Penyanyi terkenal, Ziana Zain mengakui penglibatannya di dalam dua buah konsert berskala besar bersama Anuar sebelum ini menjadi kekuatan untuknya meneruskan Ziana Zain 2024 yang bakal diadakan pada 25 Mei tahun hadapan.
Ziana berkata, keyakinan tersebut juga disambut baik ramai pihak dan dia terharu melihat sokongan berterusan yang diterima daripada peminat setianya.
“Semuanya berlaku sejurus saya selesai melakukan konsert duet bersama Anuar Zain di Kuala Lumpur dan Singapura sebelum ini. Rasa seronok pula.
“Kemudian Alhamdulillah saya dapat pelawaan daripada Anuar Zain Network dan rakan kerjasama lainnya untuk jayakan konsert solo saya. Mengapa tidak untuk cuba?
“Tetapi bila pihak mereka sudah buat tawaran tersebut, ada juga pihak lain yang turut berminat. Namun saya tolak dengan cara baik, bukan tak mahu berkerjasama. Malah rasa terharu bila ada pihak yang sudi taja.
“Tapi saya punya cara, first come first serve. Pegang pada janji. Sebab bagi saya yang paling penting pada malam itu nanti ialah pemilhan lagu-lagu yang boleh berikan impak,” katanya.
Ads
Ziana berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sidang Media Ziana Zain 2014 di Menara KL, pada Rabu.
Sementara itu, Ziana tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja menonton video dedikasi istimewa sempena konsert tersebut daripada empat orang anaknya.
Ads
“Aiman doakan mama konsert berjalan dengan lancar dan juga meriah. Jangan risau mama, kami adik beradik ada untuk support mama.
“Terima kasih mama kerana berada di sisi kami sejak kami kecil. Terima kasih untuk segalanya dan kami sayangkan mama,” kata anak sulungnya, Muhammad Aiman Armin Zaharin, disusuli ucapan adik-adik.
Ziana Zain Konsert 2024 ditaja oleh CSA Academy, anjuran bersama Anuar Zain Network Sdn Bhd dan Ziana Zain Network Sdn Bhd serta dengan kerjasama Altus Prohouse.
Ads
Konsert istimewa itu bakal menyaksikan gabungan hasil kreatif muzik dan pentas dari Aubrey Suwito sebagai pengarah muzik serta 16 orang pemuzik profesional manakala Jennifer Thompson berperanan sebagai pengarah konsert.
Jangan ketinggalan untuk dapatkan tiket konsert yang bakal dilangsungkan di Mega Star Arena, Kuala Lumpur ini bermula pada harga RM288 (Gold) RM1088 (VIP 1) di laman web ticket2U bermula esok, jam 10.00 pagi.
Kali terakhir Ziana muncul dengan konsert solo adalah pada tahun 2001 menerusi konsert Ziana Zain In The Park di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
November lalu, Datuk Khaidirah Abu Zahar atau lebih dikenali sebagai Dira telah mencipta rekod dalam pilihan raya sebagai selebriti pertama di Malaysia yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau yang bertanding atas tiket Barisan Nasional telah mengalahkan lawan lain daripada Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan. Seiring dengan kemenangan itu, beliau kini merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim, Melaka.
Kelmarin beliau sekali lagi mencipta sejarah apabila dilantik sebagai Timbalan Speaker bagi DUN Melaka. Pelantikan ini menjadikan beliau sebagai ahli politik wanita pertama di negeri itu yang dilantik untuk memegang jawatan tersebut.
Dira yang juga sebelum ini bergiat aktif sebagai pelakon, pengacara dan pengarah dalam industri seni tempatan merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang UiTM dan Sarjana Dasar Awam Universiti Malaya.
Kredit foto: Instagram Dira Abu ZaharKredit foto: Instagram Dira Abu Zahar
Wanita berusia 37 tahun ini bukanlah asing dalam dunia politik memandangkan beliau merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar.
Dalam perkembangan lain, Persidangan Pertama (Khas), Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas kelmarin menyaksikan veteran politik yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ibrahim Durum dilantik sebagai Speaker DUN.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Rezeki bertemu semula dengan bapanya setelah 30 tahun terpisah menjadi satu kurniaan sangat besar dalam hidup bagi usahawan selebriti, Datin Thalia Baiduri.
Sejak mendapat semula hak bertemu bapanya pada Januari lalu, Thalia sebolehnya mahu terus berbakti kepada lelaki yang dihormati dalam hidupnya itu.
“Alhamdulillah Ramadan kali ini saya dapat cium tangan papa dan jumpa dia sebelum kita berpuasa.
“Bagi saya sebagai anak sementara kita ada peluang lebih baik jangan buang masa dan gunakan sebaik mungkin,” katanya yang mesra disapa Bunda Lia.
Pertemuan dengan bapanya yang turut ditemani adik Thalia, iaitu Dayana turut dikongsi menerusi platform TikTok miliknya sekaligus menerima respon baik warganet.
Tidak langsung menyimpan dendam atas apa yang berlaku, Thalia menyifatkan apa yang berlaku sebagai takdir yang tertulis.
“Tidak perlu ada rasa dendam apa yang berlaku biarkan berlalu, kita anak-anak kena berusaha berbakti kepada orang tua kita.
“Bila jumpa papa, nampak senyuman papa juga sudah buat hati saya lega dan tenang,” katanya yang ligat mengusahakan perniagaan produk kecantikan Dolly Milk selain fesyen jenama Talia.
Meninjau di ruangan terhadap video yang sudah pun ditonton hampir 300,000 kali itu, rata-rata warganet meninggalkan komen yang baik malah ada yang memuji tindakannya memuliakan bapa meskipun terpisah lama.
Bercerita lanjut, kakak kepada Madammu (Eriyca Baiduri) ini juga akui kerap berhubung dengan bapanya selepas peremuan semula Januari lalu dan sering bertanya khabar.
“Doa ibu bapa dan peluang melihat mereka adalah satu anugerah paling mahal bagi setiap anak. Jangan sia-siakan,” katanya yang pernah muncul menerusi drama Cinta Dalam Hati bergandingan bersama Remy Ishak.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi yang kini popular dengan single Misteri, Ernie Zakri ada berkongsi pengalamannya pernah menjalani pembedahan membuang ketulan di payudara pada usia 23 tahun.
Mujur ia hanya ketulan kecil dan bukanlah sel kanser. Ernie mendedahkan hal tersebut menerusi majalah Mingguan Wanita, keluaran Oktober lalu.
Tambahnya, dia mengetahui masalah tersebut agak lambat meski kepentingan bagi golongan wanita terutamanya agar memeriksa sendiri payudara telah pun dipupuk sejak di bangku persekolahan lagi.
“Buat wanita di luar sana yang tengah bertarung melawan kanser atau baru sahaja mengetahui dirinya mengalami kanser seharusnya mendoakan agar mereka kuat.
“Saya tahu situasi ini bukanlah mudah bagi kita. Jadi orang sekeliling perlulah memberi sokongan agar pesakit kanser menjadi lebih positif.
“Sejak saya membuang ketulan pada payudara, saya amalkan gaya hidup lebih positif. Saya titik beratkan pengambilan makanan yang sihat,” terang Ernie seperti yang dipetik.
Ikuti tembual penuh bersamanya menerusi Mingguan Wanita.
Pelakon terkenal Hollywood, Tom Cruise menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada dunia lakonan meskipun usianya kini mencecah 62 tahun.Cruise yang sinonim...