Kredit foto: Instagram Luna Maya

Selebriti terkenal Indonesia ini sentiasa menjadi buruan media, baik dari sudut kisah kerjaya mahupun perihal cintanya. Kejayaan Luna Maya dalam dunia lakonan tidak dapat disangkal lagi. Diberkati dengan bakat yang hebat, dia berjaya menakluk dunia seni hiburan Indonesia diiktiraf dengan pelbagai anugerah.

Namun begitu, bila diungkap tentang soal cinta, aktres cantik ini mungkin masih belum bernasib baik.

Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Kredit foto: Instagram Luna Maya

Dalam temubual bersama Venna Melinda di saluran YouTube bekas Miss Universe Indonesia 1994 itu, Luna Maya akui yang kini  dia tidak lagi mahu memeningkan kepala memikirkan bila jodohnya akan tiba.

Sebagai seorang wanita yang kini berusia 39 tahun, semestinya tahap kesuburan jika usia semakin meningkat menjadi isu. Namun bagi pelakon filem Suzanna: Bernafas Dalam Kubur ini, dia mengakui sudah melakukan proses egg freezing ataupun pembekuan telur bagi menjamin yang dia tidak memiliki masalah untuk mendapatkan bayi kelak jika sudah berkahwin.

Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Kredit foto: Instagram Luna Maya

Kongsinya, “Aku sudah melakukan pembekuan telur. Dan aku fikir dengan teknologi dan juga pola hidup aku, aku sudah merasa yang aku cukup sihat untuk usiaku dan aku masih memiliki tenaga. Tak tahu kenapa, aku merasa tidak terbeban dengan usia.”

Mengulas lanjut tentang proses pembekuan telur, Luna Maya bercerita bagaimana dia boleh terdetik untuk melakukan proses tersebut.

IKLAN

“Sebenarnya aku sudah mahu melakukannya empat tahun lalu. Tetapi hanya berkesempatan setahun yang lalu, kerana ternyata di Indonesia juga boleh melakukan proses itu,” jelasnya yang turut mengakui wanita memiliki batasan usia disebabkan kitaran biologi tubuh.

Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Kredit foto: Instagram Luna Maya

Bila berbicara soal cinta, dalam temubual tersebut Luna Maya mengakui yang diusianya saat ini dan dengan waktu yang banyakan dihabiskan untuk mengenal diri sendiri. Namun dia juga dalam proses mengenali seseorang namun belum benar-benar serius.

Apabila ditanya Venna tentang perkara ini, dia menjawab pendek, “Belum, kerana masih baru. Kami masih mengenal dan belum ada rasa yang ayuh! Dan dari dia, dua orang harus memiliki keinginan yang sama supaya terjadi.

Semoga Luna Maya berjaya bertemu cinta sejati!

IKLAN
Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Kredit foto: Instagram Luna Maya

Untuk pengetahuan pembaca, memetik penjelasan dari laman web Hello Doktor, pembekuan telur juga dikenali sebagai mature cryopreservation oosit adalah satu kaedah yang digunakan bagi menyelamatkan kemampuan seseorang wanita untuk hamil pada masa akan datang.

Telur yang diambil daripada ovari dibekukan dan disimpan untuk digunakan kemudian hari.Telur beku boleh dicairkan, digabungkan dengan sperma di dalam makmal dan ditanam kembali di dalam Rahim menerusi proses persenyawaan in-vitro.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Sumber: Tribun News, YouTube Venna Melinda & Hello Doktor

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI