Pelakon Korea Selatan yang mengecap populariti sebaik sahaja membintangi filem Parasite, Lee Sun-Kyun telah ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Seoul pada Rabu, 27 Disember 2023.
Disyaki meninggal dunia akibat bunuh diri, mayatnya ditemui bersama sisa briket arang.
Sebelum itu, aktor berusia 48 tahun ini telah dikatakan pada malam sebelumnya apabila gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan.
Menurut laporan media, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada isteri pelakon itu, Jeon Hye-Jin pada 10.12 pagi menyatakan bahawa Sun Kyun telah meninggalkan rumah selepas meninggalkan mesej yang kelihatan seperti nota bunuh diri.
Filem Parasite lakonannya mencipta sejarah apabila menjadi filem Korea Selatan pertama menang kategori utama Oscar.
Sebelum ini, Lee sedang dalam siasatan oleh pihak polis atas dakwaan menggunakan ganja disiasat oleh polis atas dakwaan menggunakan ganja dan serbuk yang dikatakan ketamin.
Walaupun begitu ujian ke atas dirinya telah disahkan negatif sebanyak dua kali.
Ads
Sun Kyun mendakwa bahawa dia telah diperdaya untuk mengambil dadah oleh seorang pelayan bar yang dilaporkan memberitahu polis bahawa pelakon itu telah mengambil bahan terlarang di rumahnya beberapa kali.
Peguam pelakon itu memberitahu media: “Jika dia bercakap benar, ujian dadah oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan sepatutnya kembali positif, tetapi ia negatif.”
Ads
Sun Kyun telah meminta badan penyiasat meletakkan dia dan pelayan tersebut melalui ujian pengesan pembohongan semalam (26 Dis).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah Penyanyi terkenal, Ariana Grande dan tunangnya, Dalton Gomez disahkan sudah berkahwin secara rahsia pada hujung minggu lalu.
Jurucakap Ariana seperti yang dilaporkan media antarabangsa menjelaskan, majlis perkahwinan berkenaan dihadiri kurang daripada 20 tetamu sahaja.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada sebarang perkongsian foto rasmi di majlis perkahwinan tersebut.
Terdahulu, hubungan rapat pasangan ini mula menjadi bualan pada Februari tahun lalu, selepas penyanyi lagu 7 Rings itu berpisah dengan bekas kekasihnya, Mikey Foster.
Mereka kemudiannya mengikat pertunangan pada Disember.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rapper dan usahawan, Caprice mengesahkan dirinya telah memberikan kenyataan di Ibu Pejabat Kontinjen, Selangor bagi membantu siasatan atas laporan fitnah melampau yang dibuat pendakwah bebas, Ebit Lew.
Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia dan pekerjanya telah memberikan keterangan kepada pihak polis selama enam jam.
“Saya berada di IPK selama enam jam. Mereka yang terlibat adalah staf saya dan Mondy. Kenyataan yang diberikan adalah berdasarkan program podcast yang viral baru-baru ini.
“Bahagian saya sudah selesai. Saya tidak mendapat apa-apa makluman lagi. Ketika ini, staf saya masih di IPK, Shah Alam untuk beri keterangan lanjut,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Takde Hal Bro itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk suplemen lelaki ThorX di ibu kota pada Rabu.
Dakwa Caprice lagi, dia mempunyai segala bukti kukuh berhubung pendedahan gangguan seksual yang dihadapi pempengaruh Indonesia, Mondy Tatto termasuk meminta wanita itu menandatangi perjanjian sebelum kongsikan podcast kendaliannya itu baru-baru ini.
“Kali ini pendekatan kami lebih bijak. Kita belajar daripada kesilapan isu Gaza yang lalu. Sebelum kita muat naik podcast pertama itu, kita sudah buat laporan polis.
Mondy sebagai mangsa juga buat laporan polis.
“Kita juga sudah menghantar Mondy ke pakar psikiatri dan meminta dia supaya menandatangani surat perjanjian,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Caprice turut manafikan segala isu melibatkan Mondy ini hanyalah rekaan semata-mata.
“Jika berfikir secara logik, kalau kita berduit dan nak mencari mangsa yang masyarakat boleh percaya, lagi mudah saya mencari mangsa yang bertudung dan kelihatan alim.
