Sejak semalam, nama vokalis band, Hujan, Noh Salleh menjadi perhatian ramai susulan dakwaan berkomplot dengan pembantu rumah untuk menculik anak angkatnya, Musa.
Menerusi temubual bersama Melodi, Noh menafikan perkara tersebut selain turut memaklumkan dirinya telah mendapat amanah daripada ibu kandung Musa sendiri untuk menjaga anak tersebut.
Terbaharu, menerusi sebuah hantaran di Instagram pada malam Ahad, Noh memaklumkan, wakil kepada Mizz Nina termasuk suaminya telah hadir ke rumahnya untuk kembali mengambil Musa daripada jagaannya.
Menurut Noh, dia juga merima surat perintah daripada pihak mahkamah untuk menyerahkan anak tersebut.
View this post on Instagram
“Buat pengetahuan umum, interview bersama Melodi telah dijalankan pada tarikh 13/1/2024 pada jam lebih kurang 2.45 ptg.
“Namun, malam semalam, dalam jam lebih kurang 8.30 malam, pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali untuk tujuan mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkanah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah,” tulisnya.
Lantaran itu, bagi menghormati pihak mahkamah, Noh memaklum dirinya telah menyerahkan Musa kepada wakil Mizz Nina meskipun tanpa kerelaan hatinya.
“Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya.
“Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” kongsinya lagi.
Pada masa sama, Noh turut memaklumkan insiden pada malam tersebut telah berlansung dengan aman malah, dia juga percaya hal ini sepatutnya dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik.
“Tiada sebarang insiden perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dengan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa.
“Saya berharap statement ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian.
Dalam pada itu, Noh turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat dirinya dan Musa.
“Terima kasih buat mereka yang mendoakan agar masa depan Musa terjamin harmoni,” katanya lagi
Sebelum ini, media melaporkan anak seorang selebriti wanita dilarikan pembantu rumah warga asing, namun berjaya ditahan polis pada hari kejadian selepas dia bertindak pantas dengan membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.
Hasil siasatan mendapati, bekas suami selebriti wanita yang pernah bergelar penyanyi suatu ketika dulu itu didakwa menjadi dalang penculikan.
Justeru, nama Mizz Nina dan Noh hangat diperkatakan dan menarik perhatian warga maya, namun masing-masing bertindak berdiam diri dan tidak mengulas lamgsung isu tular itu.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan mereka tidak dikurniakan anak. Kini, Noh mahu pun Mizz Nina sudah mendirikan rumah tamgga kali kedua dengan pasangan pilihan masing-masing.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Mizz Nina
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI