2022 dan 2023 merupakan tahun yang agak cemerlang buat penyanyi Jaclyn Victor.
Masakan tidak, masih segar dengan kemenangan di Gegar Vaganza musim ke-9, kini beliau dinobatkan pula selaku juara All Star Gegar Vaganza.
Menerusi dua pertandingan ini, Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor berjaya mengumpul wang kemenangan sebanyak RM310,000.
Ditanya mengenai perancangannya dengan wang tersebut, penyanyi lagu Gemilang ini memaklumkan duit berkenaan akan dimanfaatkan buat masa hadapan anak-anaknya.
“Sama seperti di GV9, saya akan masukkan duit kemenangan ini ke akaun anak-anak saya. Saya tak belanja langsung duit kemenangan yang lepas. Semuanya ke akaun mereka.
“Sebagai penyanyi, kadang kala kehidupan kita kais pagi, makan pagi. Kita tiada pendapatan tetap setiap bulan. Anak-anak saya masih muda. Jadi, saya kena buat persediaan awal.
“Kita semua tahu betapa kerasnya kita bekerja selama 12 minggu ini. Saya sudah berjanji kepada diri sendiri dan tanpa berfikir panjang, ini semua buat mereka,” katanya kepada MH.
Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac berkata sedemikian selepas selesai pentas akhir ASGV yang berlangsung di Axiata Arena pada Ahad.
Mengulas mengenai kemenangannya di ASGV, Jac mendedahkan dia sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi untuk bergelar juara.
Katanya lagi, fokusnya pada pentas akhir ini hanya untuk memberikan persembahan yang terbaik.
“Semua orang tahu saya ini mudah stres. Bila stres, ia jelas terlihat pada wajah saya. Jadi, lebih baik saya tidak meletakkan sebarang sasaran terutamanya untuk mendapat nombor satu.
“Saya hanya nak buat persembahan yang terbaik. Kita juga sudah tukar ke vanue, pentas pula lebih besar, ditonton ramai orang dan diiringi orkestra.
“Makna lagu When You Believe ini juga sangat mendalam dan dekat dengan situasi saya ketika ini,” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Jac turut mendedahkan lagu yang dipersembahkan sewaktu tugasan solo sebenar telah diubah daripada perancangan asal.
“Sebenarnya, lagu yang betul-betul saya mahukan adalah I Believe I Can Fly. Pada mulanya, semua dah okay dengan pemilihan lagu tersebut.
“Namu, pihak GV minta saya tukar kerana saya pernah menyanyikan lagu tersebut di sebuah program realiti nyanyian yang lain tapi bukanlah bertanding.
“Disebab ia program itu besar, mereka sarankan saya untuk ubah. Lagipun, saya juga mahu mencabar diri. Salah satu matlamat utuma program ini adalah kemampuan kita untuk berfikir di luar kotak,” akhirinya.
Terdahulu, Jac berjaya menewaskan tujuh peserta la di pentas akhir ASGV sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM200,000, pakej percutian dan penginapan beserta trofi emas.
Jac berjaya mengungguli kedudukan pemenang selepas meraih markah tertinggi iaitu 80.10 peratus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza atau sinonim dengan panggilan Tok Ti ada berkongsi momen membeli-belah di pasaraya Sogo.
Penyanyi Anta Permana yang dirakam sedang isi masa di pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur itu dikongsikan menerusi saluran YouTubenya, Siti Official Video September lalu.
“Jangan ingat saya tak pergi SOGO tau. SOGO tu masa saya datang ke Kuala Lumpur sebelum bergelar artis lagi.
“Saya lepak depan SOGO sampai ia tutup. Punyalah kan…Orang kampung tak pernah jumpa mall yang besar macam tu,” seloroh Siti pada awal video.
Turut sama mengikuti sesi luang masanya ialah pengurus, Rozi Razak.
Lantas, perkongsian penyanyi yang turut sinonim dengan lagu Jerat Percintaan ini menjadi perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut memuji Tok Ti yang sentiasa bersikap rendah diri dan bersederhana.
Sehingga kini, video berkenaan sudah pun ditonton hampir 200,000 kali di YouTube.
Video: YouTube Channel Siti Nurhaliza Official
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon yang juga isteri kepada Datuk Fizz Fairuz, Datin Almy Nadia ada berkongsi cerita menerusi akaun Instagram mengenai bahtera rumah tangga yang dibina.
Ibu kepada tiga orang cahaya mata ini antara lain berkongsi kisah mengenai suatu majlis yang dianjurkan mereka baru-baru ini.
“Sj nak share tau..lama dah kami tak buat event, tapi smlm keja gila kami buat..kalam kelibut dibuatnya penangan en suami, dgn kami tak ada suaranya, hahaha.
“Macam lawak mcm kelakar mcm nak marah, tapi hakikat ending lega happy,” tulisnya.
Merakam rasa syukur, Almy turut memaklumkan akan kegigihan mereka meski terpaksa memikul tugas harian sebagai ibu bapa.
“syukur alhamdulillah dan buat pengetahuan semua, kami bekerja suami isteri tak susah tak senang entah mcm mana nak terangkan pun tak tau.
“Dengan anak2 lagi.. hahahah tanpa maid ok.. lega anak2 pun memahami keadaan mama n papa diaorg.
“Pergi mana sj kami akan usung anak2, jadi bila melibatkan yg tak boleh bawa anak kami kena beralah utk jaga anak2 kami, biaq en suami kami yg p buat keja.
“Kami tulang belakang dia, kami ja tau mcm mana dia susah, mcm mana dia senang.. kami akan tolong en suami wlpn apa pun jadi,” maklum Almy panjang lebar.
Hujung minggu lalu telah berlansungnya sebuah konsert yang menghimpunkan ramai artis tanah air anjuran sebuah stesen radio tempatan.
Bagaimanapun, konsert tersebut telah dicemari dengan insiden tidak diingini apabila ada penonton yang bertindak melemparkan objek keras ketika kumpulan rock popular, Hujan sedang asyik membuat persembahan.
Insiden tersebut ternyata telah mengundang rasa marah vokalisnya, Noh Salleh.
Video penuh persembahan Hujan itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna You Tube.
“Siapa yang bodoh sangat campak barang daripada bawah sampai atas ni?”
“Kau nak kena pukul ke apa,” kata Noh Salleh geram.
Tidak lama kemudian, keadaan kembali tenang sejurus selepas Hujan menyambung semula persembahan mereka.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan kelakuan penonton tersebut.
Pada pendapat MH, Noh Salleh memang berhak berasa marah kerana perkara tersebut boleh mengundang kecelakaan bukan sahaja kepada dirinya malah kepada anggota kumpulannya yang lain.
Buat penonton, berhibur itu tidak salah, tetapi jagalah etika dan kelakuan anda ketika menghadiri konsert.
Sumber: Youtube Malia Mira
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas hampir 12 tahun mencuba nasib menyertai pelbagai program nyanyian, penyanyi Farhan Mustapha memanjatkan rasa syukur selepas dinobatkan sebagai juara Gimme The Mic Malaysia 2024.