Rocketfuel Entertainment tampil memberikan kenyataan susulan pemilihan penyanyi Nadeera yang bakal menggalas tugas menyampaikan lagu Astana di separuh akhir Muzik Muzik 38 (SFMM38), minggu ini.
Menerusi kenyataan media, pemilihan juara program Big Stage 2023 itu dirasakan paling sesuai untuk memastikan lagu tersebut dinyanyikan secara adil.
“Untuk menghormati acara berprestij seperti SFMM38, pihak Rocketfuel Entertainment telah berusaha mencari pengganti yang sesuai untuk menyanyikan lagu ‘Astana’.
“Penyanyi, Nadeera yang juga juara program Big Stage terbaru tahun ini telah dipilih setelah pelbagai perbincangan yang dilakukan bagi meneruskan pertandingan ini.
Ads
“Pihak Rocketfuel Entertainment yakin dan pasti dengan pemilihan ini kerana Nadeera merupakan calon yang amat sesuai untuk membawakan lagu ‘Astana’ dan memastikan lagu ini dinyanyikan dengan seadilnya,” terang kenyataan yang dikeluarkan.
Ads
Dalam pada itu, pihaknya turut menghargai sokongan semua pihak terhadap lagu Astana.
Ads
“Sekali lagi, pihak Rocketfuel Entertainment sangat berterima kasih dan menghargai segala usaha para peminat lagu ‘Astana’ yang tidak henti-henti menyokong sejak terlancarnya lagu ini lantas berjaya dan layak ke pentas SFMM38,”
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas tujuh minggu diuji dengan pelbagai cabaran, kini program realiti pencarian bakat, Hero Remaja 2021 bakal melabuhkan tirainya seterusnya mengumumkan juara baharu bagi edisi ke-11.
Bagi salah seorang finalisnya, Mierul Aiman, dia merasakan perjalanannya di Hero Remaja 2021 sememangnya bukan mudah lebih-lebih lagi untuk bersaing dengan 11 peserta yang lain.
Katanya lagi, setelah berhempas pulas memberikan aksi yang terbaik pada setiap minggu, Mierul memasang impian untuk menamatkan program ini selaku juara.
“Perjalanan di Hero Remaja 2021 boleh diibaratkan seperti roller coster. Masa awal-awal dahulu memang saya selalu terkejut dengan setiap cabaran yang diberikan.
“Tapi selepas tujuh episod, saya semakin selesa membawa diri terutamanya bila berhadapan dengan kamera. Setiap episod, saya amat menitikberatkan soal kreativiti suapa saya sentiasa berbeza dengan peserta lain.
“Fokus saya ketika ini adalah untuk menamatkan program Hero Remaja 2021 ini sebagai juara,” katanya kepada MH.
Jejaka berketinggian 178 cm yang berasal daripada Putrajaya ini berkata sedemikian dalam satu temuramahnya bersama MH baru-baru ini.
Ketika namanya dicanang-canang selaku pilihan untuk menjuarai Hero Remaja 2021, Mierul menganggap perkara tersebut terhasil daripada kerja keras yang ditunjukkan pada setiap minggu.
“Sebenarnya saya sering mengutamakan untuk tampil berbeza di setiap cabaran. Selepas episod ketiga, tugasannya banyak tertumpu mengenai lakonan dan pengacaraan. Bermula dari situ, para peserta lain dah mula tunjukkan ‘taring’ mereka.
“Saya merupakan seorang yang suka bereksperimentasi. Buat sesuatu yang belum pernah saya cuba. Setiap episod para peserta lain akan sentiasa menunjukkan peningkatan, jadi kita tak boleh tertinggal.
“Cabaran terbesar saya adalah untuk sentiasa berada di satu tahap yang berbeza dan menyerlah berbanding peserta yang lain,” katanya lagi.
Dalam pada itu, pelajar jurusan Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Selangor (UNISEL), Bestari Jaya ini turut meletakkan sasaran jelas untuk menempatkan namanya sebaris pelakon-pelakon filem dalam tempoh lima tahun yang akan datang.
“Sebelum menyertai Hero Remaja 2021, saya ada menyertai beberapa kelas dan akademi teater sekadar untuk memenuhi minat saya dalam bidang lakonan. Selepas menyertai kelas tersebut, Hero Remaja pula buat ujibakat. Waktunya memang sesuai.
“Minat saya memang ke arah bidang lakonan. Selepas tamat program ini, saya meletakkan sasaran untuk membintangi dua atau tiga filem dalam tempoh lima tahun,” akhirnya.
Terdahulu, Mierul bakal bersaing dengan tiga finalis lain iaitu, Fazziq Muqris, Afiq Hamidon dan Aqil Taqee bagi merebut gelaran juara Hero Remaja 2021.
Pentas Finale Hero Remaja 2021 bakal ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria dan On Demand pada Sabtu, 6 November bermula jam 9 malam.
Sementara itu, anda juga boleh mengundi 12 finalis kegemaran anda bagi ketegori Hero Favourite di www.remaja.my/hero.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memasuki fasa ke-3 tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, isu melibatkan servis kedai gunting rambut yang dibenarkan beroperasi sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Bagaimanapun, pelakon dan selebriti media sosial, Wak Doyok berpendapat kerajaan harus mengkaji semula arahan tersebut kerana banyak perkara yang tidak diingini mungkin boleh berlaku.
“Saya sarankan kerajaan jangan bagi lah bukak kedai barber.
“Ini boleh membawa jangkitan covid yang tak terkawal dan orang ramai pon nanti mengambil peluang hendak keluar potong rambut dekat usa dah ada barber yang mati kena covid,” tulisnya.
Sementara itu, Wak juga ada memberi cadangan supaya orang ramai menggunakan khidmat tukang gunting rambut secara ‘on call’.
“Bagi saya baik on call barber je ke rumah.
“Atau pon tak payah gunting rambut buat sementara waktu ini biar nampak brutel nak mati ke nak smart.
“Itu pilihan anda,” katanya.
Pendapat tersebut dikongsikan oleh Wak memerusi entri terkini di laman Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata netizen bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh pelakon Abang Long Fadil 2 itu.
Sumber: Instagram Wak Doyok
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.