Selepas memutuskan untuk tetap melangsungkan ‘Konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’ pada tanggal 9 Mac depan, seorang individu tampil menyelar keputusan penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu.
Menurut individu berkenaan, Siti seakan tidak menghormati bulan Ramadan selain turut memerli penyanyi berkenaan sebagai umat akhir zaman.
“Akhir zaman. Malam Ramadan itu. 10 Mac dah puasa,” tulisnya di ruangan komen kenyataan yang dikongsikan Siti di Instagram pada petang Khamis.
Tidak melatah, Siti sebaliknya memberikan respon balas dengan membetulkan kenyataan individu berkenaan.
“10 Mac tarikh tengok anak bulan puan. Saya betulkan. Belum puasa lagi tapi saya doakan puan dan keluarga,” balasnya.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor menyarankan Siti untuk menunda konsert solonya ke satu tarikh lain bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan yang dijadualkan jatuh pada tanggal 12 Mac ini.
Ads
Sementara itu, memerusi satu kenyataan pada Khamis, Pengasas Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa berkata, pihaknya dengan berlapang dada menerima gesaan dan teguran Mufti Pulang Pinang itu.
Bagaimanapun beliau berkata, setelah mengambil kira matlamat dan objektif utama penganjuran konsert tersebut, maka Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza secara konsesus untuk meneruskannya.
“Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan.
“Tujuan konsert ini adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster iaitu Kebajikan, Kemanusiaan, Keagamaaan, Pendidikan dan Bantuan Khas Palestin.
“Kesemua kluster berkenaan menjadi keutamaan Yayasan Nurjiwa dan bagi meneruskan kerja kebajikan ini, ia memerlukan dana mencukupi.
Ads
“Segala hasil kutipan tiket daripada pementasan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza akan disalurkan ke lima kluster berkenaan,” katanya.
Jelasnya lagi, alasan lain yang menyukarkan untuk menangguhkan konsert adalah faktor ketiadaan tarikh ganti yang sesuai.
Dalam pada itu, Khalid turut memaklumkan penundaan konsert itu akan memberikan implikasi yang besar kepada banyak pihak khususnya produksi serta pengurusan PSM.
Ads
“Bahkan, apa yang kami gusarkan sekiranya penundaan konsert dibuat, maka dana yang sewajarnya tidak disaluran dalam kadar segera kepada golongan yang sudah dikenal pasti sebagai penerima terutamanya mangsa perang di Palestin.
“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.
“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.
“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suami kepada penyanyi Wany Hasrita, Mohd Al-Adib Fahmi Harun mengakui dia tidak menghalang isterinya itu untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni selepas ini.
Bagaimanapun, Adib berkata, dia menetapkan beberapa syarat buat Wany, seperti melabuhkan tudung serta tahu menjaga diri dan batas sebagai seorang isteri.
“Syarat paling utama saya beritahu dia, (untuk) labuhkan tudung itu sahaja.
“Kalau cakap bab masak, sekarang zaman dah berlainan… kemudahan banyak. Kalau duduk berdua nak beli bahan makanan (masakan) dah mahal, makan di luar lagi murah kadang-kadang,” seloroh Al-Adib.
Pasangan raja sehari ini ditemui pada majlis kesyukuran bagi meraikan perkahwinan mereka yang diadakan di Forest Valley, Cheras, pada malam Ahad.
Majlis yang diraikan secara sederhana tetapi meriah itu dihadiri ahli keluarga kedua belah pihak, pihak media serta ahli kelab peminat Wany Hasrita.
Di dalam majlis tersebut, pasangan mempelai menggayakan persalinan rona kelabu rekaan pereka, Eja Shahril.
Bakal menjalani kehidupan jarak jauh sebagai pasangan suami isteri, Wany berkata dia akan berulang alik ke Sarawak memandangkan suaminya masih lagi bekerja di sana.
“Kami sudah rancang untuk settle down (duduk bersama) tapi bukan dalam masa terdekat sebab masing-masing ada komitmen dalam kerjaya.
“Cuma buat masa sekarang, kami cuba untuk faham dan bagi saya sendiri, saya jaga apa yang perlu dijaga sebaik mungkin,” ujar Wany.
Bercakap mengenai rancangan bulan madu, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menahan Rindu ini menjelaskan dia dan suami masih belum berbincang lanjut mengenainya.
“Esok baru nak fikir, selesai majlis… penat sebenarnya buat majlis ni.Nanti dah sempat rehat, baru kami scroll cari destinasi bulan madu.
“Mengenai anak pula, kami tidak tetapkan apa-apa… ada rezeki ada,” kata Wany lagi.
Untuk rekod, Wany selamat bergelar isteri kepada Al-Adib dalam sebuah majlis yang dilangsungkan di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor, jumaat lalu.
Pasangan ini menjalinkan hubungan rapat sejak 2019 dan Al-Adib merupakan sepupu kepada kawan baik Wany sendiri.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ibu kepada selebriti dan usahawan, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini berangkat ke tanah suci Makkah bagi mengerjakan ibadah Umrah.
Turur bersama di dalam rombongan itu termasuk anak anak perempuannya Ameera Khan.
Menerusi Instagram, Kartini dalam ruangan kapsyen memohon maaf seandainya mempunyai ada salah dan silap selain mendoakan agar ibadah Umrahnya kali ini dipermudahkan.
“Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, saya bersama anak saya Little Miss Khan akan menunaikan umrah.
“Jika ada salah silap tutur kata atau perbuatan yang menyinggung sesiapa sahaja kami mohon maaf, dan doakan perjalanan dan ibadah kami. Sayang semua,” tulisnya bersama beberapa lampiran foto mereka berdua.
Terdahulu, wargamaya membuat pelbagai spekulasi susulan Ameera yang memiluh untuk memasam semua foto seterusnya bertindak menyahaktif akuan Instagramnya sehingga kini.
Neelofa menerusi satu sidang media menjelaskan, adiknya itu berada dalam keadaan baik dan memohon ruang masa masa sendiri.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada Datuk Azmir Saifuddin Mutalib, apabila Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mengumumkan pelantikan semula beliau sebagai Ketua Pegawai...