Pelakon Amyza Aznan memaklumkan suaminya, Khairil Idzhar Md Nazir, 48, kini kritikal dan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ampang selepas mengalami sesak nafas.

Lapor Harian Metro, Amyza turut mendedahkan dia turut menandatangani surat kebenaran untuk suaminya menjalani dialisis selepas doktor mengesahkan buah pinggangnya tidak dapat berfungsi.

“Semalam suami saya ke klinik selepas mengalami kesukaran untuk bernafas, kemudian doktor terus memberikan bantuan pernafasan dan menghubungi talian kecemasan Hospital Ampang.

“Ketika dia ditempatkan di zon merah, bacaan tekanan darahnya agak tinggi, namun mula turun hingga ke paras normal. Tapi kira-kira jam 7 pagi tadi, hospital menghubungi memaklumkan suami saya terpaksa ditidurkan.

“Malah suami saya juga terpaksa menjalani dialisis selepas buah pinggangnya tidak dapat berfungsi dan saya baru saja menandatangani surat kebenaran itu hari ini kerana ada kemungkinan menyebabkan jantungnya terhenti.

IKLAN

“Jika saya tidak bersetuju untuk pilihan itu, kemungkinan akan mengakibatkan organ lain turut gagal berfungsi,” katanya pada Selasa.

Amyza juga memohon orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan suaminya dan pulih seperti sebelumnya.

“Dalam keadaan sekarang ini saya hanya mohon orang ramai untuk mendoakan suami saya cepat sembuh.

IKLAN

“Mungkin doa anda Allah makbulkan dan beri kesembuhan kepada suami saya yang sedang bertarung nyawa sekarang ini,” katanya lagi.

“Malah Dia Juga Terpaksa Menjalani Dialisis…,” – Suami Amyza Aznan Di ICU, Terpaksa Ditidurkan “Malah Dia Juga Terpaksa Menjalani Dialisis…,” – Suami Amyza Aznan Di ICU, Terpaksa Ditidurkan

Terdahulu, Amyza menerusi Insta Stories turut berkongsi mengenai ujian yang sedang dilalui.

IKLAN

Pada Disember 2017 lalu, Khairil Izhar pernah dimasukkan ke ICU di sebuah pusat perubatan kerana serangan jantung.

Amyza dan Khairil mendirikan rumah tangga pada 2003 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Adrian Adam serta Ayden Andika.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI