Penyanyi senior, Datuk Zainalabidin akui sudah mula menjalani rawatan botox bagi memastikan keadaan kulitnya sentiasa tegang dan sihat.

Menurut Zainal, penampilan merupakan aspek dan aset yang penting sebagai seorang penghibur.

“Kedutan Makin Jelas, Leher Macam Ayam Belanda,” – Zainalabidin Tak Malu Mengaku Guna Botox, Jaga Penampilan

“Saya merupakan seorang penghibur. Sudah menjadi kewajiban hidup saya untuk berhadapan dengan orang ramai. Malah, wajah saya kerap dipertonton secara dekat.

“Ditambah pula dengan kecanggihan kamera masa kini. Semuanya 4D. Jadi, nampaklah semua kedutan di wajah saya ini.

“Lantaran itu, untuk memperlihatkan penampilan yang sihat, ia harus dirawat dengan sebaiknya,” katanya kepada MH.

IKLAN

Penyanyi lagu Hijau itu berkata sedemikian ketika ditemui di program minum petang bersama Datuk Zainal Abidin yang berlangsung di Bunglow 37, Bangsar pada Ahad.

Program ini telah dianjurkan klinik kecantikan, Idealyst.

“Kedutan Makin Jelas, Leher Macam Ayam Belanda,” – Zainalabidin Tak Malu Mengaku Guna Botox, Jaga Penampilan

Katanya lagi, selepas menjalani rawatan, keyakinannya untuk beraksi dikhalayak ramai semakin tinggi.

IKLAN

“Saya tak malu untuk mengatakan yang saya memakai botox tapi bukan filler. Saya juga buat rawatan pada kulit wajah agar ia nampak sekata.

“Jadi, saya nampak lebih segar dan sihat. Itu yang penting. Selagi saya sihat, selagi itu saya akan beraksi di atas pentas. Kita tak boleh beli kesihatan tapi kita boleh usaha.

“Saya baru sahaja menjalani rawatan botox. Bila saya berjumpa dengan doktor pakar, mereka memaklumkan kedutan saya sudah semakin jelas terutama bila senyum. Leher pula dah macam ayam belanda.

“Jadi, ia tidak cantik bila dipertontonkan dan tak sesuai dilihat penonton,” ujarnya lagi.

IKLAN

Zainal juga menyarankan agar mereka yang ingin melakukan rawatan wajah supaya merujuk kepada klinik atau pengamal perubatan bertauliah untuk keselamatan.

“Kedutan Makin Jelas, Leher Macam Ayam Belanda,” – Zainalabidin Tak Malu Mengaku Guna Botox, Jaga Penampilan

“Ia adalah untuk karier saya sebab saya nak bertahan lebih lama. Mereka yang muda, masih muda dan cantik. Jadi, saya nak penampilan saya nampak sihat.

“Bukanlah jenis yang bengkak sana sini. Jadi, janganlah dibuat keterlaluan. Pergi kepada doktor yang bertauliah dan bukan pusat kecantikan yang tidak bertauliah kerana tak selamat,” akhirinya.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI