Pelakon, Eyka Farhana menyifatkan pengalaman yang diraih sepanjang penggambaran filem Anak Perjanjian Syaitan 2 sebagai cabaran bermakna, termasuk ketika melakonkan babak di sebuah tanah perkuburan.

Malah menurut Eyka, dia juga rasa tidak sedap badan sejurus selesai melakonkan babak menggali dan masuk ke dalam kubur dalam keadaan hujan pada waktu malam.

“Babak saya gali kubur memang dilakukan di sekitar kawasan tanah perkuburan. Seperti yang dikongsikan pengarah, Dr. Ahmad Idham, kebanyakan orang demam selepas penggambaran babak berkenaan.

“Saya juga rasa macam tidak sedap badan. Mungkin berpunca daripada keadaan hujan semasa penggambaran di tambah dengan bau tanah yang melekat pada saya.

“Malah sebelum pulang ke rumah, saya juga sudah mandi dan buang semua kotoran pun masih rasa tak sedap badan bila bangun tidur keesokkan harinya.

“Apa pun, saya ambil pengalaman tersebut sebagai cabaran sepanjang di lokasi. Cuma saya bersyukur dan nasib baik, tak ada perkara yang buruk berlaku,” katanya.

IKLAN

Eyka Farhana Kongsi Situasi Sejurus Babak Gali & Masuk Liang Lahad Waktu Malam Di Tanah Kubur Eyka Farhana Kongsi Situasi Sejurus Babak Gali & Masuk Liang Lahad Waktu Malam Di Tanah Kubur Eyka Farhana Kongsi Situasi Sejurus Babak Gali & Masuk Liang Lahad Waktu Malam Di Tanah Kubur Eyka Farhana Kongsi Situasi Sejurus Babak Gali & Masuk Liang Lahad Waktu Malam Di Tanah Kubur

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyka.F ✨ (@eykafarhana)

Eyka atau nama sebenarnya, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 27, berkongsi perkara itu pada Malam Gala Filem Anak Perjanjian Syaitan 2, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Anak Perjanjian Syaitan 2 mengisahkan perjalanan seorang wanita muda bernama Azlinda menentang kejadian mistik yang menghantuinya sejak kecil.

IKLAN

Walaupun Azlinda telah didiagnosis secara medikal dengan penyakit ‘anxiety disorder’, namun dia yakin gangguan yang menghantui sejak kecil berkait rapat dengan sejarah hitam ibu bapanya.

Teruja dan cari keyakinan selepas bersetuju untuk kali pertama terlibat di dalam sebuah naskhah seram, Eyka akui dia sebenarnya seorang penakut.

“Sudah tiba masanya untuk mencabar diri. Bagi menjayakan watak Azlinda, saya rujuk banyak cerita hantu sebagai persediaan sebelum penggambaran.

IKLAN

“Mujurlah sepanjang penggambaran saya tidak nampak apa-apa yang menakutkan atau mengalami kejadian mistik.

“Cuma kadang-kadang kalau pulang ke rumah dan duduk seorang diri, ada juga perasaan tidak sedap hati. Tapi itu semua mungkin hanya dalam fikiran saya sahaja,” katanya lagi.

Anak Perjanjian Syaitan 2 bakal menemui penonton di panggung pada 4 Januari depan dan turut dilakonkan oleh Alif Satar, Fasha Sandha, Azlan Komeng dan ramai lagi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI