Berjaya menambat hati para juri menerusi bersembahan kreatif hampir setiap minggu, akhirnya duo pelawak, Sharif dan Syaiful telah dinobatkan selaku juara Famili Duo musim ketiga.
Kemenangan tersebut membolehkan pasangan adik beradik yang juga merupakan anggota kumpulan lawak, Zero itu membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.
Syarif yang mengalirkan air mata akui sebak dan menyifatkan perjuangan mereka selama ini berbaloi.
“Ini tangisan kepuasan. Kami telah berusaha menerikan persembahan terbaik setiap minggu. Alhamdulillah, Allah balas perjuangan kami,” katanya.
Malah, Syarif dan Syaiful juga mecatatkan sejarah sebagai duo pelawak pertama yang memenangi program realiti nyanyian ini.
Pada malam ini, kedua-dua persembahan
Syarif dan Syaiful yang membawakan lagu Kong Kali Kong dan madley Lemak Manis, Umpan Jinak Di Air Tenang dan Joget Angan Tak Sudah berjaya memperoleh markah penuh iaitu 10 daripada juri Ajai dan Mas Idayu.
Ads
Menurut Ajai, Syarif dan Syaiful merupakan peserta yang bijak memilih lagu dan merancang persembahan.
“Kamu artis yang bijak memilih lagu. Kamu pergi kepada kemampuan dan tidak membodohkan diri. Saya tak perlukan pun penyanyi yang bersuara tinggi-tinggi cuma suara yang bersesuaian.
“Percaturan kamu bagus pada hari ini,” komen Ajai.
Ads
Sementara itu, juri Mas Idayu pula menzahirkan rasa kagum dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh duo berkenaan sepanjang bertanding di progam ini.
“Pada malam final ini, persembahan kalian paling berusaha. Kamu peserta paling berusaha untuk berada sehingga ke tahap ini.
“Awak pandai pilih lagu dan mengambil hati penonton. Saya tak boleh bayang dan tak tahu sejauh mana latihan kalian. Saya dapat merasakan kepuasan. Persembahan kamu paling sempurna,” kata Mas Idayu.
Ads
Dua lagi finalis yang turut bertanding pada pentas akhir ini adalah duo adik beradik, Adira & Emma Suhaimi dan duo sepupu, Haqiem Rusli dan Ariff Bahran.
Pentas akhir Famili Duo telah berlangsung di Studio NTV7, Shah Alam, Selangor pada Ahad dan dihoskan oleh pasangan selebriti Janna Nick dan Izzue Islam.
Terdahulu, Famili Duo yang bersiaran selama lapan minggu menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.
Selain tiga finalis terbabit, tiga pasangan lain yang turut bersaing sebelum ini ialah Tom & Fuad, Ryan Bakery & Adam Bakery, Shila Amzah & Syahir Amzah
Pentas akhir Famili Duo musim ke-3 turut diserikan lagi dengan persembahan daripada Syamel dan Ernie menerusi lagu Selangit dan Lagu Rindu.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre menjadi saksi malam penuh magis yang dihidupkan oleh penyanyi, Ernie Zakri melalui konsert solonya, Aura: Ernie Zakri Live in Concert.
Lebih daripada sekadar hiburan, ia merupakan sebuah pengalaman emosi mendalam yang menonjolkan kehebatan vokal penyanyi berkenaan sehingga memukau lebih 3,000 peminat setianya.
Tetap Usaha Hiburkan Peminat Walau…
Meskipun disahkan mengalami jangkitan laringitis sebelum konsert, ibu kepada seorang cahaya mata itu membuktikan profesionalismenya sebagai seorang anak seni sejati.
Persembahan vokalnya tetap luar biasa, membuka tirai dengan lagu Aura dan membawa penonton menikmati rangkaian 22 lagu lain seperti Boneka, Astana, Ayuh, Misteri, dan Gundah.
Penampilan Sabronzi & Ade Govinda
Turut memeriahkan konsert ialah persembahan duet bersama Sabronzo menerusi lagu Luv serta penampilan khas Ade Govinda untuk lagu Masing-masing dan Hal Hebat.
Penghayatan Ernie diperkukuhkan dengan susunan muzik eksklusif arahan Genervie Kam, menjadikan setiap lagu sebuah perjalanan emosi yang menyentuh hati.
Keintiman dan keikhlasan Ernie sebagai seorang penghibur terserlah melalui persembahan duet bersama Syamel untuk lagu Die With Smile dan Aku Cinta, yang menjadi salah satu detik kemuncak malam tersebut.
Penutup yang penuh kehebatan dengan lagu Ku Bersuara menandakan noktah sempurna untuk malam istimewa ini, meninggalkan kesan mendalam kepada setiap yang hadir.
Konsert ini juga membuka lembaran baharu apabila pihak penganjur, SAH Entertainment, apabila pihaknya turut mengumumkan konsert susulan di Singapura pada Jun 2025.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti, Isa Khan dan Nur Risteena yang akhirnya sepakat memilih tarikh 12 Mac depan untuk dijab kabulkan sebagai suami isteri.
Keduanya sebelum ini pernah menunda tarikh pernikahan yang sepatutnya berlangsung November tahun lalu atas kekangan pandemik Covid-19.
Sambil mengumumkan tarikh majlis raja sehari, Isa Khan menerusi Instagram turut cipta lagi khas buat tunangannya itu yang berjudul Karunia Terhebat.
“Kami ingin memohon doa kepada semua yang mengenali dan tidak mengenali kami mendoakan semuanya dipermudahkan, sampai ke hari bahagia tersebut,” kata Isa menerusi video yang rakam ketika melakukan pengambaran lagu istimewanya itu.
Sementara itu menerusi ruangan kapsyen pula, pelakon berusia 28 tahun itu mendoakan agar urusan hari bahagia mereka berjalan lancar.
“Assalamualaikum Wbt. Kami ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon doa dari semua yang mengenali mahupun tidak mengenali diri ini agar segala urusan Ijab & Qabul kami yang akan di laksanakan pada 12/3/21 nanti di permudahkan.
“Juga akan saya abadikan cerita cinta kami di dalam sebuah karya yang saya ciptakan sendiri untuk si dia @nur_risteena yang berjudul “Karunia Terhebat” the greatest gift. Semoga semua urusan kami berjalan dengan baik atas kehendakNya. Amin Yra.
Posting sama turut dikongsikan kakak kepada pelakon, Ruhainies itu menerusi platform sama.
Pastinya, ia menjadi satu berita gembira buat para peminat serta rakan selebriti yang turut merakamkan rasa syukur dengan menitipkan ucapan tahniah ada pengumuman yang dibuat.
Sama cantik sama padan, Isa dan Risteena telah mengikat tali pertunangan pada 23 November 2019 ketika bercuti di Bali, Indonesia.
Foto: Instagram Isa Khan, Risteena
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengarah terkenal, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo meluahkan rasa terhadap segelintir pihak produksi yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) penggambaran seperti yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.
Jelasnya, perkara tersebut boleh memberikan kesan buruk terhadap industri kreatif tempatan serta menjejaskan operasi syarikat produksi yang lain.
Malah, suami kepada pelakon Sheila Rusly ini menyifatkan tindakan sedemikian sangat tidak bertanggungjawab dan menyukarkan negara mencapai kadar imuniti kelompok.
“Korang nak nganjing Tok Sidang yek! Ni bior teman nganjing kan komer pulok. Untuk artis yang tak amek vaksin, boleh Shooting dengan Production tu.
“Tok Sidang tak kisah sbb Penggambilan Vaksin TIDAK DIWAJIBKAN… itu hak komer.
“TAPI UNTOK PRODUCTION YANG AMEK DEME, KOMER AJERNYE BAJANG! PASEI KOMER TAK FOLLOW SOP, KEME LAK YANG AKAN SANGKUT NANTI!
“Nyesei tak nganjingkan teman, Dengo cite, PRODUCTION tu akan digantung lesen nye setahun…kalau le setahun, lebih pon boleh.
“so PRODUCTION tu dah boleh start reka cerite macamane nak menjawab dengan @finasmalaysia nanti… nyesei tak sekarang, nganjing teman… nganjing le lagi… Lalalala laaalallaa laaalalllaaa laaaa laa laaaaa,” tulisnya panjang lebar menerusi entri di akaun Instagram miliknya.
Sekadar informasi, pihak kerajaan telah memberi kelonggaran terhadap SOP Fasa 1 Program Pemulihan Negara (PPN) kepada syarikat produksi untuk menjalankan pengambaran bagi mengukuhkan kembali industri kreatif tanah air.
Foto: Instagram Jinggo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Fattah Amin memilih pendekatan untuk berkampung di set penggambaran selama sebulan tanpa pulang ke rumah demi menjawai watak untuk filem terbaharunya, Kulit Wayang.