Perkahwinan di antara Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam menjadi perhatian dunia.

Majlis gilang gemilang yang diadakan selama 10 hari bermula 7 Januari yang lalu diisi dengan pelbagai istiadat Diraja yang telah dilangsungkan sejak turun temurun.

Ketika Istiadat Berbedak Pengantin Diraja berlangsung, satu momen istimewa dan menyentuh hati terjadi pada saat bonda Pengiran Muda Abdul Mateen, Hajah Mariam bersama dua kekandanya naik ke pelaminan untuk melakukan adat tersebut.

Ads
Hajah Mariam ketika mencalit bedak ke anakandanya, Pengiran Muda Abdul Mateen.

Dapat dilihat Hajah Mariam tidak dapat menahan sebak dan mengesat air mata. Jadi siapakah susuk ibu putera yang terkenal seluruh dunia ini? Jom kita selusuri serba sedikit tentang beliau.

Ads
  1. Hajah Mariam binti Abdul Aziz dilahirkan pada 28 Januari 1956 kepada pasangan Abdul Aziz bin Abdullah dan Pengiran Hajah Rashida.
  1. Beliau pernah berkhidmat sebagai seorang pramugari bersama Royal Brunei Airlines sebelum bergelar isteri kedua kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.
  1. Hajah Mariam kemudiannya berkahwin dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tanggal 28 Oktober 1981.
  1. Menerusi perkahwinan ini, Hajah Mariam dan Sultan Hassanal Bolkiah dikurniakan empat orang cahaya mata. Dua lelaki dan dua perempuan.
  1. Selain Pengiran Muda Abdul Mateen yang merupakan anak bongsunya bersama Sultan Hassanal Bolkiah, tiga lagi anaknya adalah Pengiran Muda Haji Abdul Azim, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah dan Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah
  1. Anak sulungya bersama Sultan Hassanal Bolkiah, Pengiran Muda Abdul Azim telah mangkat pada tanggal 24 Oktober 2020 ketika berusia 38 tahun.
Bersama salah seorang anak perempuannya, Pengiran Anak Puteri Azemah Ni’matul Bolkiah
  1. Ketika bergelar isteri sultan, Hajah Mariam menggunakan gelaran Duli Yang Teramat Mulia Pengiran Isteri Hajah Mariam binti Abdul Aziz secara rasmi.
  1. Jodohnya tidak panjang apabila rasmi bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah pada tahun Februari 2003. Perkahwinan tersebut hanya bertahan selama kira-kira 22 tahun.
  1. Walaupun sudah bercerai dengan Sultan Hassanal Bolkiah dan beberapa pingat kehormatnya ditarik semula, secara rasmi Hajah Mariam masih memiliki gelaran. Kini secara rasmi beliau menggunakan gelaran Yang Mulia Datin Paduka Seri Dayang Hajah Mariam.
  1. Beberapa lokasi dan bangunan di Brunei mengabadikan nama beliau antaranya Sekolah Menengah Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam dan Masjid Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Ads

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI