Caliph Buskers terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mengenakan bayaran terlalu rendah untuk menjemput mereka bagi membuat persembahan di luar Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Instagram, wakil Caliph Buskers memaklumkan tindakan seperti ini seakan-akan tidak menghormati nilai seni yang selama ini diperjuangkan oleh kumpulan tersebut.

“Ya! Ini betul-betul. Bukan ‘cobaan’. Ini cuma sebahagiannya. Ada banyak lagi, termasuk melalui talian telefon. Inilah hakikat yang perlu kami tempuh. Banyak kali juga terjadi, apabila ada tawaran datang dari luar Kuala Lumpur.

“Mengajak kami jauh ke utara tanah air, ke hujung selatan semenanjung, merentas Banjaran Titiwangsa ke pantai timur tapi dengan bayaran tak sampai RM1,000.

“Kami tertanya sendiri, adakah mereka benar-benar faham apa yang diperlukan untuk menjayakan satu persembahan oleh kumpulan seperti kami?,” tulisnya.

Biarlah Setimpal…

Dalam pada itu, Caliph Buskers menjelaskan mereka tidak pernah meminta layanan kelas atasan sebaliknya mereka mahu mendapatkan bayaran setimpal demi menyara keluarga.

Ads

“Ajak Kami Jauh Ke Utara, Selatan & Pantai Timur Tapi…,”- Bayaran Bawah RM1,000 Saja? Caliph Buskers Minta Hormati Usaha Orang Seni

“Kami bukan minta bulan dan bintang mahupun layanan kelas VIP. Tetapi cukuplah kalau seni kami dihargai sewajarnya. Kerana dari situlah, kami menafkahi diri dan tanggungan.

“Satu dekad melalui jalan ini, kami tak pernah letak harga melampaui keperluan. Ada kalkulatornya untuk pengangkutan, tenaga kerja, latihan, juga segala kos yang perlu.

“Setelah selesai dan dibahagi sesama kami, sama sekali tidak menjadikan kami mampu hidup bermewah. Cukup saja untuk kelangsungan hidup,” ujarnya lagi.

Ads

Katanya lagi, bayaran yang dikenakan mereka sebenarnya masih lebih murah jika ingin dibandingkan dengan artis-artis yang baru bertapak di industri seni.

“Ajak Kami Jauh Ke Utara, Selatan & Pantai Timur Tapi…,”- Bayaran Bawah RM1,000 Saja? Caliph Buskers Minta Hormati Usaha Orang Seni

“Namun ada juga yang melabelkan harga kami tinggi. Mungkin mereka tak tahu, apa yang kami terima selalunya masih di bawah bayaran yang diberi kepada mereka yang baru menapak dalam industri, yang masih mencari rentak.

“Meski belum satu pun anugerah pengiktirafan di tangan mereka. Setiap melodi yang kami mainkan dan setiap lirik yang kami nyanyikan datang bersama semangat dan keikhlasan.

Ads

“Disertai usaha yang tak pernah putus meskipun dibatasi kekangan yang kami miliki. Kami langgar batas keterbatasan demi menjalani kehidupan,” ujarnya.

Lantaran itu, Caliph Buskers berharap agar orang luar dapat menghormati perjalanan seni mereka meskipun terpaksa menempuhi pelbagai dugaan selama 10 tahun ini.

“Ajak Kami Jauh Ke Utara, Selatan & Pantai Timur Tapi…,”- Bayaran Bawah RM1,000 Saja? Caliph Buskers Minta Hormati Usaha Orang Seni

“Sesungguhnya, apa yang kami harapkan hanyalah sebuah penghargaan yang jujur dan adil terhadap usaha dan seni yang kami bawa. Kerana di sebalik setiap perjalanan kami, ada perjalanan yang tidak ramai sanggup tempuh,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Sumber & Kredit Foto: Instagram Caliph Buskers

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI