti seks untuk keuntungan
Mereka ditahan pada 17 Januari lalu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman dalam serbuan di sebuah rumah di Janda Baik, Pahang.
Siasatan oleh JSJ sebelum ini mendapati suspek menjual video berkenaan dalam aplikasi X dengan kadar RM100 bagi 200 video sebulan dan RM20 bagi 13 video sebulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Erma Fatima
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal, Rozita Che Wan tidak berhasrat untuk melakukan sebarang prosedur suntikan atau rawatan kosmetik untuk mengubah keadaan wajahnya.
Menurut Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta, suaminya yang juga merupakan pelakon Zain Saidin tetap mengagumi kecantikkan semula jadinya dan disebabakan itu, dia tidak mengizinkan Che Ta melakukan prosedur tersebut.
“Saya hanya buat rawatan penjagaan wajah disebuah klinik yang menaja saya. Saya tidak ada mengambil sebarang suntikan. Saya percaya mengenai suntikan tapi Zain tak izinkan.
“Zain kata jangan cucuk. Dia akan turn off dengan wanita buat sesuatu pada mukanya.
“Katanya, dia okay sahaja walaupun kulit saya berkedut. Dia tak pernah melarang saya buat apapun. Dia hanya akan tegur mengenai baju dan kalau saya berhasrat untuk mengubah muka. Itu sahaja,” katanya kepada MH.
Pelakon drama Diari Ramadan Rafiq itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran produk kecantikkan terbaharu, Serum Cekang Jelita baru-baru ini.
Dalam pada itu, aktres berusia 51 tahun ini turut mengakui soal kecantikkan bukan lagi menjadi keutamaannya pada ketika ini
“Kawan-kawan saya memang ada yang mengambil suntikkan. Sekarang saya berfikir begini, kalau saya masih muda, mungkin saya akan buat.
“Namun, bila sudah berusia, perkara ini bukan lagi keperluan untuk saya. Saya bukannya nak berlakon lama lagi. Mungkin tahun ini sahaja saya banyak ke hadapan.
“Tahun-tahun berikutnya saya akan aktif di belakang tabir,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, dia kini lebih mahu lebih memberikan tumpuan bagi terhadap kesihatan luaran dan dalamannya.
“Ibu saya pun dah berusia 75 tahun. Tak perlu buat apa-apapun tapi masih lagi sihat. Bila sudah meningkat usia, soal cantik ini bukan lagi keutamaan. Yang penting kita sihat.
“Kita tak mahulah pakai pewarna mata sampai 17 warna atau bulu mata melentik tapi duduk di atas kerusi roda,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tidak dinafikan, nama penyanyi Baby Shima,26, menjadi antara artis tempatan yang sering menjadi sorotan susulan menjadi ‘mangsa’ warganet di media sosial.
Apa jua yang Shima lakukan, ada saja yang tidak kena sehingga pelbagai kritikan diberikan terhadapnya meski ada ketikanya, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli ini hanya memberikan pandangan peribadi yang ada kebenarannya.
“Dari dulu saya tak pernah down pun kalau orang kecam sebab saya anggap orang yang suka mengecam ni adalah orang yang kurang kasih sayang.
“Mungkin jugamereka nipenganggur atau tak ada kerjasebab itulah kerja dia mengecam orang saja. Tak ada kehidupan. Kasihan pula saya rasa.
“Biasalah, kalau dah kurang kasih sayang tu, sanggup mengecam orang sana sini demi mendapat perhatian. Bila dah dapat perhatian, dia buat lagi dan lagi kerana obses untuk terus jadi perhatian.
“Bagi saya, apabila seseorang itu ‘lapar’ perhatian, jadi dia sanggup saja kutuk dan hina orang lain demi meraih tumpuan. Dia paling suka apabila ada pula netizen-netizen lain menyokong. Masa itu dia rasa hebatlah sangat
“Saya pun pelik, apa kepuasan yang dia dapat apabila mengecam dan memalukan orang lain. Bagi dia itu satu kemenangan ke?
“Memang dah tak tahu dosa dan pahala ke? Dosa dengan manusia, kena minta maaf dengan manusia yang dia kecam atau hina tu. Sempat ke nak minta maaf sedangkan kematian itu boleh datang pada bila-bila masa sahaja,” katanya.
Dia pada masa sama akui, sudah kalis dan tidak kisah sekiranya ada kenyataannya dipertikaikan.
Terbaharu, Shima muncul dengan lagu Kena KecamPun Tak Kisah yang turut menampilkan Ifa Raziah dan Datuk Norman Abdul Halim.
“Lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah ini mengisahkan tentang keadaan sekarang, ramai yang suka mengecam bukan sahaja kepada artis, malah bergaduh sesama sendiri dalam media sosial.
“Bukankah sepatutnya kita menggunakan media sosial untuk merapatkan silaturrahim sesama kita. Janganlah salah guna hingga setiap hari kita tengok ada saja kecaman.
“Apabila ada yang mengecam, maka timbullah pergaduhan dan ‘perang’ mulut. Maka ia turut mengajak orang lain untuk mengecam sama,” katanya lagi.
Dalam masa yang sama, Shima juga menafikan cuba menyindir sesiapa menerusi lagu ini.
“Bukan sindir, tapi ini lah diri saya. Tak semua netizen suka mengecam, ramai saja yang suka berkongsi kebaikan yang boleh memberi manfaat kepada orang lain.
“Menerusi lagu Kena Kecam Pun Tak Kisah ini, sayahanya nak beritahu pada mereka yang suka kecam orang tu, kecamlah saya sepuas-puasnya, sebab saya tak kisah pun.
“Tapikalau dah sampai tahap memfitnah tu, atau dah melampau sangat, saya pun tak boleh berdiam diri juga. Sudah tentu saya akan ambil tindakan.
“Bagi saya kecam okay lagi, tapi kalau memfitnah ia boleh melibatkan ramai orang bergaduh. Ini sangat bahaya. Saya tahu takkan ada yang sempurna dalam dunia ni, tapi agak-agaklah kalau nak mengata orang pun, janganlah sampai memfitnah,” tambahnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.