Tahniah diucapkan kepada bongsu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Norashman yang telah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Nikola Mulyadi.
Berita gembira itu dimaklumkan Norashman menerusi hantarannya di Instagram yang dikemas kininya pada Sabtu.
Menerusi foto yang dimuat naik, pasangan raja sehari itu terlihat segak dan anggun mengenakan persalinan sedondon putih di dalam sebuah kereta.
Ads
“Sealed the deal, Alhamdulillah! Here’s to a new chapter my dear,” tulisnya ringkas menerusi ruangan kapsyen disusuli dengan tanda pagar #nikah #wedding #justgotmarried.
Serentak dengan perkongsian yang kini sudah pun menerima hampir 10,000 tanda suka itu, ramai warganet termasuk figura dikenali di negara ini menitipkan ucapan tahniah buat pasangan.
Ads
Difahamkan Norashman dan Nikola sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Datin Alyah menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya menjalani pembedahan bariatrik demi melancarkan proses hamil melalui rawatan pensenyawaan in-vitro (IVF).
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Alyah Abu Hasan, dia melakukan prosedur tersebut demi kebaikkan kesihatan tubuh badannya.
“Saya buat bariatrik bukanlah kerana nak jalani IVF sebaliknya, disebabkan gastrik yang berpanjangan. Saya pernah cuba ubat kurus, diet dan bersenam. Saya dah ikhtiar cara-cara yang ada.
“Bila saya makan ubat kurus, saya masuk hospital sebab kurang air dalam badan. Bila bersenam, kaki saya selalu cedera sehingga terpaksa solat atas kerusi. Bila diet, saya kena gastrik sampai masuk hospital lagi
“Saya keluar masuk hospital tapi tak pernah bagitahu orang. Saya hidap gastrik dah lama.
“Sebagai penyanyi, kita aktif pada waktu malam. Kita bekerja dan makan. Jadi, kehidupan itu tak sihat untuk jangka masa panjang,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang Itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Kempen ‘Lose To Win’ baru-baru ini.
Jelas Alyah lagi, dia kini lebih matang dan percaya dengan perancangan Allah bila melibatkan soal zuriat.
“Sesiapa yang rapat dengan saya, mereka tahu yang saya ini sukar untuk mengawal kemarahan satu ketika dahulu. Kalau ada apa-apa isu, saya akan dedahkan kepada umum.
“Kemudian, saya banyak belajar daripada orang bijak pandai tentang agama. Bagaimana saya nak tolong diri untuk berhadapan ujian berat dalam hidup.
“Jadi, saya tahu segala berlaku adalah dengan kehendak Allah. Dahulu, saya terlalu stres bila orang tanya tentang anak.
“Saya ada 12 adik beradik. Kakak-kakak saya semua boleh mengandung. Perkara ini terlalu peribadi untuk saya. Hanya saya tahu perasaannya. Allah adalah sebaik-baik perancang,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Alyah menyifatkan setiap perkara yang berlaku di dalam hidupnya mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Soal anak ini, saya serahkan kepada Allah. Bila saya tahu hanya Allah yang ada jawapan, saya lebih lega tak rasa beban.
“Saya ada dengar ceramah agama. Dapat anak itu rezeki. Tak dapat anak pun rezeki. Bila fikir balik, memang betul pun. Abang saya sudah meninggal, saya ada anak sedara yang perlu dijaga.
“Kalau saya ada anak, susah nak bagi perhatian kepada mereka. Perancangan Allah sangat baik. Saya dan Tok Ram seronok je begini,” akhirinya.
Terdahulu, kempen ‘Lose To Win’ ini merupakan sebuah program anjuran
Persatuan Sukan, Rekrasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (Su.Re Sihat KL).
Menerusi kempen ini, Su.Re Sihat KL mahu mengumpul dana bagi membantu 20 individu berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani program pengurusan obesiti.
Malah, program ini turut merangkumi pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar saluran gastro usus atas dan bariatrik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, nama anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona kembali menjadi bualan hangat netizen susulan tular sebuah video yang memaparkan dirinya menari di aplikasi Tik Tok.
Video berkenaan mengundang rasa kurang senang segelintir pihak yang menyifatkan fesyen Leona di dalam video tersebut agak seksi dan terdedah.
Malah, mereka turut mengkritik fizikal Leona yang ketika ini kelihatan agak berisi.
Lantaran itu, Azhar tampil memberikan responnya berhubung isu viral melibatkan anaknya itu.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Azhar menasihati Leona untuk menjaga berat badannya agar terhindar daripada sebarang penyakit.
“Kepada anak perempuan saya, Leona, kalau kamu tak mahu dengar cakap daddy, setidaknya dengarlah cakap Jane Fonda.
“Kene slim, fit dan sihat. Bukannya ‘sihat walafiat’ okay,” tulisnya.
Katanya lagi, dia lebih risau mengenai diet anaknya itu berbanding isu pemakaiannya yang agak seksi.
“Pada saya, Leona hanya berkelakuan sedikit nakal. Nasiblah di saluran Youtube miliknya tak berseksi bagai ketika dalam bilik atau menunjukkan perkara yang lebih teruk daripada berpakaian seksi.
“Fesyen baju akan berubah. Saya lebih risau dia tidak menjaga diet. Saya, Kasih dan Rees kami bertiga jenis slim fit,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, tindakan tersebut mengundang kritikan daripada seorang individu yang meminta Azhar untuk menasihati anaknya itu untuk mencontohi selebriti Islam berbanding artis barat.
“Bagilah contoh macam Neelofa. Kitakan muslim,” komen individu tersebut.
Tidak melatah, Azhar sebaliknya menjelaskan dia mempunyai cara yang tersendiri untuk mendidik anak-anaknya itu.
“Nasihat fasal agama saya tak bagi secara terbuka. Saya ada cara sendiri untuk menangani setiap masalah atau perkara yang tak baik,” kata Azhar
Terdahulu, video tular yang memperlihatkan Leona sedang menari bersama kawan-kawannya telah pun meraih hampir 4.2 juta tontonan setakat ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Azhar Sulaiman & Kasih Iris Leona
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dia telah diijangkiti Covid-19 buat kali kedua, dan kini selesai menjalani kuarantin kendiri, baru-baru ini.
Risau sekiranya jangkitan berkenaan mengganggu peti suaranya lagi, Siti tidak menafikan simptom jangkitan kali kedua ini benar-benar mencabar dan menyakitkan berbanding jangkitan kali pertama yang dialaminya, hampir dua tahun lalu.
“Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya digunakan sebagai aset. Memang batuk berkahak adalah sesuatu yang sangat mengganggu.
“Berbeza dengan jangkitan Covid-19 kali pertama di mana tak ada demam dan tak sakit badan, kali ini, saya alami sakit badan yang sangat sakit, demam, dan kemudian panas-panas.
“Harap-harap, apa yang berlaku ini tak mengganggu peti suara saya,” katanya.
Penyanyi Anta Permana itu berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ukhwah & Apresiasi Serta Pelancaran Kempen Jihad Yayasan Nurjiwa di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Siti turut mengingatkan masyarakat supaya sentiasa berjaga-jaga memandangkan kes jangkitan baharu Covid-19 kembali meningkat.
“Dalam keadaan sekarang yang semakin meningkat semula, semua orang kena sentiasa berjaga-jaga. Kalau tak sihat, cepat-cepat buat pemeriksaan kesihatan.
“Saya pun bila dapat tahu dijangkiti, cepat-cepat ambil vitamin C dan antibiotik, seterusnya menghabiskan kuarantin selama beberapa hari,” katanya lagi.
Ditanya mengenai keadaan suaranya terkini, Siti bersyukur kerana kualiti suara makin ‘ringan’ dan boleh kembali menyanyikan lagu lamanya.
“Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ‘ringan’ sedikit.
“Kalau tidak, rasa ‘berat’, kasar selain nafas tak cukup. Jadi, ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ‘ringan’ seperti ini.
“Tiba-tiba, saya dijangkiti Covid-19 semula. Ini saya baru selesai kuarantin. Alhamdulillah, saya dah habis kuarantin dan harap-harap, tak ada apa-apa. Cuma tinggal batuk sahaja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dramatis Laila Nasir tidak dapat menyembunyikan rasa gembira dan terharu apabila selamat menerima menantu sulungnya pada 6 Jun lalu menerusi sebuah majlis tertutup yang...