Hubungan cinta pelantun lagu My All ini bukanlah satu rahsia kepada umum. Namun baru-baru ini Mariah Carey dan Bryan Tanaka dilaporkan telah berpisah setelah lebih tujuh tahun bercinta.

Spekulasi perpisahan mereka tercetus apabila Bryan, 40, dilihat tidak muncul di siri jelajah Merry Christmas One and All yang bermula November lalu.

Kebiasaannya Bryan yang merupakan seorang penari profesional merupakan wajah tetap mengiringi persembahan kekasihnya itu.

Dengan ketiadaan Bryan pada siri konsert ini menandakan kali pertama dia tidak mengiringi Mariah sejak mula bercinta pada tahun 2016.

Menurut sumber yang berkongsi perkara ini kepada media antarabangsa, People, penyanyi dan pelakon popular berusia 54 tahun itu juga sedang meraikan percutian di Aspen tanpa kehadiran Bryan.

IKLAN

Setelah 7 Tahun Bercinta, Mariah Carey Akhirnya Berpisah Dengan Kekasih?

BACA JUGA: Selepas Hantar Ke Pusat Jagaan Orang Tua, Mariah Carey Jual Rumah Ibunya Kerana Sudah Lama Terbiar

Pasangan itu kali terakhir dilihat bersama pada Mac lalu semasa meraikan hari lahir Mariah. Ketika itu Bryan memuat naik foto mereka bersama ke Instagram dengan kapsyen yang penuh cinta.

IKLAN

“Ini antara gambar kegemaran saya. Selamanya. Selamat ulang tahun ratuku yang cantik,” tulis Bryan.

Imbas kembali, kedua mereka pertama kali bertemu pada tahun 2006 apabila Bryan berkolaborasi dengan Mariah dalam siri jelajah Adventures of Mimi.

IKLAN

Ketika itu Mariah masih lagi dalam fasa berkenalan dengan bekas suaminya, Nick Cannon sebelum melangsungkan perkahwinan pada 2008.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI