Hubungan bintang terkenal Indonesia, Luna Maya dan Maxime Bouttier menjadi tanda tanya banyak pihak apabila mereka dilihat sering meluangkan masa bersama melakukan pelbagai aktiviti.
Sebelum ini ramai meneka hubungan mereka kandas di tengah jalan apabila Luna Maya bertindak memadam semua gambar yang diambil bersama Maxime di Instagram.
Kini semuanya terjawab apabila Maxime,30, membuat ucapan istimewa di laman Instagramnya khas buat Luna Maya sempena genap setahun hubungan mereka.
“Kita ketawa kita bergaduh, kita suka kita bergaduh. Sudah setahun sejak kita memulakan dinamik ini bersama-sama, dan tidak dalam imaginasi saya yang paling liar akan kita bertemu dan bergerak ke arah ini bersama-sama.
“Saya bernasib baik untuk memanggil kamu sebagai kawan dan pasangan serta berkongsi detik-detik manis dan pahit dalam hidup kita antara satu sama lain. Selamat setahun,” tulis pelakon kacak itu.
BACA JUGA:Luna Maya Lakukan ‘Pembekuan Telur’ Sebagai Persiapan Masa Hadapan Untuk Mendapatkan Anak
Luna Maya dan Maxime sering muncul bersama di konsert, tayangan perdana filem dan acara rasmi. Bahkan aktres berusia 40 tahun itu turut menemani Maxime Bouttier pada majlis perkahwinan adik lelaki pelakon itu di Australia baru-baru ini.
Sedikit info mengenai teman lelaki Luna Maya ini, Maxime merupakan anak kacukan Perancis-Indonesia. Dia merupakan seorang pelakon dan model. Namanya menjadi popular setelah membintangi filem Hollywood berjudul “Ticket To Paradise” bersama Julia Roberts dan George Clooney
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hubungan Akrab, Buat Apa Nak Gaduh?” – Syatilla Melvin
Adik beradik selebriti yang menampilkan Datin Seri Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin, 33; Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 32; Siti Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29; dan Siti Nur Syida Amirol Melvin, 26, sebagai The Melvins di bawa jenama wajah dan pengasas, Kekasih kian kenali dan berada di kelas tersendiri.
Pekat dengan dialek Utara dan saling berbalas cakap semata-mata bagi mempromosi dan menjual produk terutamanya ketika bersiaran secara langsung di media sosial, sudah cukup membuktikan bagaimana komitednya mereka untuk membawa jenama berkenaan berada pada posisi yang sepatutnya.
Bukan sahaja cantik tetapi turut mempunyai pengikut yang ramai di media sosial. Bahkan, mereka bijak juga dalam mencorak kehidupan masing-masing dan peminat sentiasa ingin tahu mengenai perkembangan semasa mereka.
Jadi, keakraban The Melvins ini tidak dapat dinafikan hingga berjaya mengasaskan Kekasih yang kini sudah mencecah usia empat tahun di pasaran.
Sebagai hadiah kepada peminat dan pelanggan setia mereka selain bersempena sambutan Aidilfitri tahun ini, jenama tersebut muncul dengan rangkaian produk edisi Raya Kekasih yang terdiri daripada item kosmetik dan moisturiser.
Mewakili adik beradiknya, Syatilla atau mesra disapa Tila berkata, edisi khas itu menjanjikan sesuatu yang cukup istimewa dengan unit yang terhad.
“Sempena sambutan hari raya tahun ini, kami melancarkan edisi baharu Kekasih. Ia menawarkan kosmetik, penjagaan wajah dan moisturiser. Untuk kosmetik ada empat warna yang paling laris dan kami juga keluarkan semula seperti maskara, pengapit bulu mata, dan pertama kali keluarkan pembayang mata.
“Insya-Allah, untuk kedua-dua rangkaian produk ini kami keluarkan antara 50,000 hingga 60,000 unit saja. Jadi, memang terhad. Nama pun istimewa, jadi kami mahu semua pelanggan kena dapatkan segera,” katanya.
Berkongsi lanjut, finalis Dewi Remaja sezaman Neelofa itu bersyukur apabila jenama yang diusahakan terus mendapat perhatian dan sokongan ramai.
Menurutnya, antara resipi terbaik produk mereka kekal di pasaran susulan keberkatan hubungan adik beradik.
“Alhamdulillah, Kekasih sudah empat tahun. Kelainan kami apa yang saya boleh tekankan ialah adalah hubungan akrab kami adik beradik. Buat apa nak gaduh-gaduh. Ini yang membuatkan orang tertarik dengan kami dan Kekasih itu sendiri.
“Macam sekarang kami kerap ‘live’ di TikTok dan peminat boleh nampak macam mana mana kami berniaga di situ. Kami bersatu di situ dan itulah kekuatan kami pastinya.
“Mungkin produk dan kualiti dilihat sama macam orang lain, tapi sebab hubungan itu kami lain sedikit. Tengok saja kami berempat, orang sudah tahu ia ‘Kekasih’.
“Dalam masa sama, tak keterlaluan jika dikatakan jika Kekasih menjadi satu-satunya produk tempatan yang diusahakan bersama oleh empat beradik. Dari awal hingga sekarang, kami memang bersungguh-sungguh fokus dan komited. Bukan sekadar hangat-hangat tahi ayam,” katanya lagi.
Menurut Tila, berada pada tahap sekarang bukan semudah yang disangka, lebih-lebih lagi ketika semua berhadap dengan pandemik Covid-19.
“Kami juga melalui episod hitam ketika musim Covid-19. Dari situ, ia memberikan banyak pengalaman kepada kami untuk bangkit dan terus mara ke hadapan. Kami memperbaiki apa yang kurang untuk menjadi lebih baik.
“Pada peringkat awal perniagaan, semuanya lancar saja. Tapi, memasuki tahun ketiga, kami tak boleh terlalu selesa. Kami dah rasa kena betulkan mana-mana yang kurang. Jsuteru, tahun keempat ini, Kekasih bangkit semula,” katanya.
Syatilla yang mesra disapa Tilla ditemui media pada Majlis Pelancaran Kekasih Lebaran 2023 di Glass House Klang, Selangor, pada Jumaat.
Pada majlis sama turut diraikan ialah sambutan hari jadi bapanya, Amirol Melvin yang ke-74.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Tu Lah Anak Nak Minum Susu. Nasib Baik Tak Kata Nak Poo Poo, Kalau Tak Jahanam,” – Faezah Elai
Awal semalam, pelakon Faezah Elai ada berkongsi foto kandid suami, pengarah Heykal Hanifah bersama dua orang anaknya ketika menaiki Mass Rapid Transit (MRT). Menariknya, foto tersebut merakamkan aksi kandid si anak bersama gelagat masing-masing.
Malah, Faezah dengan selamba turut memuat naik foto dengan kaspyen yang humor.
“Tu la..konon malas nk drive,nk naik mrt sgt.. sekali org ramai.. masa tu lah anak nk minum susu. Nasib baik anak2 tk kata nk poo poo,klu tk lagi jahanam. Sekali sekala jd daddy cool,” tulisnya.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Lalu, perkongsian tersebut menerima pelbagai komen netizen dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat serta riak wajah si bapa.
Foto tersebut sudah pun menerima lebih 13,000 tanda suka.
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
View this post on InstagramA post shared by faezahelai (@faezahelai) on
Foto: Instagram Faezah Elai
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Nikmat Allah Datang Dalam Pelbagai Bentuk,” – Azza Elite Jual Kaftan, Percaya Rezeki
Pelakon dan penyanyi, Azza Elite ada berkongsi cerita perihal tentang sahabat dan hubungan sesama rakan di dalam perniagaan.
Hal itu dikongsikan bintang ini di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 42 tahun ini, dia meluahkan rasa syukur kerana memiliki sahabat yang menjalinkan hubungan baik bersamanya.
“kupersembah kan kepada mu .. #kaftanrichpeople alhamdulillah nikmat Allah dtg dlm pelbagai bentuk.
“Antaranya dikelilingi sahabat yg sentiasa ada untuk support dan beli apa saja produk kak za buat . mereka di sekeliling kak za. kdg kdg kak za rendah diri.
“Tapi deme ni x bg can aku feefeling rendah diri.. aiseyman!,” tulisnya.
Di samping itu, Azza tutut memaklumkan beberapa nama rakan selebriti yang sentiasa menyokong perniagaan yang diusahakan.
Antaranya termasuklah Jozlynn, Fasha Sandha, Sharifah Shahirah dan Zalif Sidek.
“Tapi itu lah dia rezeki yg Allah kurniakan pada kak za. dikurniakan sahabat yg mulia hati . @jozlynnhanania pinjam tisu jap nk lap air mata.. kagum melihat kejayaan mereka suami isteri. walaupun terbang tinggi tetapi masih melihat rumput dibumi. aghh cenggitu.
“Kalau dtg umh mereka ko x kan dibiarkan pulang tampa bawak tupperware.. eh .. sama gak mcm @kam2u my model rich people mkn 2 kali siang and mlm. also same like my girl @fashasandha always buy bnyk bnyk.
“Sampai sogan den.maklum lah tahap rendah diri den meminta ya cam nk balik cepat jumpa sb segantq #therichpeoplefamily for bein there to support me.. kak @shieraijoy and kak @jalenar_e_j_a_b m coming to u soon.
“Terima kasih semua.. ai lebiu .nah kita bg sesambil nk restock baju kunin paling dikehendaki .
“#kaftanrichpeople #kaftanhavehave sesambil dgr lagu @anuarzain70 dlm keta .. nk anto cod.. siap berenti keta sb nk type.. diiringi lagu sedih syahdu.. maka @zalifsidek pun tepon nk oder satu.. m coming to u also adikknya sekian terima kasih ..#azzahelite,” tulis Azza menerusi kapsyen di Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Azzaelite❤️jadaqueen0174748991 (@azzaelite) on
Sekadar informasi, Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari dilahirkan pada 13 November 1978 di Kulim, Kedah.
Dia memulakan kerjaya seninya sekitar era 90-an dengan menganggotai kumpulan Elite sebelum aktif dalam dunia lakonan.
Foto: Instagram Azza Elite
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI