Ads

Hafidz Roshdi & Athira Selamat Dirikan Masjid, Shuhada – “Allah Maha Baik, Saya Juga Gembira…”

Bekas isteri pelakon, Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menyatakan rasa gembira apabila hajat Hafidz untuk memperisterikan wanita pilihannya, Athira Yuhada tercapai.

Shuhada berkata, dia mendoakan kebahagiaan, sekali gus berjaya membuktikan apa yang didedahkan selama ini adalah benar.

“Itu hajat dia walau kami masih bergelar suami dan isteri. Ini jalan yang dia pilih, baguslah.

Ads

“Selamat maju jaya dalam hidup. Insya-Allah, Allah Maha Baik, saya juga gembira, sekurang-kurangnya Allah dah tunjukkan yang saya tidak berbohong mengenai perkara ini,” katanya.

Terdahulu teka-teki mengenai majlis pernikahan pelakon, Hafidz dengan Athira terjawab apabila dia mengumumkan berita gembira itu di Instagram.

Ads

Hafidz, 29, mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada, 29, pada 30 April 2016, namun mereka bercerai pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.

Ads

Hasil perkongsian hidup, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Anda mungkin berminat dengan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
∞
∞
Ads

Gosip Artis Lain

“Teruja Dapat Jumpa Orang Temerloh!” – Tomok Bakal Meriahkan Fiesta Tun...

Penyanyi Tomok, meluahkan rasa teruja apabila diberi peluang menghiburkan masyarakat Temerloh, menerusi Fiesta Tun Teja yang bakal berlangsung pada 6 hingga 8 November 2026...