Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 31, mengakui dirinya seorang peminat tegar permainan video sejak dari kecil.

Menurut Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, minat tersebut tercetus daripada pengaruh abangnya yang juga merupakan seorang kaki permainan video.

“Saya memang gemar bermain permainan video sejak kecil lagi. Mungkin kerana terpengaruh dengan abang saya yang merupakan kaki game, saya pun secara tidak langsung terikut sekali,” katanya.

Antara permainan yang digemarinya termasuk Lineage2M, dan Lizzy mengakui sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapanya demi menyertai sesi permainan bersama pemain luar negara.

“Antara yang saya suka main ialah Lineage2M. Boleh dikatakan agak ‘hardcore’ juga.

“Saya sanggup berjaga malam tanpa pengetahuan ibu bapa semata-mata untuk menyertai permainan ini dengan pemain dari luar negara,” katanya lagi.

Lizzy menambah, permainan tersebut bukan sahaja menyeronokkan, malah pernah menjadi platform kepada rakannya untuk menemui jodoh.

Ads

“Ada satu lagi trivia, kalau nak tahu, saya ada seorang kawan yang bertemu jodoh ketika bermain Lineage2M.

“Gara-gara ‘game’ ini, dia berkenalan dan akhirnya berkahwin dengan suaminya sekarang,” katanya.

Permainan Video Bantu Latih Minda & Fokus

Mengulas mengenai persepsi negatif sesetengah pihak terhadap permainan video, Lizzy menjelaskan, hobi tersebut boleh mendatangkan manfaat jika dilakukan secara seimbang.

“Saya percaya jika dilakukan secara sederhana, bermain permainan video mampu melatih minda, meningkatkan daya fokus dan kemahiran berfikir secara pantas,” katanya.

Menurut Lizzy, banyak permainan memerlukan strategi dan kecekapan reaksi yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan harian.

Ads

Elizabeth Tan Dedah Minatnya Sejak Kecil – “Saya Sanggup Berjaga Malam Demi Game.” Elizabeth Tan Dedah Minatnya Sejak Kecil – “Saya Sanggup Berjaga Malam Demi Game.”

Elizabeth Tan Dedah Minatnya Sejak Kecil – “Saya Sanggup Berjaga Malam Demi Game.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan)

Terima Kotak Misteri Menerusi Dron

Dalam perkembangan berkaitan, Lizzy turut berkongsi keterujaannya apabila menerima kotak misteri Lineage2Mmenerusi penghantaran menggunakan dron, sesuatu yang dianggapnya unik dan moden.

Ads

“Ini pengalaman pertama saya. Saya rasa benar-benar teruja. Saya pernah melihat video penghantaran menggunakan dron di luar negara.

“Tak sangka saya sendiri menerima penghantaran seperti ini di Malaysia. Memang sangat ‘advance’!,” katanya lagi.

Lizzy antara selebriti yang terlibat dalam kempen khas menjelang pelancaran Lineage2M di Asia Tenggara pada 20 Mei ini. Turut menerima kotak eksklusif sama ialah Khairy Jamaluddin, Cathryn Li, dan Han Xiiao Aii.

Kempen yang menggunakan penghantaran dron itu telah menjadi tular dengan meraih lebih 350,000 tontonan dalam masa lima hari.

Lineage2M, sekuel kepada francais permainan terkenal Lineage, pertama kali dilancarkan pada tahun 1998.

Kini ia kembali dengan penambahbaikan grafik menggunakan Unreal Engine, menawarkan pengalaman sinematik 4K, pertempuran masa nyata berskala besar serta permainan rentas platform antara telefon pintar dan PC.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI