Pengacara Hawa Rizwana enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya bila berbicara soal jodoh.

Menurut Hawa, dia tidak pernah meletakkan sasaran bilakah dia akan menamatkan zaman bujang kerana percaya Allah SWT mempunyai perancangan yang lebih baik.

“Terima Saya Seadanya Dan Comel…,” – Hawa Rizwana Belum Jumpa Jodoh Sesuai, Nafi Susah Didekati Sebab Garang

“Saya tidak pernah meletakkan sasaran. Saya tak nak memaksa atau meletakkan diri dalam tekanan.

“Kalau masanya sudah tiba dan berjumpa orang yang sesuai untuk berkahwin, kita teruskan sahaja,” katanya kepada MH.

Pengacara program MeleTOP itu berkata sedemikian ketika ditemui di Konsert MeleTOP TVS, baru-baru ini.

Ads

Selesa Berkawan

Katanya lagi, dia kini belum berjumpa dengan lelaki yang sesuai untuk dibawa bertemu dengan kedua orang tuanya.

“Terima Saya Seadanya Dan Comel…,” – Hawa Rizwana Belum Jumpa Jodoh Sesuai, Nafi Susah Didekati Sebab Garang

“Saya belum jumpa seseorang yang sesuai untuk dibawa berjumpa dan kenalkan dengan ibu ayah. Kini hanya mahu berkawan sahaja.

Kata ayah, saya perlu cari pasangan yang boleh dijadikan seperti kawan baik. Alhamdulillah, ibu bapa saya sudah berkahwin hampir 39 tahun. Saya mahu perkahwinan seperti itu,” ujarnya.

Ads

Ditanya mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Hawa memaklumkan dia agak senang jika bakal pasangan aktif bersukan sama sepertinya.

“Terima Saya Seadanya Dan Comel…,” – Hawa Rizwana Belum Jumpa Jodoh Sesuai, Nafi Susah Didekati Sebab Garang

“Saya ini aktif bersukan. Rasa seronok juga kalau jumpa pasangan yang suka berlari, menyelam, mendaki dan berbasikal bersama-sama.

Ads

“Yang penting boleh terima saya seadanya dan saya pun begitu juga. Comel itu bonus,” kongsinya lagi.

Dalam pada itu, Hawa turut menafikan tanggapan segelintir pihak yang menyifatkan dia mempunyai karakter yang garang sehingga ramai lelaki takut untuk mendekatinya.

“Sejak akhir-akhir ini, ramai yang kata lelaki seakan takut nak dekati saya. Kenapa nak takut pula? Saya tak garang. Mungkin kesibukkan saya juga jadi faktor perhubungan itu tidak dapat diteruskan.

“Saya pun tak reti nak balas mesej cepat. Kalau soal kerja, saya memang fokus. Balik kerja, dah penat lalu tidur,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI