Pelakon Korea Selatan yang mengecap populariti sebaik sahaja membintangi filem Parasite, Lee Sun-Kyun telah ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di Seoul pada Rabu, 27 Disember 2023.
Disyaki meninggal dunia akibat bunuh diri, mayatnya ditemui bersama sisa briket arang.
Sebelum itu, aktor berusia 48 tahun ini telah dikatakan pada malam sebelumnya apabila gagal dihubungi oleh keluarga dan rakan-rakan.
Menurut laporan media, pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada isteri pelakon itu, Jeon Hye-Jin pada 10.12 pagi menyatakan bahawa Sun Kyun telah meninggalkan rumah selepas meninggalkan mesej yang kelihatan seperti nota bunuh diri.
Sebelum ini, Lee sedang dalam siasatan oleh pihak polis atas dakwaan menggunakan ganja disiasat oleh polis atas dakwaan menggunakan ganja dan serbuk yang dikatakan ketamin.
Walaupun begitu ujian ke atas dirinya telah disahkan negatif sebanyak dua kali.
Sun Kyun mendakwa bahawa dia telah diperdaya untuk mengambil dadah oleh seorang pelayan bar yang dilaporkan memberitahu polis bahawa pelakon itu telah mengambil bahan terlarang di rumahnya beberapa kali.
Peguam pelakon itu memberitahu media: “Jika dia bercakap benar, ujian dadah oleh Perkhidmatan Forensik Kebangsaan sepatutnya kembali positif, tetapi ia negatif.”
Sun Kyun telah meminta badan penyiasat meletakkan dia dan pelayan tersebut melalui ujian pengesan pembohongan semalam (26 Dis).
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sanggup mengambil risiko dengan meninggalkan perkerjaan yang menjamin kehidupan stabil, juara Hero Remaja 2023, Aiman Ameer menyifatkan pecapaian ini sebagai satu permulaan yang positif buat kerjayanya sebagai seorang anak seni.
Menurut Ameer, berkat sokongan ibunya, dia berjaya melangkah sehinga ke tahap ini.
“Selepas saya pergi ke temuduga sebagai pramugara, ibu saya persoalkan keputusan saya. Padahal saya ke temuduga itu bersama kembar tapi tidak pula dia bertanya sebegitu.
“Saya pun pelik. Kemudian, ibu kata, dia merasakan saya punyai masa depan yang cerah dalam industri seni. Jadi, sepanjang bekerja, saya asyik terngiang-ngiang kata-kata ibu saya itu.
“Akhirnya, saya hanya bekerja selama enam bulan. Bulan Febuari lalu saya nekad untuk berhenti dan sertai ujibakat Hero Dewi Remaja 2023
“Alhamdulillah, hari ini saya betul-betul dapat merasakan makna usaha tidak mengkhianati hasil,” katanya kepada MH.
Ameer berkata sedemikian ketika ditemui selepas selesai pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Katanya lagi, bergelar Juara Hero Remaja ini merupakan pencapaian terbesar di dalam hidupnya setakat ini.
“Sejujurnya bila diumumkan sebagai juara, saya jadi tak terkata. Saya rasa ramai lagi yang layak. Para finalis telah pun memberikan persaingan yang sengit.
“Ini perasaan terbaik yang pernah saya rasai dan kali pertama saya memenangi sesuatu yang besar di dalam hidup saya,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Ameer juga akui ramai yang mempersoalkan tengang fizikalnya yang dikatakan agak rendah untuk bergelar hero di dalam drama atau filem.
“Saya sudah kerap kali berhadapan dengan persepsi negatif tentang ketinggian saya. Satu ketika dahulu, sejujurnya mungkin saya akan terasa hati.
“Saya akan rasa rendah diri bila melihat orang-orang tinggi. Namun, kalau kita lihat balik, ramai pelakon-pelakon hebat yang tidak memiliki ketinggian ideal.
“Antaranya Tom Cruise, Jackie Chan, Shah Rukh Khan dan ramai lagi. Mereka ini juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Saya yakin dan tiada yang mustahil,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, Ameer kini lebih percaya diri dan akan melakukan yang terbaik untuk bergelar anak seni.
“Dulu memang ramai yang perkecilkan ketinggian saya tapi kini tak peduli lagi. Saya anggap semua orang ada kelebihan yang tersendiri.
“Mungkin mereka yang mempersendakan saya itu cemburu dengan kehidupan saya. Soal ketinggian saya ini tidak akan menghalang saya untuk mencapai cita-cita,” akhirinya.
Terdahulu, Ameer telah dinobatkan selaku juara sekaligus membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM10,000, trofi dan selempang.
Pada masa sama, peserta asal Johor ini juga telah dinobatkan selaku Hero Insprasi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi nasyid yang juga ahli perniagaan, Dr Idzu, melalui firma kejuruteraan tisunya, Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. (Cell Tissue) menyerahkan dua unit mesin 3D Bioprinter bernilai RM450,000 kepada Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Mencipta sejarah tersendiri, penyerahan mesin pencetak canggih LUMEN X Gen 3 dan Bio X Gen 3 ini bakal mencetus satu era baru dalam penyelidikan perubatan di Malaysia yang mana UKM menjadi universiti tempatan pertama yang dilengkapi kemudahan 3D bioprinting terkini.
Menurutnya, pemberian ini adalah sebagai menyokong visi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju utama dalam penyelidikan perubatan maju di rantau ini.
“Sebagai pelopor kejuruteraan tisu di dalam negara, saya merasakan amat pentingnya untuk penyelidik tempatan didedahkan dengan teknologi terkini supaya dapat memperkayakan penemuan dan penciptaan ilmu baharu yang bermanfaat kepada masyarakat.
“Saya berharap sumbangan hampir setengah juta ringgit ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh UKM melalui penemuan yang memberi impak tinggi yang bakal memberi manfaat kepada Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.
Dr. Idzu turut berharap agar kerjasama erat antara industri dan institusi pengajian tinggi dapat memastikan kedudukan Malaysia terus setanding atau malah mendahului negara lain di Asia dan dunia.
“Dengan penyerahan 3D Bioprinter ini, penyelidik UKM kini berpeluang untuk mengoptimumkan potensi peralatan berteknologi tinggi ini bagi membantu penyelidikan dan inovasi dalam bidang perubatan regenerative,” katanya.
Dalam pada itu, Dr. Idzu juga mengumumkan penawaran program Diploma in Regenerative Medicine hasil kerjasama Cell Tissue dengan American Board of Regenerative Medicine (ABRM) dan UKM melalui Pusat Kajian Kejuruteraan Tisu & Perubatan Regenaratif (CTERM) bermula tahun hadapan.
Biasiswa Dr. Idzu Baharin High Impact Innovation khusus untuk penyelidikan peringkat Ijazah Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (Phd) bertujuan melahirkan generasi penyelidik yang seterusnya dapat membawa nama Malaysia ke persada antarabangsa bakal ditawarkan kepada pelajar.
Turut hadir pada majlis penyerahan itu ialah Timbalan Dekan HEJIM Prof. Dr. Marina Mat Baki, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Siswazah Prof. Dr. Mohamad Nasir Shafiee, Ketua Jabatan CTERM Prof. Madya Dr. Mohd Fauzi Mh Busra, Pegawai Saintifik Utama CELLINK Dr. Itedele Namro dan Ketua CELLINK Asia Pasifik Ms. Tomoko Bylund.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.