Selepas mencipta sensasi menerusi persembahan duet di Konsert MeleTOP TVS, baru-baru ini, penyanyi Mimi Fly tidak menolak jika ada usaha berkolaborasi bersama Stacy Anam untuk sebuah projek baharu selepas ini.
Menurut Mimi Fly atau nama sebenarnya, Shamimi Amalina Norhisham, dia dan Stacy sebenarnya mempunyai mempunyai hubungan yang sangat akrab meskipun sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Saya dan Stacy punyai satu chemistry yang tak mungkin dapat dengan orang lain. Kami tahu perjalanan yang dilalui masing-masing walaupun time frame kami berbeza.
“Kalau tak silap, ini kali ketiga kami buat persembahan bersama. Kami sangat sibuk dengan kerjaya dan tanggungjawab masing-masing.
“Namun, bila berjumpa, pasti kami dapat catch up. Bila kita ada rakan anak seni yang membesar bersama, itu yang membuatkan perjalanan ini lebih bermakna,” katanya kepada MH.
Saling Mengenali
Sementara itu, Stacy pula memaklumkan mereka sebenarnya sudah lama berkawan baik dan melalui perjalanan sebagai anak seni yang hampir sama.
Ads
“Kami datang daripada studio usang, aliran dan sistem yang sama. Boleh dikatakan kami dilahirkan di kilang yang sama iaitu di sebuah studio di Kota Kinabalu.
“Mimi duduk di Sabah selama lima tahun dan sertai kumpulan menari di studio itu. Kebetulan abang saya pula bekerja di studio sama.
“Jadi, kami sudah kenal sejak sebelum jadi artis. Nampak je macam tak rapat tapi begitulah friendship sejati. Tak perlu cerita dengan orang,” ujarnya.
Ads
Mimi dan Stacy berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai Konsert MeleTOP TVS, baru-baru ini.
Kata Stacy lagi, dia sudah lama menjangkakan nama Mimi Fly akan meletup satu hari nanti.
“Memang sudah lama kami nantikan kejayaan Mimi Fly. Sejak dahulu lagi, nama Mimi sudah meletup dengan One Nation Emcee. Ramai yang tahu keupayaan dia.
Ads
“Saya tahu Mimi sebenarnya sedang tunggu ‘time bomb’ untuk meletup. Dia juga bukan bekerja kerana glamour atau populariti.
“Jadi, memang tak terkatalah bila namanya kini semakin besar. Dia juga tak pernah mengalah. Ketika umur masih muda, kami sepatutnya duduk di rumah dan tonton TV tapi kami sudah mula bekerja,” kongsinya lagi.
Dalam pada itu, Mimi turut memaklumkan perjalanan mereka untuk sampai ke tahap ini bukan mudah.
“Show murahkan pun kita menari all out. Kami telah dilatih untuk tidak melihat kepada wang ringgit atau jenis majlis. Kami dilatih untuk jadi yang terbaik setiap kali buat persembahan. Itulah latihan kami,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Menjelaskan setiap manusia punya batas dalam kehidupan, dan dirinya tidak terkecuali.
Jadual persembahan yang terlalu padat dan kekurangan rehat menjadi punca dirinya pitam sewaktu melakukan persembahan tempoh hari.
Kata vokalis Floor 88, Ayieatau nama sebenarnya Nik Fadlee Elhamshah, 23, sebelum kejadian, suaranya mula serak, namun dia tetap memaksa diri untuk membuat persembahan namun tetap tewas sewaktu menyampaikan lagu kedua.
“Alhamdullilah kesihatan sekarang semakin pulih kecuali tekak yang masih lagi sakit.
“Sewaktu konsert, kepala saya sakit secara tiba-tiba dan suara menjadi serak namun saya tetap paksa diri. Kami sepatutnya menyanyikan empat buah lagu, sewaktu lagu Zalikha, suara saya sudah semakin hilang.
“Bila tiba lagu Aqilah. Saya paksa diri sehingga tiba satu tahap kepala berdenyut, pandangan menjadi hitam dan saya pitam. Setiap manusia ada had dia dan itulah yang terjadi kepada saya.
“Saya masih sedar waktu tu cuma berat nak bangun,” jelasnya ketika ditemui pada Era Digital Muzik Awards (EDMA) 2019.
Meletakkan tanggungjawab sebagai fokus utama, jelasnya, jadual yang terlalu padat tiada masalahbuatnya, cuma beberapa faktor menyebabkan kondisi kesihatan semakin teruk.
“Malam tu saya rasa seperti boleh lakukannya, namun walaupun saya paksa diri, memang saya tidak mampu. Pihak pengurusan ada perancangan untuk membawa saya berjumpa doktor pakar bagi rawatan selanjutnya.
Ayie turut menafikan apa yang berlaku ialah gimik semata-mata.
“Majlis itu ialah majlis Hari Ulang Tahun Keputeraan Yang Dipertuan Besar, jadi mana mungkin kami membuat gimik pada majlis begitu. Ada protokol yang harus dipatuhi.
“Saya mahu ucapkan terima kasih kepada yang katakan begitu,” jelasnya.
Terdahulu,Ayie mengejutkan peminat apabila rebah ketika membuat persembahan di Konsert Gempak Negeri.fm sempena meraikan Hari Keputeraan Ke-72 Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di padang awam Seri Menanti, Kuala Pilah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Elyana mendedahkan dirinya baru sahaja selesai menjalani sesi rawatan kemoterapi bagi memantau keadaan penyakit kanser yang pernah dilaluinya sebelum ini.
Menurut Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, pihak doktor mengesahkan keadaan kesihatan kini sudah bertambah baik namun ada beberapa perkara yang harus diberikan pemantauan.
“Alhamdulillah, selesai chemo ada balance satu kali lagi. Result darah alhamdulillah bagus. Liver, paru-paru semua cun tapi darah merah je kurang sikit 11.
“Tapi banyak beza masa beberapa bulan lepas bacaan dia 7 je. Masa tu kena masuk darah,” tulisnya.
Penjelasan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Tak Tercapai Akalmu itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Dalam pada itu, Elyana turut merakamkan ucapan penghargaannya buat semua pihak yang gemar menderma darah bagi membantu pesakit sepertinya.
“Thank you kepada yang selalu menderma darah. Tak ternilai jasa anda…love you,” ujarnya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut berharap agar Elyana akan terus sihat sampai bila-bila.
“Suka tengok Elyana sentiasa positif dan kuat sangat.
“Alhamdulillah, Allah mendengar semua doa-doa Nana. Ramai yang mendoakan nana.
“Alhamdulillah syukur, senjata paling kuat adalah sabar,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Pada hujung tahun lalu, Elyana berkongsi khabar gembira selepas memaklumkan penyakit kanser limfoma tahap empat yang dihadapi sejak 11 tahun yang lalu kini sudah pun pulih sepenuhnya.
Terdahulu, Elyana memberitahu mengenai penyakit kenser limfomanya itu ketika menyertai program realiti nyanyian, Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Elyana
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pelawak, Enot berkongsi khabar apabila memaklumkan rumah keluarganya yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan antara yang terkesan akibat banjir kilat awal pagi tadi.
Menurut Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah, kediaman berkenaan telah dinaiki air hingga ke paras dada sehingga merosakkan beberapa perkakasan rumah.
Antaranya barangan kering majlis perkahwinan ahli keluarganya yang sebelum ini ditunda akibat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
“Assalamualaikum pagi-pagi group family dah kecoh malam tadi rumah Makumi saya dekat Seremban habis banjir paras dada. Nasib adik ada dekat rumah kalau tak, dia sorang jelah kat umah banjir-banjir tengah malam.
“Habis barang dan beras nak kenduri tak jadi hari tu. Sabarlah mak, orang nak balik sana pun tak lepas keadaan macam ni dengan Seremban dah start PKPB dugaan sungguh lah,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan Enot menerusi beberapa hantaran yang dimuat naik ke akaun Instagram.
Dalam pada itu, Enot turut memanjatkan doa agar seluruh ahli keluarganya yang ketika ini berada di Seremban agar dijauhkan daripada sebarang musibah.
“Ya Allah kau lindungilah ahli keluargaku dan saudara-saudaraku di Seremban semoga diorang dijauhkan dari musibah-musibah yang tak diingini. Amin.
“Lama dah tak banjir Batu 3 Mambau ni. Dulu banjir bole berenang siap buat sampan lagi. Kalau Batu 3 banjir kitaorang semua duduk dekat masjid Bemban dekat dengan rumah mak @nabilzira.
“Time tu muda belia lagi masih mampu berenang lagi siap angkut biskut kedai Cik Kamal terapung-apung. Baik ambil bawa pergi masjid ramai-ramai bole makan hehehe.
“Sedih sana banjir tak boleh nak balik pulak. Jenuh lah nak mngemas tu. @allef_nazmi_abdullah tolong mak ok Kakmok tak boleh nak balik. Apa-apa hello-hello okay,” kongsinya lagi.
Sementara itu, rata-rata netizen yang berada di Seremban turut berkongsi kisah mereka selain turut mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti biasa.
Sumber: Instagram Enot
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Irfan Zaini, meluahkan rasa terkejut apabila dimaklumkan salah seorang peminatnya dikatakan telah dipukul hingga berdarah oleh individu lain yang didakwa terlalu fanatik.