Bergelar ratu cantik, pelakon Shweta Sekhon mendedahkan dia tidak pernah menerima sebarang gangguan yang tidak sepatutnya sepanjang menceburi bidang seni.

Shweta atau nama sebenarnya, Shwetajeet Kaur Sekhon berpendapat rata-rata pelakon lelaki di industri ini tahu menjaga batas dan mempunyai hati yang baik lebih-lebih lagi buat pelakon baharu sepertinya.

“Mereka Tahu Jaga Batas,” – Ratu Cantik Shweta Sekhon Tak Pernah Diganggu Di Set, Puji Pelakon Lelaki Tempatan

“Tiada yang cuba nak ‘flirt’ dengan saya. Kebanyakan pelakon di industri kita tahu menjaga batas. Selalunya orang akan salah faham bila lelaki berbuat baik kepada kita.

“Kadang kala mereka nak hulurkan air pun kita rasa pelik. Kita anggap mereka ada agenda. Setakat ini, saya tak pernah diganggu. Mereka semua punyai hati yang baik.

“Mereka ikhlas nak beri tunjuk ajar. Saya juga bukan seorang yang suka buat hal di set. Peluang seperti ini tak semua orang dapat. Jadi, saya tak nak ambil mudah. Saya tak nak timbul sebarang kontroversi,” katanya kepada MH.

Pemenang ratu cantik Miss Universe 2019 itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem Keluang Man, baru-baru ini.

Ads

Lima Kali Jalani Casting

Dalam pada itu, Shweta turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan dia berjaya mendapat watak Dr. Malini kerana statusnya sebagai bekas pemenang ratu cantik.

“Mereka Tahu Jaga Batas,” – Ratu Cantik Shweta Sekhon Tak Pernah Diganggu Di Set, Puji Pelakon Lelaki Tempatan

“Saya kurang bersetuju jika ada yang kata saya dapat watak ini kerana kecantikan saya. Sebenarnya, saya banyak kali jalani proses casting untuk watak ini. Hampir lima kali.

“Saya sampai bertanya kepada pengarah, apa sebenarnya yang dia inginkan. Bila dia terangkan, barulah saya tahu masalahnya adalah berat badan.

Ads

“Ketika itu, saya agak berisi. Saya diberikan satu tempoh masa untuk turunkan berat badan. Setiap minggu saya kena datang casting untuk tunjuk progres agar mereka tahu saya bersungguh buat homework,” ujarnya lagi.

Katanya lagi, dia juga mendapat bantuan daripada rakan pelakon Nas-T dan Anwaar Beg Moghal untuk menurunkan berat sebanyak lapan kilogram.

“Mereka Tahu Jaga Batas,” – Ratu Cantik Shweta Sekhon Tak Pernah Diganggu Di Set, Puji Pelakon Lelaki Tempatan

Ads

Kerja rumah saya adalah bersenam dan jaga diet. Saya juga rapat dengan Nas-T dan Anwaar Beg Moghal yang juga kaki gym. Diet mereka sangat ekstrem.

“Kalau mereka nampak saya mengelat sikit bila jaga diet, mereka akan ajak saya work out. Setidaknya saya dapat sokongan mereka. Tak rasa penat sangat. Daripada 68 kilogram, saya berjaya turut ke 61 kilogram,” katanya lagi.

Filem Keluang Man bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 29 Mei ini.

“Mereka Tahu Jaga Batas,” – Ratu Cantik Shweta Sekhon Tak Pernah Diganggu Di Set, Puji Pelakon Lelaki Tempatan

Selain Shweta, filem arahan Anwari Ashraf ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Nas-T, Datuk Rosyam Nor, Datuk Remy Ishak dan Anwaar Beg Moghal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI