Meski sudah sebulan menerima rawatan di Hospital Ampang, suami kepada pelakon, Amyza Aznan iaitu Khairil Idzhar Md Nazir, 49, akan ditidurkan buat kali kedua selepas tahap kesihatannya dilaporkan kritikal, sebentar tadi.

Amyza menerusi Harian Metro berkata, dia memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya.

“Saya baru dihubungi pihak hospital memaklumkan suami saya perlu ditidurkan buat kali kedua.

“Keadaannya agak kritikal dan doktor beritahu suami sudah berada tahap 50-50.

“Saya takut dan hanya mampu berdoa agar dia diberi kekuatan untuk menempuh ujian ini,” katanya seperti yang dipetik.

IKLAN

Amyza pada masa menambah, dia agak terkilan apabila tidak dapat menemani suami di hospital berikutan kes Covid-19 yang semakin tinggi.

“Kalau boleh saya nak berada di sisi suami sepanjang dia dirawat di hospital, tapi pihak hospital maklumkan kes Covid-19 semakin tinggi dan saya tidak dibenarkan berada disampingnya.

IKLAN

“Jadi saya terpaksa berulang-alik untuk berjumpa suami. Saya sangat sedih melihat keadaannya.

“Sejak dia mula sedar dia nak bercakap pun sangat susah kerana keadaannya yang sangat lemah dan tidak berdaya,” katanya.

IKLAN

Terdahulu Khairil dilaporkan sudah sedar selepas ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Ampang sejak 25 Disember lalu.

Bagaimanapun keadaannya masih lemah dan mendapat pengawasan rapi doktor.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI