Pelakon Fattah Amin menepis khabar angin yang mendakwa dia dan penyanyi, Amira Othman bakal melangsungkan perkahwinan pada 25 Mei ini.

Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menjelaskan, tarikh berkenaan sama sekali tidak wujud dan dia belum merancang untuk menamatkan zaman duda.

“Tiada tarikh kahwin. Saya nafikan perkara itu, tarikh nak kahwin tu memang tak wujud,” katanya.

Hubungan Hanya Rakan Sekerja

Memahami keterujaan peminat yang ingin melihat hubungan mereka ke fasa seterusnya, namun tegas Fattah, hubungan bersama Amira tidak lebih daripada rakan sekerja.

“Timbul isu tarikh ini mungkin daripada peminat, mereka mahu hubungan kami ke fasa seterusnya.

Ads

“Tapi untuk sekarang saya boleh cakap kami tak lebih daripada rakan sekerja,” jelasnya.

Mengulas foto yang memaparkan pertemuan dengan keluarga Amira di Singapura, bapa kepada seorang cahaya mata itu menjelaskan ia hanyalah kebetulan.

Ads

“Terjumpa di Singapura hari itu sebab kebetulan, penganjur acara di sana sebelum ini pernah jemput saya dan baru‑baru ini, mereka nak ada Amira sekali.

“Keluarga dia pun duduk di Johor Bahru dan nak ikut Amira, jadi memang kebetulan terjumpa di sana.

Ads

“Baju sedondon pun kebetulan, kami juga masih ada baki beberapa kontrak kerja bersama,” ujarnya lagi, petik mStar.

Terdahulu, timbul dakwaan mengenai gosip berkenaan lebih-lebih lagi apabila mereka berdua dilihat kerap dilihat berjumpa keluarga kedua-dua belah pihak.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI