
Saingan program realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) kini semakin sengit apabila dua pesertanya, Ashmirul dan Qarl G, diumumkan tersingkir dalam konsert minggu kedua yang berlangsung pada Ahad lalu.
Terdahulu pada minggu pengenalan, 18 peserta telah diperkenalkan namun enam daripada mereka iaitu Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Apich Lo, Alif Azri, Shaqeen dan Ridhwan Azman terpaksa meninggalkan pentas BSA, seterusnya gagal berada peringkat ‘The Big 12’.
‘The Big 12’ kemudiannya dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Prime dan Alpha Ultra, masing-masing terdiri daripada enam peserta.
Namun, selepas penyingkiran Ashmirul dan Qarl G yang berada dalam kumpulan Alpha Prime, kini kumpulan tersebut hanya tinggal empat peserta.
Profil Peserta Alpha Prime
Rizal Rasid
Penyanyi asal Brunei ini pernah berkhidmat sebagai pramugara di Royal Brunei Airlines sebelum aktif dalam dunia nanyian pada sejak lima tahun lalu. Sehingga kini, Rizal atau nama sebenarnya Muhd Rizal Azhiman Mohd Rasid sudah mempunyai beberapa buah single seperti Cukup, Nadi, Hubungan Tanpa Status dan banyak lagi.
Ariel Fesol
Ariel Fesol antara peserta yang harus diberikan perhatian memandangkan sebelum ini dia pernah mengikuti pertandingan realiti popular, Idola Kecil musim kedua. Mengambil cuti panjang daripada bekerja di awan biru, Ariel atau nama sebenarnya Muhamad Fhazrill Fesol juga pernah melancarkan beberapa single sebelum ini seperti Bersangka, Pernah dan Terkesima.
Izat Ibrahim
Izat ialah satu-satunya wakil tunggal dari Singapura di BSA. Panyayi berusia 34 tahun ini aktif memenuhi pelbagai jemputan nyanyian di negara kelahirannya dan baru sahaja menjuarai sebuah program nyanyian di Singapura. Sepanjang bergelar penyanyi, Izat sudah melancarkan beberapa buah single seperti Tiada Gunanya, What Went Wrong dan Tak Perlu Tahu.
Afiq Sky
Menjadi peserta paling muda, Afiq Sky yang kini berusia 18 tahun bagaimanapun tidak bolej dipandanf sepi kerana dia berpengalaman membuat persembahan secara langsung. Ini kerana, Afiq atau nama sebenarnya, Muhammad Afiq Asyraaf Mohd Azli aktif sebagai penyanyi jalanan selain kerap muncul di dalam program TV.
Ashmirul
Amirul Ashraff Shafarudin atau Ashmirul, ialah penyanyi yang meminati genre Ballad, Pop, Reggae dan Alternatif Rock. Berumur 24 tahun, Ashmirul turut mempunyai hobi memasak dan mengemas. Singgle sulungnya yang berjudul Tunggu yang dilancarkan tahun lalu sudah pun ditonton lebih 20,000 kali di YouTube.
Qarl G
Mohamad Haikal Mohamad Nagib atau nama pentasnya, Qarl G berusia 27 tahun dan menjadikan pickleball serta mendaki gunung sebagai aktivitinya di masa lapang. Bercakap mengenai idola seni, dia kagumi penyanyi pop Hollywood, Ed Sheeran.
Profil Peserta Alpha Ultra
Daniel Sher
Daniel Sher memulakan perjalanannya di BSA dengan langkah kanan apabila meraih markah tertinggi di saingan minggu pertama dan kedua. Berasal dari Kluang, Johor, Daniel yang berusia 34 tahun ini pernah menyertai beberapa pertandingan realiti seperti Astro Star Quest 2015, The Voice Malaysia & Singapore 2017 dan Bintang AI@RTM 2020.
Allen Andersn
Allen Andersn atau nama sebenarnya, Joan Allan Anderson Sinapati ialah peserta yang berasal dari Sulawesi Utara, Indonesia. Turut bergelar penyanyi, bintang berusia 34 tahun ini nyata memiliki suara unik ini dan pernah menyertai program The Voice Indonesia pada 2016. Namanya pernah viral selepas melancarkan lagu ‘cover’ Rindu pada 2024 yang dipopularkan oleh Agnez Monica.
Que
Peserta tinggi lampai berusia 26 tahun ini merupakan mahasiswa Fakulti Multimedia Kreatif di Multimedia University, Cyberjaya. Que atau nama lengkapnya Nazrul Fhad Sulaiman Fahmi berasal dari Sabah dan berkebolehan dalam bermain piano. Que turut meminati muzik pop alternatif, R&B dan Indie. Jadi, tidak hairanlah sekiranya dia menjadikan Michael Buble dan Maroon 5 sebagai idolanya dalam muzik.
Ray-D
Baru berusia 20 tahun, Ray-D telah menunjukkan kematangannya pada minggu pertama konser BSA apabila menyahut cabaran Ray-D menyanyikan lagu Napal Baji yang dipopularkan oleh PSY. Ray-D atau nama sebenarnya, Ariff Hilmy Muhammad Amir yang pernah menyertai Ceria Pop Star pada 2020 ini turut mempunyai kelebihan dari segi tarian.
Awienit
Peserta yang berasal dari Kuala Lumpur ini turut aktif bersama band yang diberi nama Latecomers sebagai vokalis sebelum menyertai BSA. Selain mempunyai hobi memasak, Awienit yang berusia 25 tahun Ini turut kagumu penyanyi dan pelakon terkenal, Alif Satar.
Araff
Araff atau Muhammad Amirul Hasraff Mohd Pilus menunjukkan kualiti vokal yang mantap ketika membawakan lagu Nur Cinta di hadapan pencipta lagu tersebut, Edry Abdul Halim pada minggu pertama saingan. Baru berusia 19 tahun dan dilahirkan di Kedah, sinar bintang peserta ini tidak dinafikan kian menyerlah.
Kesemua 12 peserta BSA diadili oleh juri tetapnya iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abd Halim dan Hael Husaini.
Dihoskan oleh dua pengacara terkenal dari dua negara iaitu Elly Mazlein dan Rina Nose, BSA bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater, Shah Alam selama lapan minggu setiap Ahad jam 9 malam.
Ia turut dapat ditonton secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) dan boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI