Lagu berjudul Sutera yang nyanyikan oleh Aisha Retno ciptaannya bersama MFMF dinobatkan Lagu Terbaik pada hari kedua Separuh Akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38) yang berlangsung di Shah Alam, hari ini.

Kejayaan tersebut melayakkan Aisha membawa pulang wang tunai sebanyak RM3,000 serta barangan eksklusif tajaan penaja utama Alha Alfa.

Sementara itu, Lagu Pilihan Alha Alfa pula dimenangi lagu Astana, nyanyian Ernie Zakri yang sekali gus melayakkannya untuk memenangi hadiah wang tunai RM2,000 dan barangan eksklusif Alha Alfa.

IKLAN

Kesemua lagu yang bertanding di SFMM38 diadili oleh barisan juri iaitu Datuk Mokhzani Ismail selaku ketua, Datuk Wah Idris, Cat Farish, Helen Yap, Azmeer dan LY, manakala Lagu Pilihan Alha Alfa diundi peminat.

10 lagu yang bertanding hari ini adalah Korbankan Kita nyanyian MOJO dan ciptaan sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim; Kamu Kamu (Wani Kayrie / Ziin / Jerry); Alah Bisa (Amira Othman feat Putera Muhammad /Glow Rush / Mage, Nick Ariff, Glow Rush, Faizal Tahir & Acap Salim; Astana (Ernie Zakri / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel / Omar K, Shazriq Azeman, Ernie Zakri & Syamel) dan Cinta Hanya Buatan (Muna Shahirah feat Afieq Shazwan / Gouffran & Ibnu / Gouffran & Ibnu).

IKLAN

Turut bertanding berebut tempat ke Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-38 adalah Cinta Sahabiyah nyanyian Datin Alyah dan ciptaan Datin Alyah dan Omar K serta lirik oleh Datin Alyah; Menyantun Kasih (Siti Nordiana / M Nasir / Keon); Sejuta Maaf (Liza Hanim / Sirkhan & Rinkarnaen /Sirkhan); Sutera (Aisha Retno / Aisha Retno & MFMF / Aisha Retno); Kalam (Shiha Zikir / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat / Iqie Hugh, John Jeeves & Firdaus Rahmat).

Sementara itu, 12 lagu terbaik yang akan diumumkan esok pada episod terakhir SFMM38 sekali gus berentap di AJL38 yang bakal berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 Mac tahun depan.

IKLAN

SFMM38 dihoskan oleh Izzue Islam dan Fiza Frizzy.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI