
Pelakon terkenal Indonesia, Luna Maya, hari ini sah bergelar isteri kepada kekasih hatinya, Maxime Bouttier dalam satu majlis pernikahan yang penuh adat tradisi.
Majlis gemilang yang berlangsung di COMO Shambhala Estate, Ubud, Bali ini menyaksikan penyatuan dua hati yang serasi, di mana momen tersebut disiarkan secara langsung menerusi akaun YouTube Luna Maya.
Luna, 41, tampak anggun dalam persalinan kebaya putih yang dipadankan dengan sentuhan tradisional Bali, Jawa dan Eropah. Kehijauan pepohon sekitar memberikan suasana yang mendamaikan ketika pasangan ini melangkah ke jinjang pelamin.
Abang kandung Luna, Tipi Jabrik, telah diberi penghormatan untuk menjadi walinya, sementara saksi pernikahan adalah suami kepada Maia Estianti, Irwan Daniel Mussry dan pelakon terkenal, Raffi Ahmad.
BACA JUGA: Maxime Bouttier Akhirnya Berkongsi Perihal ‘Cinta’ Dengan Luna Maya, Genap Setahun Bersama
BACA JUGA: Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Menerima mas kahwin sebanyak 7.5 gram logam mulia dan AS$2025 secara tunai, Luna tidak dapat menahan sebak ketika mendengar lafaz akad nikah. Dia dilihat mengalirkan air mata terharu dengan pernikahannya itu.
Sehari sebelum majlis akad nikah, Luna dan Maxime turut menjalani upacara siraman dan sungkeman mengikut adat Jawa yang telah diwarisi sejak turun-temurun.
Pasangan sama cantik dan sama padan ini dilaporkan mula menjalin hubungan cinta sejak 2022 dan kini mereka memulakan fasa baru dalam kehidupan mereka sebagai suami isteri.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI