Penyanyi 80-an, Ibnor Riza dilaporkan meninggal dunia pada pukul 3.30 petang hari ini, di Hospital Canselor Tunku Mukhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM), Kuala Lumpur.

Pemergian Allahyarham Ibnor telah disahkan oleh rakan artis, Datin Salwa Abd. Rahman menerusi Instagram miliknya, sebentar tadi.

“Sahabatku sudah tiada. Semoga arwah tenang dan damai di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman, tulisnya.

Penyanyi Lagu ‘Mimpi Yang Tak Sudah’, Ibnor Riza Meninggal Dunia Pada Usia 62 Tahun

Rakan artis dan peminat turut berkongsi dan memberikan penghormatan terakhir buat arwah menerusi media sosial masing-masing

IKLAN

Menurut isteri Ibnor Sarimah Sulaiman,51, jenazah akan dikebumikan di Negeri Sembilan.

Terdahulu, pada 2 Disember lalu, Ibnor menjalani pembedahan di HCTM bagi membuang air pada bahagian kanan kepala susulan kanser limfoma dihadapinya sudah merebak ke otak.

IKLAN

Ibnor bagaimanapun tidak sedarkan diri selepas pembedahan dijalankan.

Kemudian, dia sekali lagi menjalani pembedahan susulan kerana ada pendarahan pada bahagian kepalanya Rabu lalu.

IKLAN

Keadaan Ibnor juga masih sama malah Sarimah ketika dihubungi memaklumkan suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Imbas kembali, Ibnor mulakan kejaya seninya sejak 1984 dengan menyertai pertandingan Bintang RTM.

Antara lagu popular Allahyarham termasuklah Mimpi Yang Tak Sudah dan Berdiri Seorang Perindu yang kekal malar segar hingga kini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI