
Selebriti media sosial, Ryan Bakery berkongsi khabar duka apabila memaklumkan isterinya, Elyia Ibrahim mengalami keguguran buat kali kedua.
Perkhabaran itu dikongsikan Ryan menerusi satu hantaran di Instagram pada Ahad.
Menurut Ryan, dia sekeluarga reda dengan ketentuan tersebut dan kini hanya mengharapkan agar isterinya diberikan kesembuhan serta kembali sihat seperti sedia kala.
Reda Dengan Ketentuan, Utamakan Kesihatan Isteri
View this post on Instagram
“Sakit merasa kehilangan, sakit lagi ibu yang menanggungnya. Fizikal mahupun mental. Isteri saya keguguran buat kali kedua. Tak mengapa sayang, kita dah buat yang terbaik.
“Reda atas segalanya. Ikhlas menerimanya. Yang penting, saya nak awak kembali sihat,” tulisnya.

Dalam masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata ini turut memanjatkan doa buat para wanita yang senasib dengan isterinya agar terus kuat menghadapi detik sukar berkenaan.
Doa Buat Wanita Yang Senasib
“Kepada ibu-ibu di luar sana yang menghadapi pekara yang sama, saya doakan moga cepat sembuh. Kuatkan semangat.
“Ada rezeki lain. Insha’Allah. Kepada yang masih menanti cahaya mata, saya doakan moga dilancarkan rezeki kalian dan dipermudahkan segala urusan. Amin,” kongsinya lagi.

Untuk rekod, Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Ryan Ezra yang kini berusia dua tahun.
Anda mungkin berminat dengan
Pada April lalu, hasrat Ryan untuk menimang cahaya mata kedua tidak kesampaian selepas isterinya itu mengalami keguguran kali pertama.
Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Ryan Bakery
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

