Ads

Aisha Retno Cedera Kaki Kanan, Yakin Sempat Pulih Sebelum Teater Puteri Gunung Ledang – “Mungkin Orang Lihat Keadaan Saya Agak Membimbangkan Kerana….”

Penyanyi Aisha Retno mendedahkan dirinya mengalami kecederaan pada kaki kanan selepas terjatuh di rumah beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Aisha yakin mampu pulih sepenuhnya sebelum menjayakan pementasan teater Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLM) tidak lama lagi.

Aisha Retno Cedera Kaki Kanan, Yakin Sempat Pulih Sebelum Teater Puteri Gunung Ledang - “Mungkin Orang Lihat Keadaan Saya Agak Membimbangkan Kerana….”

Aisha Retno Cedera Kaki Kanan, Yakin Sempat Pulih Sebelum Teater Puteri Gunung Ledang - “Mungkin Orang Lihat Keadaan Saya Agak Membimbangkan Kerana….”

“Kecederaan kaki saya sebenarnya tidaklah terlalu serius.

“Mungkin orang melihat keadaan saya agak membimbangkan kerana cara saya berjalan yang sedikit perlahan.

“Saya hanya terjatuh di rumah beberapa hari lalu. Mungkin disebabkan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk berehat dan pulih, keadaan kaki saya menjadi sedikit teruk.

“Bagaimanapun, setakat ini keadaan saya masih baik dan berada dalam jagaan yang baik.

“Saya mempunyai ibu, keluarga serta orang sekeliling yang sangat mengambil berat tentang keadaan saya,” katanya kepada MH.

Ads

Aisha berkata demikian ketika ditemui pada Anugerah Melodi Terhangat 2026 (AMT 2026) yang berlangsung di Selangor International Trade Centre (SITC), Shah Alam, baru-baru ini.

Kaki Masih Sakit Ketika Latihan, Yakin Sempat Pulih Sebelum PGLM

Dalam pada itu, penyanyi lagu Tidak Adil itu memaklumkan dia hanya mula menyedari kesan kecederaan berkenaan ketika menjalani latihan selepas insiden terjatuh di rumah.

Malah, Aisha berharap kecederaan tersebut dapat pulih sepenuhnya memandangkan dia masih mempunyai tempoh kira-kira dua minggu sebelum pementasan berlangsung.

Aisha Retno Cedera Kaki Kanan, Yakin Sempat Pulih Sebelum Teater Puteri Gunung Ledang - “Mungkin Orang Lihat Keadaan Saya Agak Membimbangkan Kerana….”

Aisha Retno Cedera Kaki Kanan, Yakin Sempat Pulih Sebelum Teater Puteri Gunung Ledang - “Mungkin Orang Lihat Keadaan Saya Agak Membimbangkan Kerana….”

Ads

“Saya bukan terjatuh ketika menjalani latihan teater, sebaliknya kejadian itu berlaku di rumah beberapa hari lalu.

“Saya cuma mula menyedari keadaan kaki saya ketika menjalani latihan.

“Setakat ini, untuk pementasan PGLM jika dipermudahkan segala urusan, saya masih mempunyai masa sekitar dua minggu lagi untuk saya menjalani proses pemulihan.

“Insya-Allah sempat, selepas menang anugerah ini saya semakin bertambah baik,” selorohnya.

Terkejut Raih Selebriti Viral Terhangat

Sementara itu, Aisha turut meluahkan rasa syukur dan terkejut apabila memenangi anugerah menerusi kategori Selebriti Viral Terhangat pada AMT 2026.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Aisha Retno Cedera Kaki Kanan, Yakin Sempat Pulih Sebelum Teater Puteri Gunung Ledang - “Mungkin Orang Lihat Keadaan Saya Agak Membimbangkan Kerana….”

Aisha Retno Cedera Kaki Kanan, Yakin Sempat Pulih Sebelum Teater Puteri Gunung Ledang - “Mungkin Orang Lihat Keadaan Saya Agak Membimbangkan Kerana….”

“Sebenarnya saya agak terkejut. Saya tertanya-tanya juga, apa sebenarnya yang saya lakukan sehingga tular dan layak menerima anugerah ini?

“Kalau di Threads, rasanya saya lebih banyak berkongsi konten lawak sahaja.

“Namun, saya sangat bersyukur atas rezeki ini. Insya-Allah, saya akan berusaha untuk menjadi lebih baik dan tidak sabar menghasilkan lebih banyak karya muzik selepas ini,” katanya lagi.

Terdahulu, Aisha meraih perhatian apabila dilihat berjalan perlahan dan menghadapi kesukaran menaiki tangga selepas diumumkan sebagai pemenang kategori Selebriti Viral Terhangat pada AMT 2026.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

Dari Afrika Selatan Ke Petaling Jaya, Out Of Africa Kekal Dengan...

Tak perlu terbang beribu kilometer ke Afrika Selatan untuk menikmati hidangan seperti Oxtail Potjie, Zebu Steak Pie atau Braai Boerewors. Di Petaling Jaya, ada sebuah restoran yang sudah sekian lama membawa cita rasa negara tersebut kepada pengunjung tempatan menerusi hidangan autentik dan suasana yang cukup santai.