“Tapi Mondy merupakan wanita bertatu dan merupakan kasta paling rendah di Indonesia iaitu kumpulan punk.
“Buat apa saya nak siksa diri dan keluarga saya untuk bantu mereka yang berkasta rendah jika saya nak berbohong.
“Apa yang saya dapat? Kebaikkan untuk bisnes pun tiada. Masa bersama keluarga juga terbuang. Tiada keuntungan langsung,” tegasnya lagi.
Dalam pada itu, Caprice juga merasakan ketika ini bukan waktu yang terbaik untuk Mondy pulang ke Indonesia.
“Kalau ada kes di Malaysia dan mangsa balik ke Indonesia, agak-agak kes ini akan diteruskan atau tidak?
“Jadi, saya berharap agar netizen dapat cuba mendengar daripada pihak mangsa sepenuhnya sebelum mengecam. Bagi peluang mangsa untuk bela diri,” katanya lagi.
Malah, Caprice turut memaklumkan dia kini bertanggungjawab menjaga keselamatan Mondy sepanjang berada di Malaysia.
“Buat masa sekarang, saya menyediakan perlindungan 24 jam. Sebelah malam pula saya ada pengawal perempuan yang menjaga Mondy di Airbnb. Keselamatan dia adalah tanggungjawab saya.
“Kita juga sudah maklumkan kepada pihak kedutaan Indonesia mengenai kes Mondy ini juga,” akhirinya.
Kelmarin Ebit Lew tampil membuat laporan polis dengan mendakwa berlaku fitnah melampau terhadapnya.
Ebit Lew menerusi hantaran di Instagramnya memaklumkan laporan polis itu dibuat sebaik beliau tiba dari Jeddah, Arab Saudi kira-kira 12 tengah malam.
Laporan polis itu dipercayai dilakukan selepas tular di media sosial satu rakaman wawancara bersama seorang wanita dari negara jiran yang pernah mendapat pertolongannya.
Wanita itu mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual seorang pendakwah ketika kali pertama tiba di Malaysia, tahun ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pihak pengurusan Shila Amzah, Greyscale Australia memohon semua pihak agar menghormati ruang peribadi penyanyi tersebut lebih-lebih melibatkan isu peribadi dan hal dalaman keluarganya.
Menerusi kenyataan media yang dikongsikan Shila atau Norshahila Amir Amzah, 33, di laman Instagram milinya itu, pihak pengurusan diwakili Darren Kong berkata mereka menyedari spekulasi berkaitan keluarga Shila hangat diperkatakan ramai namun hal peribadi bukan berada di bawah bidang kuasa mereka.
“Memandangkan spekulasi itu tidak berkaitan dengan operasi komersial syarikat, kedudukan kami kekal neutral, kerana itu bukan dalam bidang kuasa kami untuk memberi ulasan.
“Sebagai pengurus Shila dan kenalan lamanya serta keluarga, saya berharap semua orang menghormati ruang peribadi mereka.
“Saya percaya sokongan yang paling membina perlu diberikan dengan memberi masa dan ruang untuk Shila sekeluarga mengharungi cabaran kehidupan.
“Kami di Greyscale Australia akan terus memberi sokongan terbaik kepadanya tanpa jemu selain mendoakan mereka terus kuat berdepan cabaran ini,” katanya menerusi kenyataan itu.
Dalam kenyataan sama, Darren turut menyifatkan Shila seorang ibu yang berhati waja selain mengutamakan kesejahteraan anak tunggalnya, Seth Uwais.
“Shila adalah seorang ibu yang kuat dan mahu menjadi contoh terbaik kepada anak lelakinya, Seth serta memastikan keseimbangan dan kualiti kerja.
“Pihak kami akan sentiasa memberikan sokongan padu dan berharap masalah yang melanda Shila serta keluarganya dapat diselesaikan,” katanya lagi selain menambah Shila kini mahu memberikan fokus sepenuhnya terhadap konsert jelajah dunia yang sudah dirancang sepanjang tahun ini.
Terdahulu, ibu kepada Shila dipercayai memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, penyanyi, Datuk ND Lala di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi.
Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan penyanyi itu sudah berkahwin dengan seorang wanita muda yang didakwa rakan sekolah Shila.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.