Jenama kecantikan, SKANDARL Beauty, secara rasmi dilancarkan di Malaysia yang menampilkan produk sulungnya iaitu serum bibir berwarna yang bukan sahaja memperindah, malah merawat dan menyuburkan bibir secara semula jadi.

Diasaskan oleh pelakon dan usahawan, Nina Iskandar, ia hadir sebagai lambang semangat dan pengalaman peribadi seorang wanita dalam menghargai kecantikan diri.

Sebagai seorang ibu, wanita bekerjaya dan insan yang pernah melalui keletihan emosi, Nina mencipta SKANDARL sebagai peringatan bahawa mencintai diri sendiri boleh bermula dengan langkah kecil.

“Ini adalah hadiah kecil dari hati saya untuk semua wanita yang mungkin telah terlupa betapa indahnya diri mereka. Saya juga pernah berada di tempat itu.

“Saya berharap serum ini dapat menjadi satu langkah kecil untuk membantu kita rasa yakin kembali,” katanya.

Ads

Penjagaan Bibir Menyeluruh Sesuai Untuk Semua

Serum bibir ini dirumus khas untuk semua peringkat umur dan gaya hidup.

Ia dihasilkan bagi memenuhi keperluan mereka yang mengalami masalah bibir kering, gelap atau kusam, termasuk individu yang tidak mempunyai masa untuk rutin solekan penuh.

Memberikan warna lembut berdasarkan pH bibir pengguna, serum ini sesuai digunakan siang atau malam sebagai produk penjagaan bibir yang menyihatkan, bukan sekadar kosmetik.

Baru-baru ini, majlis pelancaran SKANDARL di sebuah hotel terkemuka di ibu negara turut diserikan oleh kehadiran Tetamu Kehormat, Yang Mulia Tuan Mohd Aizul Hakim Pehin Haji Suyoi, Pemangku Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam di Malaysia.

Ads

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Suruhanjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam kerana sudi hadir dan memberikan sokongan. Ia amat bermakna buat saya secara peribadi,” ujar Nina.

“Dari Hati Buat Semua…,” – Nina Iskandar Hadiahkan Serum Bibir Sebagai Simbol Cinta Diri “Dari Hati Buat Semua…,” – Nina Iskandar Hadiahkan Serum Bibir Sebagai Simbol Cinta Diri “Dari Hati Buat Semua…,” – Nina Iskandar Hadiahkan Serum Bibir Sebagai Simbol Cinta Diri “Dari Hati Buat Semua…,” – Nina Iskandar Hadiahkan Serum Bibir Sebagai Simbol Cinta Diri“Dari Hati Buat Semua…,” – Nina Iskandar Hadiahkan Serum Bibir Sebagai Simbol Cinta Diri

Syukur Sambutan Luar Biasa

Sejak pelancaran awalnya di Brunei pada Mac lalu, SKANDARL mencatat pencapaian membanggakan apabila 80 peratus stok produk telah terjual dalam tempoh sebulan.

Ads

Nina meluahkan rasa syukur atas sokongan yang diterima, termasuk daripada para penaja utama dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan pelancaran jenama tersebut.

“Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kepada para penaja utama kami dan seluruhnya atas kepercayaan dan sokongan yang luar biasa. Terima kasih dari lubuk hati saya,” katanya lagi.

Melihat pada sambutan positif, Nina dan pasukannya kini merancang untuk memperluas rangkaian produk dengan pelancaran beberapa lagi item kecantikan lain menjelang penghujung 2025.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

@mediahiburanofficial Penampilan terkini pelakon cantik, Nina Iskandar yang melancarkan serum bibir berwarnanya sendiri, SKANDARL Beauty hari ini. Ia diperkaya dengan ekstrak botani yang menyegarkan kulit, peptida kolagen, Vitamin E dan perlindungan SPF. Love! #MHnews #MediaHiburan #FYP ♬ original sound – Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI