Pelakon terkenal, Puteri Sarah Liyana tidak dapat memahan sebak saat ditenangkan oleh usahawan dan aktor dari Indonesia, Andi Arsyil Rahman ketika satu sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun Kelepakkelempong, Puteri Sarah dilihat menangis selepas teruk dikecam netizen di ruangan komen.

Lantas, Andi meminta Puteri Sarah untuk memaafkan segelintir netizen tersebut.

“Kamu maafkan mereka dahulu. Maafkan semua yang menghina kamu. Itu jadi pahala buat kamu. Sudahlah maafkan sahaja mereka.

“Teruskan senyum,” katanya.

Disebabkan hal tersebut, Puteri Sarah kemudiannya menjadi semakin sebak lalu menitiskan air mata di bahu Andi.

IKLAN

“Sudahlah… Maafkan Sahaja,” – Beri Kata Semangat Saat Dikecam, Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi

Pada masa sama, Andi turut memohon jasa baik semua pihak untuk berhenti mengecam Puteri Sarah kerana kini dia sedang berusaha untuk mendalami ilmu bisnes.

“Jadi, teman-teman semua, terus tunjukkan sokongan yang baik buat Puteri Sarah. Dia mencari rezeki yang halal dan berusaha untuk hidupnya.

“Dia tidak meminta kepada orang atau melakukan perkara yang jahat. Dia tidak menjual diri atau buat perkara tidak baik. Dia berusaha mengembangkan lagi hidupnya.

IKLAN

“Dia kerja daripada pagi sampai malam. Padahal, dia baru sahaja jadi usahawan. Banyak hal yang masih belum difahami. Mungkin ada salahnya tapi tolong maafkan,” katanya.

Kata Andi lagi, Puteri Sarah sedang melakukan yang terbaik demi kehidupan dan anak-anaknya.

“Dia baru mengalami perjalanan hidup yang sangat sulit. Dia sedang berusaha untuk bangkit. Jadi, dengan rendah hati, tolong jangan hina dan buli Puteri Sarah. Kalian juga mesti tidak suka diperlakukan sebegitu.

IKLAN

“Dia berjuang untuk hidup dan anak-anaknya. Hidupnya sudah berat. Jangaj sulitkan lagi,” akhirinya.

“Sudahlah… Maafkan Sahaja,” – Beri Kata Semangat Saat Dikecam, Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi “Sudahlah… Maafkan Sahaja,” – Beri Kata Semangat Saat Dikecam, Puteri Sarah Menangis Di Bahu Andi

Terdahulu, kemesraan antara Puteri Sarah dan Andi bukan lagi rahsia dalam kalangan umum.

Namun, Puteri Sarah sebelum ini menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada sekadar teman baik.

Sumber & Kredit Foto/Video: Instagram Puteri Sarah Liyana, Andi Arsyil & Tik Tok Kelepakkelempung

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI