Usahawan, Datuk Jovian Mandagie memaklumkan dia dan isteri, Nina Sabrina Ismail Sabri sudah bersepakat untuk membawa haluan masing-masing selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Menurut Jovian, dia dan Nina sudah memutuskan untuk bercerai pada Ogos lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jovian Rayke Mandagie (@jmandagie)

“Sesetengah perkahwinan sangat istimewa kerana ia mampu bertahan sehingga ke akhir hayat. Namun, kisah kami lebih istimewa kerana ikatan itu berubah menjadi persahabatan yang akan kekal hingga hujung nyawa.

“Pada Ogos lalu, kami bersepakat untuk menamatkan perkahwinan yang telah dibina sejak 10 tahun yang lalu diatas sebab yang kami percaya adalah yang terbaik,” tulisnya.

Perkhabaran itu dimaklumkan sendiri oleh Jovian menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

“Kami Percaya Perancangan Allah,”- Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Umum Cerai

Katanya lagi, dia dan bekas isteri akan berusaha untuk memberikan kasih sayang yang terbaik buat anak mereka meskipun selepas bercerai

IKLAN

“Kami melihat sebagai kawan dan ibu bapa kepada Jeanelle, kami berkongsi rasa cinta yang agak berbeza dimana kami perlu menghargainya. Memastikan Jeanelle gembira adalah keutamaan kami.

“Setakat ini, kami telah melakukan usaha tersebut dengan sangat baik. Alhamdulillah, rasa sayang kami terhadap kedua-dua belah ibu bapa dan keluarga tidak akan pernah berubah.

“Kami percaya dengan perancangan Allah. Dia sebaik-baik perancang,” ujarnya lagi.

“Kami Percaya Perancangan Allah,”- Jovian Mandagie & Nina Ismail Sabri Umum Cerai

Dalam pada itu, pereka fesyen asal Indonesia ini turut memaklumkan hubungannya bersama Nina kini berada dalam keadaan baik dan tidak mungkin mereka akan membenci diantara satu sama lain.

IKLAN

“Semalam, kami mengadakan sesi siaran langsung bersama di Tik Tok dan kami sangat tersentuh membaca komen-komen baik kalian. Jadi, kami merasakan ia sangat penting untuk kami berkongsi perkara ini kepada anda semua.

“Walaupun berita ini mungkin tidak dijangka, percayalah kami berdua berada dalam keadaan yang baik.

“Apa sahaja perkara yang anda lihat di sosial media kami sejak empat bulan lalu, ia adalah nyata. Tidak mungkin kami membenci antara satu sama lain selepas berkongsi hidup lebih sedekad,” katanya lagi.

Pada masa sama, Jovian turut merakamkan ucapan penghargaan buat semua pihak yang telah mendoakan yang terbaik buat keluarganya.

IKLAN

“Terima kasih diatas doa dan sokongan yang anda berikan memandangkan kami bakal melalui fasa hidup yang baharu.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong kami. Kami sangat hargainya,” akhirinya.

Sekadar informasi, Jovian dan Nina yang juga merupakan anak kepada bekas Perdana Menteri ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mendirikan rumah tangga pada Disember 2013.

Hasil perkahwinan tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Jeanelle yang kini berusia 7 tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Jovian Mandagie

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI