Penyanyi, Datin Alyah menafikan dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dirinya menjalani pembedahan bariatrik demi melancarkan proses hamil melalui rawatan pensenyawaan in-vitro (IVF).
Menurut Alyah atau nama sebenarnya Alyah Abu Hasan, dia melakukan prosedur tersebut demi kebaikkan kesihatan tubuh badannya.
“Saya buat bariatrik bukanlah kerana nak jalani IVF sebaliknya, disebabkan gastrik yang berpanjangan. Saya pernah cuba ubat kurus, diet dan bersenam. Saya dah ikhtiar cara-cara yang ada.
“Bila saya makan ubat kurus, saya masuk hospital sebab kurang air dalam badan. Bila bersenam, kaki saya selalu cedera sehingga terpaksa solat atas kerusi. Bila diet, saya kena gastrik sampai masuk hospital lagi
“Saya keluar masuk hospital tapi tak pernah bagitahu orang. Saya hidap gastrik dah lama.
“Sebagai penyanyi, kita aktif pada waktu malam. Kita bekerja dan makan. Jadi, kehidupan itu tak sihat untuk jangka masa panjang,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Tak Mungkin Kerana Sayang Itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis perlancaran Kempen ‘Lose To Win’ baru-baru ini.
Ads
Jelas Alyah lagi, dia kini lebih matang dan percaya dengan perancangan Allah bila melibatkan soal zuriat.
“Sesiapa yang rapat dengan saya, mereka tahu yang saya ini sukar untuk mengawal kemarahan satu ketika dahulu. Kalau ada apa-apa isu, saya akan dedahkan kepada umum.
“Kemudian, saya banyak belajar daripada orang bijak pandai tentang agama. Bagaimana saya nak tolong diri untuk berhadapan ujian berat dalam hidup.
“Jadi, saya tahu segala berlaku adalah dengan kehendak Allah. Dahulu, saya terlalu stres bila orang tanya tentang anak.
Ads
“Saya ada 12 adik beradik. Kakak-kakak saya semua boleh mengandung. Perkara ini terlalu peribadi untuk saya. Hanya saya tahu perasaannya. Allah adalah sebaik-baik perancang,” jelasnya lagi.
Pada masa sama, Alyah menyifatkan setiap perkara yang berlaku di dalam hidupnya mempunyai hikmah yang tersendiri.
“Soal anak ini, saya serahkan kepada Allah. Bila saya tahu hanya Allah yang ada jawapan, saya lebih lega tak rasa beban.
“Saya ada dengar ceramah agama. Dapat anak itu rezeki. Tak dapat anak pun rezeki. Bila fikir balik, memang betul pun. Abang saya sudah meninggal, saya ada anak sedara yang perlu dijaga.
Ads
“Kalau saya ada anak, susah nak bagi perhatian kepada mereka. Perancangan Allah sangat baik. Saya dan Tok Ram seronok je begini,” akhirinya.
Terdahulu, kempen ‘Lose To Win’ ini merupakan sebuah program anjuran
Persatuan Sukan, Rekrasi dan Kesihatan Kuala Lumpur (Su.Re Sihat KL).
Menerusi kempen ini, Su.Re Sihat KL mahu mengumpul dana bagi membantu 20 individu berpendapatan rendah (B40) untuk menjalani program pengurusan obesiti.
Malah, program ini turut merangkumi pembedahan yang akan dilaksanakan oleh doktor pakar saluran gastro usus atas dan bariatrik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan ahli perniagaan, Syifa Mevlim tampil iklas membantu seorang gadis orang kurang upaya (OKU) untuk mendengar buat kali pertama selepas 20 tahun.
Gadis istimewa yang dikenali sebagai Nabila itu merupakan salah seorang stokis perniagaan kendalian Syifa dan adik beradiknya iaitu Kekasih by The Melvins.
Momen dan sesi tersebut dikongsikan pemilik nama lengkap Nur Syifa Athirah Amirol Melvin ini menerusi Instagram, baru-baru ini. Turut sama kelihatan ialah kakaknya, Syafiqa Melvin.
Dalam perkongsiannnya itu, bintang berusia 26 tahun tersebut menjelaskan, mereka chba membantu Nabila agar dalam menjalani hidup yang berkualiti.
“Kalau sifat Maani kita ada 7, dia ada 5 ja.. Tapi dia cemburu dengan kita yang boleh dengar dan bercakap Tapi sebenarnya kita yg patut cemburu dengan dia sebab xperlu dengar benda yg tak elok dan cakap benda yg sia2.
“Harini kami berjaya bawak Nabila pergi buat alat pendengaran yg in sha allah boleh membantu dia utk dapat hidup yg berkualiti,” tulisnya.
Pada masa sama, Syifa turut menjelaskan perasaan Nabila sebaik boleh mendengar dan turut mendedahkan kejayaan gadis itu dalam perniagaan yang diusahakannya sebagai stokis.
“Sebak teriak tadi bila dia pakai hearing aid tadi, panggil nama dia terus dia respond Allahuuu. Nabila anak istimewa betul.
“Walaupun pendengaran dan xboleh bercakap, tapi dia setia bersama kekasih dari January dan Total restock terkumpul RM35K.
“Apa alasan kita yg sempurna ni? Tak pernah meminta minta tapi guna segala yg diberi Allah swt utk bantu keluarga,MashaAllah Sayang @kekasih_nabila,” tulisnya lagi.
Sementara itu menerusi satu rakaman video yang dimuat naik, Syifa turut memberitahu adalah menjadi keazaman mereka untuk terus membantu mereka yang memerlukan menerusi Kekasih.
“Memang kami ber4 berazam wujudnya Kekasih ni niat kami adalah utk bantu mereka yg memerlukan. Bukan ini dari kami, tapi hadiah ni daripada Allah swt kami hanya perantaraan sahaja.
“Terima Kasih yang selalu support business kami,Terima Kasih pelanggan setia hampa juga menyumbang kepada pemberian hadiah istimewa ini.
“Jadilah manusia yg selalu memberi manfaat walaupun diherdik dihina tetapi takde yang lebih manis bila kita mengetahui bahawa itu juga hadiah dari Allah swt, hadiah xsemestinya dibalut rapi dan cantik ,ia juga di selitkan hikmah yg sgt besar.
“Semoga hampa semua diberi peluang utk membantu, percayalah takkan miskin harta bila memberi, credit video @khairul_ikhwan96,” titip Syifa lagi.
Sementara itu, Nabila menerusi satu posting di Instagram miliknya juga turut menzahirkan rasa terima kasih dan terahu atas bantuan yang diberikan pasangan adik-beradik berkenaan.
Foto: Instagram Syifa Melvin, Nabila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Remy Ishak ada memberikan pendapatnya mengenai isu melibatkan pendakwah bebas baru-baru ini.
Menurut Remy, segala yang berlaku pasti ada hikmahnya jika kita lihat dari sudut pandang positif.
jangan sedih2 ostad.. dari sudut pandang positif saya, takde siapa2 yg iri hati dgn ostad. Allah dah utuskan sesuatu utk ostad berehat. Now turn kami pula untuk sambung kebaikan yg ostad selalu kongsi. In shaa Allah.
Penyanyi dan pelakon, Cik B tetap dengan pendirian berhubung rancangan perkahwinan ibunya, Datuk Seri Vida bersama usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli.
Menurut Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamilleen, 16, dia punya alasan tersendiri mengapa berbuat demikian.
Perkara tersebut dijelaskan Cik B selepas ditanya menerusi Ask Me Question di Instagram, pada Jumaat.
“Cik b tk ksiankn mama, mama jga smua org, tpi tkde yg jaga mama, mama tu sunyi tpi dia diam,” soalan yang ajukan kepada Cik B.
“Saya boleh je spill the tea kenapa saya taknak mama kawin. But kalau saya ckp, boleh jatuhkan semua org termasuk mama so better saya diam. Cukup org tahu saya tetap dgn pendirian saya, tu je,” jawabnya.
Terdahulu, media sebelum ini melaporkan faktor perbezaan usia antara ibu dan bekas pembantu peribadinya itu menjadi persoalan sekiranya ibunya benar-benar berhasrat untuk berkahwin lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!