Ingin rasai pengalaman berada di set penggambaran dunia pasca apokaliptik sama seperti drama popular Hollywood, The Last Of Us musim kedua? Anda kini tak perlu pergi jauh.
Ini kerana, Astro selaku peneraju kandungan dan hiburan utama Malaysia, bersama Max, perkhidmatan penstriman terkemuka dari Warner Bros. Discovery, membawakan satu pengalaman imersif buat semua di ibu kota.
Kwai Chai Hong yang juga lorong bersejarah di Chinatown, Petaling Street, Kuala Lumpur kini berubah seperti medan tempur Pedro Pascal dan Bella Ramsey menentang serangan mangsa wabak berbahaya.
Hasilkan Mural Ikonik
Bermula 1 hingga 11 Mei ini, Astro dan Max bekerjasama dengan artis tempatan Akid One dan Daphy untuk menghasilkan mural yang menggambarkan tema-tema The Last Of Us musim ke-2.
Ads
Direka untuk menarik perhatian para peminat serta pengunjung, pengalaman ini dilengkapi dengan efek bunyi dan pencahayaan sinematik untuk mempelawa orang ramai menyelami dunia yang diinspirasikan daripada musim terbaru siri ini.
Selain itu, para pelanggan Astro turut berpeluang menebus barangan eksklusif The Last of Us musim kedua menerusi aplikasi MyAstro dan Astro dari 9 hingga 11 Mei 2025 di Kwai Chai Hong selagi stok masih ada (tertakluk pada terma & syarat).
Ads
Aksi Lebih Mendebarkan!
Terdahulu, selepas hampir lima tahun, siri yang memenangi anugerah Emmy ini kini kembali dengan menyaksikan Joel dan Ellie yang terperangkap dalam konflik antara satu sama lain, serta dunia yang jauh lebih berbahaya berbanding sebelumnya.
Selain Pedro dan Bella, The Last Of Us musim kedua ini turut dibintangi barisan pelakon seperti Gabriel Luna, Rutina Wesley, Kaitlyn Dever dan Isabella Merced.
Strim episod terbaharu The Last of Us musim kedua pada setiap hari Isnin (sama seperti waktu tayangan di Amerika Syarikat) di Max dan di kaca televisyen melalui HBO (saluran 411) atau menerusi Astro On Demand.
Ads
Manakala episod terakhirnya pula akan menemui anda pada 26 mei ini.
Mulai 24 Mei hingga 30 Jun 2025, para pelanggan Astro yang baru melanggan Max akan menikmati diskaun 50% daripada harga langganan tahunan biasa untuk pelan Max Standard atau Max Ultimate.
Para Para pelanggan Astro boleh mengubah suai pakej mereka dengan mudah melalui
penambahan lebih 14 aplikasi penstriman popular termasuk Max, Prime Video, Netflix, Disney+ Hotstar, Viu, iQIYI, WeTV, Zee5, Simply South dan banyak lagi.
Mereka juga boleh membuat perubahan langganan mereka dengan mudah melalui aplikasi MyAstro, sama ada untuk
mengemas kini pakej, menukar antara penambahan dan perkhidmatan penstriman atau memilih yang baharu, pada bila-bila masa.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Anggota kumpulan Defam, Cik Manggis meraikan ulang tahun hari jadinya yang ke-30 tahun bersama suami, Syazmin Firdaus.
Lebih menarik, mereka ‘terbang’ bersama ke negara Jepun sambil menikmati percutian di sana.
Tambahan pula, ini merupakan kali kedua Cik Manggis atau nama sebenarnya Nurshazwani Shamauddin meraikan hari jadi di negara Matahari Terbit itu.
“Alhamdulillah, this is my 2nd birthday in Japan. Last year was in Tokyo, Today in Fujikawaguchiko in front of Mount Fuji with my one and only; @syazminfirdaus. (I think Japan loves me so much. LOL)
“Syukur bukan kerana dapat sambut birthday diluar negara tapi buat segala rezeki yang Allah berikan kepada saya.
“Rezeki sihat, bahagia, dikurniakan seorang suami yang penyayang, keluarga yang baik, kawan-kawan yang sentiasa ada.
“Syukur saya ada @defamofficial Ja & Fya, syukur saya ada KAMU. Terima kasih kerana sentiasa mendoakan Manggis dan keluarga. Semoga Allah membalas kalian dengan kebaikan. In shaa Allah, aamiin… #blessed30,” tulisnya.
Selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa Mohd Noor memohon maaf mengenai isu terkait dakwaan melanggar prosedur standard operasi (SOP) dalam penganjuran majlis pernikahannya dengan pendakwah Haris Ismail atau PU Riz, pada 27 Mac lalu.
Neelofa pada masa sama turut memberi menjelaskan mengenai isu merentasi negeri dengan berkunjung ke pulau peranginan Langkawi awal minggu lalu yang turut disertai suaminya.
“Penjelasan dan pencerahan tentang dua perkara iaitu tentang majlis perkahwinan saya baru-baru ini dan juga isu rentas negeri ke Pulau Langkawi.
“Saya buat hari ini kerana sudah selesai apabila kami (Neelofa dan Haris Ismail) kedua-dua keluarga hadir ke Balai Polis Dang Wangi bagi memberi kerjasama dan keterangan untuk membantu siasatan pihak berkuasa.
“Saya dan suami pergi (ke balai polis) awal minggu ini dan keluarga suami beberapa hari lalu dan keluarga saya pergi pada hari ini. Alhamdulillah, untuk kehadiran ke balai polis sudah selesai.
“Kalau kita tengok ada banyak, pelbagai versi cerita di luar sana berkaitan dua isu ini dan saya seikhlas hatinya memohon maaf kerana… atas segala kesalahan SOP yang di dalam atau di luar pengetahuan saya tentang dua isu ini,” katanya.
Selain itu, Neelofa menerusi video yang dikirimkan turut akui khilaf atas hal yang telah berlaku.
“Kami mengakui dan terima dengan hati yang terbuka segala keputusan dan tindakan pihak berkuasa. Sekali lagi saya nak mohon maaf kerana kurang menjaga sensitiviti tentang hal ini dengan semua.
“Ada banyak hal yang saya terlepas pandang dan saya patutnya tunjuk contoh yang lebih baik mengenai hal itu,” katanya.
Dalam kesempatan tersebut, Neelofa turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara dan penyanyi nasyid, Fakhrul Unic berkongsi rakaman perbualan telefon dengan anak bongsunya, Muhammad Ayyash yang kini berusia enam bulan.
Si comel itu kelihatan cukup terhibur apabila si bapa menukarkan wajahnya menjadi tikus menerusi aplikasi telefon pintar.
“Ayah ni dia sanggup buat apa saja demi anak, termasuk jd tikus guysss guys. 6 bulan dah ayyash, dh nak merangkak..besaq kat kg ja doakan ye jd anak soleh,” kongsi Fakhrul.
Pelakon Sophia Albarakbah bakal bertemu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) minggu hadapan susulan laporan polis yang dibuatnya berhubung kes buli siber dan gangguan seksual, baru-baru ini.