Pelakon, Nad Zainal akui kerap menerima peringatan daripada orang-orang di sekelilingnya agar berhati-hati saat pertama kali berkerjasama dengan aktor, Ungku Ismail sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Bagaimanapun, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin bersyukur kerana hubungan mereka kekal sehingga hari ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nad Zainal Nadi Kesuma (@nad.zainal)

“Assalamualaikum Ungku Ismail. ‘Goodluck Nad kerja dengan Ungku tu’. Kata-kata orang bila nak start kerja dengan dia.

“Tapi alhamdulillah. Dari panggilan Ungku, berganti kepada ‘you’, tukar kepada sayang dan kini jadi Abah,” tulisnya.

Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Cina Buta itu di laman Instagram bersempena hari lahir Ungku Ismail yang ke-38.

“Goodluck Kerja Dengan Ungku Tu…,” – Nad Zainal Titip Ucapan Birthday Buat Suami, Teringat Kata-Kata Orang Sebelum Kenal “Goodluck Kerja Dengan Ungku Tu…,” – Nad Zainal Titip Ucapan Birthday Buat Suami, Teringat Kata-Kata Orang Sebelum Kenal

IKLAN

Tambah Nad, dia amat menghargai setiap waktu-waktunya bersama Ungku Ismail sejak awal perkenalan mereka.

“Selamat hari lahir Abah Puteh. Semoga lebih banyak memori kita bersama. Semoga apa yang diimpikan tercapai.

“Dari gambar-gambar ini dari hari pertama kenal awak sampailah gambar terakhir yakni pagi ini, rasa sayang dan hormat makin bertambah seiring hari yang kita lalui.

“Sudah 38 tahun dah awak. Semoga keluarga kecil ini dapat memberi keceriaan dan ketenangan buat you sampai bila-bila. I love you,” kongsinya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan semoga Nad dan Ungku Ismail kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

IKLAN

“Happy birthday Ungku Ismail. Saya doakan semoga Nad dan suami sentiasa gembira dan bahagia hingga ke syurga.

“Selamat ulang tahun Ismail. Semoga sentiasa diberkati Allah.

“Minat sangat dengan beliau dan lakonan beliau. Dulu-dulu selalu terfikir siapakah insan bertuah menjadi isterinya. Ketentuan Allah siapa yang tahu. Nad rupanya jodoh itu. Semoga berbahagia hingga ke jannah. Bahagia selalu,” antara komen-komen netizen.

“Goodluck Kerja Dengan Ungku Tu…,” – Nad Zainal Titip Ucapan Birthday Buat Suami, Teringat Kata-Kata Orang Sebelum Kenal

IKLAN

Sekadar informasi, Nad dan Ungku Ismail telah mendirikan rumah tangga pada tanggal 23 Januari 2023.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang hanya dikenali dengan panggilan Puteh pada 10 Oktober lalu.

Nad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 sebelum bercerai pada September 2022.

Hasil perkongsian hidup bersama Muhammad Faliq, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim dan Budi Kalsom.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Nad Zainal

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI