
Susuluan tular video yang memaparkannya mengenakan gaun putih dalam satu sesi fotografi, penyanyi, Siti Nordiana akhirnya menafikan dirinya bakal mendirikan rumah tangga.
Menurut Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana, video berkenaan merupakan salah satu rangka promosi bagi konsert solonya yang diberi nama ‘Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun’ di Zepp Kuala Lumpur (KL) pada 11 Mei depan.
“Ya saya nak kahwin tetapi majlisnya akan berlangsung di Zepp KL pada Mei depan.
“Jadi saya nak jemput rakan media dan peminat ke sana meraikan konsert solo 25 tahun saya,” katanya pada sidang akhbar pada majlis pelancaran Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun pada Selasa.
Pada masa sama, penyanyi lagu Paling Comel ini turut memohon maaf sekiranya video berkenaan mencetuskan salah faham banyak pihak.
“Saya memohon maaf jika ada pihak yang salah faham dan menyangka saya akan bernikah selepas tersebar foto berbaju pengantin.
“Konsert ini ibarat perkahwinan bersama peminat yang sudah menanti lama konsert solo saya,” ujarnya.
Konsert Memori Berkasih Siti Nordiana 25 Tahun merupakan anjuran Icon Entertainment dan tiket mula dijual pada Jumaat ini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nak Post Pun Tak Tahu Button Mana,” – Erra Fazira Kembali Main Twitter, Netizen Kata Welcome Back!

Melayangkan status setelah sekian lama menyepi di laman Twitter, kata Erra Fazira, dia agak kekok dan keliru bagaimana memuat naik entri menerusi platform berkenaan.
“Assalamualaikum.. TESTING! omg awkward giler.. dah lama tak main Twitter.. nak post pun tak tahu button mana.
“im sure skrg twitter dah upgrade. Dulu takleh tulis pjg2.. jenuh nak cut it short. skrg dah mcm bole je ni.. ni dah pjg dah ni,” tulisnya.
Assalamualaikum.. TESTING! omg awkward giler.. dah lama tak main Twitter.. nak post pun tak tahu button mana.😁 im sure skrg twitter dah upgrade. Dulu takleh tulis pjg2.. jenuh nak cut it short. skrg dah mcm bole je ni.. ni dah pjg dah ni.. 🤭😁
— Fazira Wan Chek (@ErraFaziraWC) August 25, 2019
Netizen nyata teruja dengan kelibat primadona Melayu ini dan memberikan reaksi.
Dan cukup melucukan apabila keterujaan netizen menunggu single terbaru pengacara Mingguan Wanita ini disambut dengan nada gurauan.
Erra baru sahaja pulang dari mengerjakan haji beberapa minggu lalu di tanah suci.
Foto : Instagram Erra Fazira
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bila-Bila Masa Allah Boleh Ambil Nyawa Saya Dan…,” – Vicha Saywho Bulatkan Hati, Mohon Ramai Bantunya Terus Istiqamah

Pelawak dan pelakon, Vicha Saywho berkongsi mengenai imej baharunya yang kini sudah bertudung.
Menurut berkata, banyak perkara yang bermain di fikiran hingga membantutkan hasratnya untuk bertudung selama ini.
“Bila-bila masa Allah boleh ambil nyawa saya dan sudah tiba masanya untuk saya berhijrah ke arah yang lebih baik,” katanya, memetik Harian Metro.
Dia pada masa sama turut menambah, niat ke arah tersebut sudah lama terpendam dan cuba untuk berhijab pada Ramdan lalu.
“Niat untuk bertudung memang sudah lama. Malah, sepanjang Ramadan lalu saya cuba memakai tudung perlahan-lahan.
“Apa yang menjadi kebimbangan selama ini adalah jika keputusan untuk bertudung akan menyukarkan peluang saya untuk mencari makan dalam bidang ini sebab saya adalah seorang pelawak.
“Namun, melihat kejadian demi kejadian yang berlaku termasuk pemergian Allahyarham Siti Sarah benar-benar membuka mata saya untuk berhijrah.
“Saya terfikir sampai bila saya kena takut dengan pekerjaan sedangkan Tuhan yang maha memberi kekayaan dan rezeki kepada umatnya,” katanya lagi.,
Vicha berharap, moga penghijrahan yang dilakukan akan berterusan selain turut bertanya dengan rakan-rakan yang kebanyakannya sudah bertudung mengenai keputusannya itu.
“Hari ini adalah detik paling indah dalam hidup saya dan saya mohon doa daripada orang ramai supaya saya terus istiqamah.
“Saya juga berharap Allah akan terus beri perasaan ketakutan dalam dunia ini sampai bila-bila. Saya bimbang jika keadaan negara sudah kembali pulih dan kita mendapat semula nikmat dunia, kita lupa untuk dengan-Nya,” katanya.
Dalam pada itu, Vicha mengakui Allahyarham Siti Sarah adalah rakan artis yang sangat baik.
“Baru-baru ini arwah ada memberikan saya jubah yang dibuat khas mengikut saiz saya. Padahal saya hanya tanya adakah saiz saya ada dijual.
“Ketika menyarung jubah pemberiannya, hati saya sangat gembira dan ingatkan nak beritahu yang kepadanya yang saya cantik dengan tudung yang dikenakan. Arwah sangat baik walaupun kami tidak rapat,” katanya.
Sementara itu, dia turut berkongsi penampilan terkininya itu di Instagram, sekaligus meminta ramai untuk terus mendoakan yang baik-baik
Foto: Harian Metro
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini 5 Iklan Raya 2024 Paling Menyentuh Perasaan, Diinspirasi Daripada Kisah Benar

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, kita pasti disajikan dengan pelbagai iklan raya yang dihasilkan oleh syarikat produksi tempatan seterusnya menjadi antara eleman penting menjelang Syawal.
Malah apa yang menariknya, iklan yang dihasilkan turut memaparkan jalan cerita tersendiri, misalnya yang diangkat daripada kisah benar atau isu semasa selain menampilkan barisan pelakon terkenal.
MH bariskan lima iklan raya 2024 yang kisahnya diinspirasi daripada kisah benar.
Iklan Raya Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS)
Iklan berjudul Conteng sempena Aidilfitri ini juga berjaya menyentuh hati dan membuat ramai sebak sehingga mencatat tontonan lebih satu juta dalam tempoh tiga minggu ditayangkan di YouTube.
Pengarahnya, Rashid Sikh Abdullah berkata, idea asal daripada PKNS berkenaan seorang yang sudah berjaya merajuk dengan kata-kata bapanya sewaktu kecil dan lebih 20 tahun tak balik kampung.
Dia kemudiannya ada mengambil rujukan daripada filem dan rakan yang dihalang cita-citanya menyambung pengajian tertinggi dalam jurusan seni atau seni halus.
Itulah yang menjadi inspirasi buat dirinya dengan mencantumkan kisah-kisah sebenar. Daripada beberapa penulis skrip yang saling bertukar idea, maka mereka ciptakan sebuah jalan cerita yang mungkin dianggap klise tapi digarap dan divisualkan dengan menarik.
Antara kekuatan utama iklan itu juga adalah penampilan pelakon veteran, Jalil Hamid yang mempamerkan lakonan cemerlang.
Iklan Raya Bank Muamalat 2024
Iklan raya berjudul Nak Ikut ini diinspirasi daripada kisah benar rakan sebaya pengarah iklan raya ini, Dzulkifli Shaari.
Kisah cerita pendek ini penuh dengan mesej tersirat, terutamanya tentang keluarga, dunia yang sementara, dan sedekah untuk pahala berterusan, etc
Nak Ikut mengisahkan tiga beradik yang sudah kehilangan kedua ibu bapa dan tinggal bersama nenek mereka. Kisah menjadi tragis apabila adik kepada Hamidi iaitu Zaid meninggal ketika dalam perjalanan mencari abangnya yang pergi ke kedai membeli baju raya.
Lebih menarik lagi, iklan raya ini mempunyai “OST” dinyanyikan oleh Ezad Lazim yang bertajuk Dekat Semula. Lagu ini hasil ciptaan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Ahmad Fedtri Yahya.
Walaupun boleh dikatakan antara “newcomers” yang masih baru dalam dunia PSA Raya, iklan raya ini berjaya menyentuh hati dengan penceritaan yang berkesan dan mesej yang mendalam.
Iklan raya Nak Ikut yang dibawakan oleh Bank Muamalat ini sudah mencecah jutaan tontonan di semua platform media sosial seperti Facebook, YouTube dan Instagram.
Iklan Raya Elrah Exclusive
Buat julung kalinya, Elrah Exclusive melancarkan filem pendek sempena 10 tahun dalam industri fesyen.
Dibintangi oleh barisan pelakon serta duta pakaian Elrah Exclusive pada raya tahun ini seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Meerqeen, MK K-Clique dan ramai lagi. Tidak ketinggalan, Fatimah Abu Bakar yang melakonkan watak ibu.
Filem pendek bertajuk Tak Pernah Suka Mak ini adalah berdasarkan kisah benar yang dilalui pengasasnya iaitu El Azman.
Walaupun si ibu tidak menunjukkan kasih sayangnya pada anak, dia tetap berbangga dengan segala pencapaian anak dan setia mengiringi langkah mereka dengan doa. Pada akhirnya, ajal menjemput si ibu dan anak terlambat mengetahui kasih maknya.
Iklan Raya RHB
Iklan raya berjudul Lembaran Baharu ini adalah kisah realiti yang dikongsikan oleh seorang peguam terkenal, Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar ketika mengendalikan kes kecurian.
Kisahnya membantu dan menyelamatkan seorang ibu yang hampir dipenjara kerana kes curi kotak pensil di sebuah pasar raya dijadikan iklan raya 2024 RHB Group.
Kisah yang berlaku pada 1998 itu menceritakan seorang wanita yang bekerja sebagai pekerja pembersihan mencuri kotak pensel yang berharga RM18 untuk dihadiahkan kepada anaknya yang mendapat keputusan nombor satu dalam kelas.
Bagi mendapatkan kesahihan cerita wanita berkenaan, Ahmad Zaharil ke sekolah anak wanita itu dan guru di sekolah itu tidak menafikan keputusan murid berkenaan. Mahkamah memutuskan kepada wanita berbangsa India itu untuk berkelakuan baik selama beberapa tahun.
Beberapa tahun kemudian, anak kepada wanita itu bertemu dengan Ahmad Zaharil dan memperkenalkan dirinya ketika itu sudah bergelar peguam.
Iklan Raya Taylor’s University
Sesuatu yang menarik apabila iklan raya turut dihasilkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT). Buktinya, iklan dari Taylor’s University ini tidak kurang hebatnya.
Suami Mithali membawakan kisah mengenai realiti rumah tangga yang jarang diperkatakan dalam kehidupan seharian kita.
Mungkin ada yang memandang serong cara hidup suami isteri yang ‘bertukar peranan’ ini. Suami tinggal di rumah, isteri pula pergi bekerja.
Namun, mereka pasti ada sebab tersendiri untuk pilih jalan hidup sebegitu.
Iklan ini mengajak orang ramai agar tingkatkan peranan dalam keluarga, memimpin dengan penuh kasih, mengukuhkan hubungan dengan pengorbanan, dan saling memahami jalan hidup seseorang.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI