Selebriti popular, Noor Neelofa berbesar hati apabila dipilih sebagai wajah wakilan bagi jenama Hamilton by Yoop, sekaligus menggambarkan bahawa penampilannya yang berniqab bukan satu halangan untuk bekerjasama dengan jenama dan produk keluaran antarabangsa.

Neelofa, 34, berkata persepsinya terhadap pelantikan individu sebagai duta mulai berubah, memandangkan dia masih lagi dilamar untuk mewakili sesebuah jenama meski sudah mengenakan niqab sejak hampir tiga tahun lalu.

“Ketika mula memakai niqab pada tahun 2020, ada jenama besar yang masih menjalin kolaborasi dengan saya. Terdetik dalam hati, ada lagi rezeki untuk saya berkerjasama dengan mereka.

“Lalu lama kelamaan saya sedar, menjadi wajah atau wakil sesuatu jenama bukanlah kerana penampilan semata-mata.

“Sebaliknya penilaian mungkin dilakukan melalui bagaimana cara kita membawa jenama tersebut untuk diperkenalkan kepada orang ramai misalnya personaliti, karakter, vibes, persona dan aura. Saya rasa semua itu diambil kira,” katanya.

Jenama Antarabangsa Hamilton Pilih Neelofa Sebagai Duta, Terus Murah Rezeki Meski Berniqab Jenama Antarabangsa Hamilton Pilih Neelofa Sebagai Duta, Terus Murah Rezeki Meski Berniqab Jenama Antarabangsa Hamilton Pilih Neelofa Sebagai Duta, Terus Murah Rezeki Meski Berniqab 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

IKLAN

Hos Next To Neelofa ini juga percaya rezeki dan terharu atas kepercayaan Hamilton yang percaya akan kredibilitinya untuk meneruskan kempen kempen ‘Enjoy Parenthood with Easy Everywhere’ mereka.

“Syukur, niqab bukan penghalang. Saya terkejut apabila jenama stroller dan kerusi kereta ternama kanak-kanak seperti Hamilton mahu menjalin kerjasama dengan saya.

“Biarpun saya sendiri tidak mewujudkan akaun media sosial untuk anak-anak, tetapi mereka tahu kekuatan untuk mempromosikan itu datang dari saya,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, pelantikan ibu kepada dua cahayamata itu dilihat sejajar dengan komitmen jenama tersebut terhadap perkembangan anak yang moden dan bebas tekanan.

“Semestinya saya teruja untuk berkongsi dengan ibu bapa di luar sana bagaimana produk berkualiti mampu menjadikan kehidupan seorang ibu bekerja seperti saya lebih mudah diurus dan perjalanan ini lebih menarik dan indah.

“Saya bersyukur atas kepercayaan yang diberikan dan berharap agar yang terjalin ini mampu memberikan kejayaan dan impak positif,” katanya lagi.

Neelofa mendirikan rumah tangga dengan pendakwah bebas, Haris Ismail (PU Riz) pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI