Tidak dinafikan, peranan golongan selebriti tidak hanya terbatas sebagai penghibur semata-mata, sebaliknya ia juga mampu menjadi pencetus semangat serta motivasi kepada masyarakat, termasuk warga pasukan keselamatan.
Oleh sebab itulah, Yang Dipertua Persatuan Suri dan Anggota Wanita Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perisma) Kebangsaan, Datin Neta Abdul Hamid melahirkan rasa terharu dengan sokongan yang diberikan oleh Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan penyampai radio Gegar, Fizie Roslan terhadap anggota bomba, sebelum ini.
Beliau menyifatkan keprihatinan yang ditunjukkan kedua-dua selebriti itu sebagai suntikan motivasi kepada warga Perisma untuk terus berbakti.
“Saya mewakili Perisma mengucapkan jutaan terima kasih kepada Siti Nurhaliza dan Fizie yang memberi sumbangan dan sokongan moral kepada anggota bomba, baru-baru ini.
“Satu penghargaan buat kami apabila Siti yang juga pengasas Yayasan NurJiwa memberi perhatian dan sumbangan kepada anggota bomba menerusi Perisma.
“Begitu juga dengan Fizie Roslan yang turun ke lokasi kebakaran di Pekan, bersama Pengerusi Perisma Pahang dan team produk Mineral Essence menyantuni kira-kira 150 anggota termasuk pasukan sukarelawan.
“Sokongan mereka sebenarnya sangat memberi kesan positif serta jadi motivasi buat kami di Perisma. Hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Pahang, baru-baru ini.
Teguh Menjaga Kebajikan
Dalam pada itu, Datin Neta turut berpendapat sokongan yang diberikan oleh bintang terkenal itu secara tidak langsung membuka mata orang ramai mengenai peranan dan fungsi sebenar Perisma.
Ads
“Jujur dari hati, saya berbesar hati apabila Siti Nurhaliza pun menunjukkan sokongan terhadap peranan kami sebagai Srikandi Wira Merah.
“Kalau Biduanita Negara sokong Perisma, diharapkan pihak lain juga bersemangat untuk membantu golongan memerlukan bersama-sama kami,” ujarnya.
Malah jelasnya lagi, Perisma bukan hanya sekadar lambang sokongan, sebaliknya memainkan peranan penting dalam menjaga kebajikan anggota dan keluarga bomba.
“Kami sentiasa berdoa dan memberikan kata-kata semangat apabila suami berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam melaksanakan tugasan sebagai anggota bomba.
“Dalam masa yang sama, Perisma menjalankan amanahnya untuk menjaga kebajikan isteri-isteri bomba dan anggota bomba wanita.
“Kebajikan yang diberikan disampaikan dalam pelbagai bentuk. Misalnya apabila ada pegawai bomba wanita atau isteri anggota bomba yang sakit atau ditimpa bencana, kami akan bantu dari segi kewangan dan berusaha memenuhi bantuan yang diperlukan.
Ads
“Perisma juga memainkan peranan apabila ada keluarga anggota bomba yang susah atau mengalami kesukaran hidup. Kami akan usahakan yang terbaik.
“Kami turut menekankan soal kemahiran dalam diri setiap ahli melalui penganjuran kelas memasak dan kursus kecantikan sebagai persediaan membantu menambah pendapatan keluarga,” jelasnya.
Beliau berharap Perisma akan terus dikenali kerana peranannya yang besar kepada masyarakat, bukan sekadar bergantung pada populariti kerjaya anggota bomba.
“Kalau ada yang cakap Perisma ini hanya tempelan dan nak menumpang populariti kerjaya bomba, itu silap. Perisma mempunyai peranan tersendiri,” katanya lagi.
Terus Komited, Rai Semangat Anggota
Sementara itu, Pengerusi Perisma Pahang, Suraya Jusoh turut menzahirkan penghargaan kepada semua ahli Perisma negeri yang menunjukkan semangat luar biasa dalam menjayakan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 pada 5 Mei lalu.
Ads
“Saya berbangga dengan komitmen serta kesungguhan yang ditunjukkan. Saya tahu tidak mudah untuk menyertai perbarisan itu kerana kita sebagai isteri mempunyai banyak tugasan hakiki di rumah.
“Nampaknya semangat kuat mereka mengatasi segala-galanya walaupun cuaca agak panas. Siap boleh senyum lagi di hadapan Pentas Diraja.
“Dalam hal ini, apa yang lebih penting, Perisma harus terus dikenali kerana peranan pentingnya. Bukan hanya tempelan.
“Harapan saya agar ahli-ahli Perisma sama ada di peringkat kebangsaan mahu pun negeri, akan sokong segala aktiviti yang dijalankan. Bagi saya, sokongan ini sebenarnya sekaligus dapat menaikkan nama Perisma itu sendiri,” katanya.
Pada 4 Mei lalu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menyempurnakan Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 di Padang Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) 1, Jalan Mahkota, Kuantan.
Turut mengiringi Baginda, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Dalam titahnya, Al-Sultan Abdullah merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga bomba atas khidmat bakti yang dicurahkan demi keselamatan rakyat di negara ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Personaliti tv dan usahawan terkenal, Kim Kardashian, 44 tahun, telah berjaya menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang selepas enam tahun berusaha gigih.
Kim yang terkenal dengan aktiviti seni dan perniagaannya, mengambil jalan yang tidak konvensional dalam menimba ilmu undang-undang apabila tidak mengikuti kursus di universiti undang-undang biasa.
Sebaliknya, beliau menyertai program latihan perundangan sebagai perantis di sebuah firma guaman di San Francisco, California.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Kim berkongsi bahawa perjalanan menuntut ilmu ini bukanlah mudah dan mengambil masa lebih lama daripada jangkaan asal.
Kongsinya, sepanjang tempoh pengajian, beliau mengalami pelbagai cabaran termasuk rasa ragu, air mata, serta kegembiraan apabila berjaya menguasai subjek yang pada awalnya menakutkan.
“Enam tahun lalu, saya memulakan perjalanan yang tidak konvensional untuk mengejar impian menjadi seorang peguam. Ia bukan mudah dan mengambil masa yang lebih lama daripada yang dirancang, tetapi saya tidak pernah berputus asa,” tulisnya.
Walaupun tamat pengajian, Kim masih perlu menduduki peperiksaan kelayakan untuk membolehkan beliau berdaftar dan mengamalkan profesion guaman secara rasmi.
Dalam masa yang sama, Kim tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada individu yang banyak membantu dan membimbingnya sepanjang perjalanan ini, antaranya Van Jones yang memperkenalkan beliau kepada program tersebut, serta mentor-mentornya, Jessica Jackson dan Erin Haney.
“Terima kasih juga kepada Sam Farkas dan Chuck Shonholtz yang sanggup meluangkan masa tanpa jemu untuk membantu saya mencapai kejayaan ini,” tulisnya lagi.
Kim mengakui pengalaman ini memberikan pengajaran yang amat bermakna dan akan sentiasa dibawa bersama sepanjang hayatnya. Beliau mengakhiri kenyataannya dengan menyambut kejayaan dan ketabahan sebagai titik permulaan yang baru.
Menariknya, kejayaan Kim ini turut mengimbas kembali sejarah keluarganya, di mana mendiang bapanya, Robert Kardashian, dikenali sebagai seorang peguam yang berwibawa pada hayatnya.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon popular Hollywood, Penn Badgley mengejutkan peminat apabila mendedahkan amalan hariannya yang tidak dijangka iaitu membaca al-Quran setiap malam sebagai bentuk meditasi.
Menerusi wawancara bersama USA TODAY, pelakon berusia 37 tahun itu berkata, dia menyimpan senaskhah al-Quran di sisi katilnya dan sering merenung petikan ayat sebagai cara untuk kembali berpijak di bumi nyata.
“Saya akan bermeditasi dengan satu petikan al-Quran sebelum tidur, ia membantu saya untuk lebih tenang dan hadir dalam diri,” katanya yang terkenal dengan watak Joe Goldberg dalam siri YOU.
Badgley yang bukan penganut Islam berkata, minatnya terhadap kitab suci umat Islam itu tidak berkait dengan usaha memeluk agama, sebaliknya bertujuan mencari hikmah dan panduan hidup yang bersifat sejagat.
“Amalan ini bukan soal kepercayaan semata-mata, sebaliknya peringatan tentang gambaran besar kehidupan. Ia ibarat ‘reset’ minda saya daripada kesibukan dan tekanan dunia hiburan di Hollywood,” tambahnya.
Pelakon yang juga menganut kepercayaan Baháʼí sejak kecil itu turut menekankan bahawa ajaran agama yang dianutinya menggalakkan penghargaan terhadap kepelbagaian agama serta kesatuan manusia.
Dia yang juga seorang bapa kepada seorang cahaya mata turut mengakui dirinya agak tidak teratur pada siang hari namun tetap berdisiplin meluangkan masa untuk refleksi diri sebelum tidur.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Konsert MeleTOP TVS melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang di Stadium Tertutup Miri, pada Sabtu lalu.
Meskipun cuaca pada awalnya sedikit renyai, ia bagaimanapun tidak menghalang lebih 2,500 warga Sarawak membanjiri lokasi konsert untuk menyaksikan persembahan hebat daripada barisan artis ternama.
Tepat jam 9 malam, konsert dimulakan dengan persembahan pembukaan daripada kumpulan muzik tempatan, Sada Borneo, diiringi persembahan tarian ngajat oleh penari cilik, Dion Das, yang mencuri perhatian dengan kelincahannya.
Aksi energetik dan persembahan bertenaga di pentas kemudian digamatkan dengan persembahan dua figura yang sinonim digelar ‘dance queen’ iaitu Mimi Fly dan Stacy Anam.
Buat pertama kali, mereka berpadu suara menyampaikan lagu Angkat, lengkap dengan tarian yang memukau.
Tidak ketinggalan, kehebatan vokal Marsha dan Nadeera Zaini menerusi lagu Hening Rindu serta Bukan Lagi Kita turut berjaya ‘menawan’ penonton hingga persembahab mereka menerima ‘standing ovation’.
Malah Nadeera turut diberikan penghormatan menyampaikan lagu Hakikat Cinta dan Erti Hidup sebagai tribute buat Dayang Nurfaizah yang menerima Anugerah Khas MeleTOP Borneo atas sumbangannya dalam industri muzik selama lebih dua dekad.
Selain persembahan dan celoteh barisan hos, detik mencuri tumpuan juga tentunya tertumpu kepada persembahan duet Dayang Nurfaizah dan Hael Husaini menerusi lagu Haram.
Keserasian mereka bukan sahaja menyentuh emosi, malah momen mesra Hael yang menyentuh dagu dan tangan Dayang turut mencetuskan tular di media sosial.
Konsert kemudian ditutup dengan persembahan bertenaga daripada Floor 88 dan Dolla, menandakan kemuncak acara yang julung kali diadakan ini.
Diserikan lagi oleh enam pengacara berkarisma iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Sherry Alhadad, Cheryl Toh, Ghaz Zawawi dan Fattah Bolkiah, konsert MeleTOP TVS nyata meninggalkan impak luar biasa di hati para penonton yang hadir memenuhi stadium!
Siaran ulangan boleh di strim di Astro GO atau bakal ditayangkan pada 24 Mei, di Astro Ria, 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...