Pengarah Urusan Kembara Sufi Sdn. Bhd, Ustaz Muhammad Al-Fadzil Hidzir yang turut memiliki rumah produksi mengambil berat terhadap kandungan setiap naskhah yang diterbitkan pihaknya bagi menjaga sensitiviti demi menjaga imej baik syarikat syarikat.

Menurut Ustaz Al-Fadzil, ketelitian yang dilakukan termasuk daripada segi penghasilan skrip selain menjaga babak-babak tertentu bagi mengelakkan salah faham penonton sejurus ia ditayangkan di kaca TV.

“Bagi saya penjagaan terhadap pembikinan skrip memang amat penting, lebih-lebih lagi bila melakukan penggambaran di Tanah Suci. Ada adab tertentu yang perlu kita jaga. Bukan sekadar di Tanah Suci semata-mata, tetapi di negara sendiri juga.

“Sebab sesebuah karya yang dihasilkan akan ditonton oleh ramai orang. Mereka yang menonton televisyen bukan sahaja golongan dewasa yang reti tapis apa yang baik dan sebaliknya, tetapi juga kanak-kanak.

“Misalnya apa yang dikatakan itu tidak ditapis, dengan kata-kata yang tidak baik ia boleh menjadi satu pembelajaran dan mungkin akan timbul masalah. Jadi bagi sayalah, skrip yang hendak dikeluarkan itu perlu dijaga dan ditapis.

“Termasuk adegan juga perlu dijaga sensitivitinya. Saya juga ada berbincang dengan produksi kalau boleh adegan yang keterlaluan tak ada pun tidak mengapa. Ada pelbagai cara yang boleh kita adaptasikan untuk jadikan ia lebih baik,” katanya.

IKLAN

Ustaz Fadzil berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Kembara Sufi Travel & Tours Sdn. Bhd di Shah Alam, pada Ahad.

“Yang Tonton TV Bukan Saja Golongan Dewasa Yang Reti ‘Tapis’, Tetapi Juga Kanak-Kanak,” – Ustaz Al-Fadzil Peka Soal Skrip & Babak Tertentu “Yang Tonton TV Bukan Saja Golongan Dewasa Yang Reti ‘Tapis’, Tetapi Juga Kanak-Kanak,” – Ustaz Al-Fadzil Peka Soal Skrip & Babak Tertentu

IKLAN

Berkongsi lanjut mengenai perkembangan syarikat berkenaan selepas 10 tahun menyediakan pelbagai servis kemudahan kepada pelanggan, Ustaz Fadzil terharu atas sokongan semua pihak sejak mula ia ditubuhkan.

“Kita bermula sebagai peneraju pakej pelancongan dengan kadar yang berpatutan dan alhamdulillah kita menjadi syarikat yang paling banyak bawa kumpulan pelancong kita ke luar negara.

“Kemudian kita kembangkan kepada pelbagai cabang bisnes yang ada potensi, misalnya menghasilkan produk kesihatan, perkilangan, produksi televisyen, cawangan bekam, hartanah dan sebagainya.

IKLAN

“Tidak dinafikan, ketika dalam fasa pandemik Covid-19, bisnes kecil inilah yang membantu dan menyokong meneruskan survival Kembara Sufi. Malah sekarang kita pun ada tawarkan perkhidmatan kepada mana-mana pihak yang mahu mengeluarkan produk sendiri,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pihaknya turut menawarkan pelbagai tawaran menarik bersempena dengan sedekad penubuhan Kembara Sufi dan ia boleh dirujuk menerusi platform media sosial mereka.

Rumah produksi Kembara Sufi cukup aktif di dalam menerbitkan nakshah drama tempatan, program travelog selain ada merancang untuk menghasilkan sebuah filem berbentuk kerohanian selepas ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI