
Pelakon yang kini aktif berniaga nasi ayam, Faye Kusairi mengakui dia mulai memperlahankan kerjaya lakonan selepas selamat bersalin anak ketiga Julai lalu.
Ia sekaligus menepis gosip yang kononnya dia membuka gerai nasi ayam susulan tiada tawaran dalam lakonan.
Menurut Faye, dia bersyukur kerana tawaran masih lagi ada namun ada yang terpaksa tolak secara baik atas kekangan pergerakan.
“Alhamdulillah, banyak tawaran yang saya terima sejak tahun lalu. Tetapi, saya terpaksa tolak beberapa ‘job’ kerana mengandung. Apatah lagi, ada watak memerlukan saya beraksi lasak.
“Ketika itu, saya masih bekerja ke Singapura dan Brunei sehingga usia kandungan mencecah enam bulan.
“Selepas itu, saya terus tolak semua tawaran sehinggalah selepas pantang,” katanya yang sinonim menerusi drawa 7 Hari Mencintaimu itu.
Mengulas mengenai gerai nasi ayam yang diusahakan, isteri kepada pengarah Azmi Hatta ini menjelaskan dia mendapat ilham daripada anak sulung yang menggemari menu tersebut.
“Kebetulan saya perhatikan di kawasan ini sudah bertahun-tahun tiada orang berniaga nasi ayam. Sebagai ibu, saya berpendapat jika buka perniagaan ini, ia akan memudahkan ibu lain.
“Lebih-lebih lagi ibu yang bekerja. Pada pendapat saya, nasi ayam adalah juadah mesra masyarakat.
“Saya bersyukur sejak dibuka tiga minggu lalu, perniagaan saya dapat sambutan sangat menggalakkan.
“Semuanya habis dijual setiap hari hingga serba salah apabila ada tempahan terpaksa ditolak,” katanya.
Dia pada masa sama percaya rezeki dan lebih senang untuk melihat sesuatu dari sudut yang positif.
“Biasalah orang lebih suka menilai dari sudut negatif terlebih dulu tanpa berfikir menerusi ruang lingkup yang lebih luas. Saya pula lebih suka mengambil setiap perkara dari sudut yang positif.
“Saya hanya ingin fokus kepada mensyukuri apa yang Allah sudah aturkan buat saya.
Anda mungkin berminat dengan
“Bukan mudah sebenarnya saya nak dapatkan ilham dan keberanian ini (berniaga).
“Ini pun saya doa banyak-banyak sebelum akhirnya buat keputusan untuk berniaga,” katanya lagi, lapor Harian Metro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

